Bagi anak-anak kecil kita, selain kuih dan biskut raya, aneka kudapan antara yang menjadi kegemaran dan laku keras di hari raya. Sudah semestinya stok kudapan perlu ada.
Salah satunya sudah pasti rempeyek tradisi orang lama yang dikongsikan oleh Nur Athiya. Resipi yang satu ini wajib cuba, maklumlah resipi nenek-nenek. Gerenti sedap!
Tempeyek resepi nenek. Wajib buat setiap tahun. Nah resepi.
Bahan-bahan:
1 bgkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar. *
3 sudu besar jintan manis *
3 sudu besar jintan putih*
Santan pekat 400ml ( santan kotak pun boleh)
Bawang putih selabu (tumbuk halus)
Ikan bilis segenggam *
Telur sebiji
Kapur makan satu sudu kecik
Air 4 cawan – bancuh tengok pekat atau tak
Garam secukup rasa
Ikan bilis n kacang secukup nya
Basuh dan toskan kacang, atau perlu jemur. Ketepikan.
Kisar semua bahan yang bertanda *.
Ads
Satukan bahan kisar dengan tepung, telur, garam, kapur dan air. Gaul sampai sebati.
Lepas bancuh kena try goreng. Kalau rasa tebal tambah lagi air.
Ads
Panaskan minyak dan goreng. Jangan lupa letak kacang dan bilis.
Angkat bila kekuningan.
Nota: Rendam acuan dulu dalam minyak panas kemudian celupkan ke dalam adunan tepung, terus goreng sampai terlerai dari acuan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka telur dan suka makan roti, masa ni lah ibu boleh tunjuk skil buatkan sandwich telur yang sedap dan paling cepat siap. Bukan untuk hidangan ahli keluarga je, kalau yang rajin boleh buat duit sampingan pula menjualnya.
Kadang kalau beli sebekas tak cukup untuk anak ramai. Apa kata buat je sendiri. Lagi jimat dan berbaloi sangat! Anak yang tak makan telur kuning sebelum ini bila dah buat sandwich telur pasti akan makan.
Tak percaya boleh cuba resipi ni ya!
RESIPI SANDWICH VIRAL
Ini resepi untuk 2 bundle roti yang besar ye. Kalau guna roti kurang daripada itu, kurangkan juga untuk bahan-bahan asasnya itu.
Bahan-bahan:
10 biji telur direbus dan dilecek
1 senduk mayonis
1 sudu teh lada sulah ajishio
Cara-cara:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
Bahan sampingan:
Tomato dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
Cara melapis:
1. Sapu roti dengan mentega.
2. Ambik sekeping roti, letakkan tomato
3. Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
4. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
5. Potong serong 2@4. Siap
Potong serong 4 dan masukkan dalam paper cup atau potong 2 serong.
Yang ni Nanie potong serong 2. Letak dalam bekas sandwich yang 3 segi. kalau nak jual RM2 satu
Kalau nak tambah atau crab stick tu boleh jugak. Celur dulu sosej dan crab stick tu, potong kecil dan gaul sekali dalam bancuhan telur. Upkan sikit harga jualan.
Selamat mencuba. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu sediakan makanan sihat untuk anak dan bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual kat rakan kat opis, kat jiran-jiran Kalau rajin memang boleh buat duit.
Selain sapuan coklat pada roti, peanut butter juga antara yang menjadi kegemaran ahli keluarga. Cuma untuk beli yang sihat dan tiada kandungan gula dan garam, harganya agak mahal.
Bagi mama yang nak cuba buat homemade peanut butter, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurul Zhafarina. Paling penting langkah membuatnya terlajak mudah!
Alhamdulillah menjadi juga peanut butter sihat homemade.
❌ tak ada GULA
❌ tak ada GARAM
❌ tak ada MINYAK
Peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat . Nak buat pun tak susah. Boleh cuba buat ya!
Sangai guna air fryer. Jika tiada air fryer, boleh goreng dalam kuali tanpa minyak. Jika menggunakan air fryer, suhu 180 celcius dan masa antara 15-18 minit atau nampak dah keperangan.
Sejukkan kacang seketika.
Blend . Saya guna blender kering. **Tak perlu letak air atau minyak ye. Kisar sampai betul-betul hancur sebab dalam kacang tu dah ada minyaknya.
Siap dan boleh disimpan dalam botol serta diletakkan di tempat kering.
Nak makan dengan roti atau biskut ikut citarasa masing-masing. Paling penting cara ini lebih sihat!
Bosan juga asyik nak makan juadah raya kan? Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas. Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam.
Dah masuk hari ketiga ni, kalau boleh nak makan sesuatu yang lebih ‘ringan’ yang boleh potong segala rasa lemak hidangan raya seperti masak lodeh, rendang, lemang dan sebagainya. Nak hidangkan pada tetamu pun okay.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini;
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Makan Tomyam, Elak Kanser?
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.