Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Trimester pertama fasa kehamilan bermula daripada saat persenyawaan sperma dan ovum sehingga minggu ke-12 (3 bulan). Pada ketika ini, perkembangan embriologi sedang berlaku bagi membentuk fetus yang sihat. Kebiasaannya, si ibu akan mengalami simptom awal kehamilan seperti muntah, kelesuan dan kenaikan berat badan. Di sini kami ingin berikan beberapa tips berkenaan dengan perkara yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama bagi memastikan tahap perkembangan yang optimum buat anak anda. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut.
Berhenti merokok
Jika anda merupakan perokok yang tegar, dapatkan bantuan doktor untuk berhenti merokok. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus selain daripada meningkatkan risiko untuk si ibu mengalami kelahiran pramatang, mendapat bayi yang tidak cukup berat, keguguran dan mengandung di luar rahim. Bayi kepada ibu yang merokok mempunyai risiko kematian akibat daripada sudden infant death syndrome (SIDS). Ini merupakan keadaan di mana bayi yang berusia kurang daripada 1 tahun, mati atas sebab yang tidak diketahui.
Namun, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda harus memberikan komitmen untuk berhenti merokok kerana kajian menunjukkan mereka yang merokok sering kali mempunyai masalah ketidaksuburan kesan daripada:
-Kerosakan DNA pada sperma dan ovum
-Penurunan kadar rembesan hormon berkaitan kesuburan
-Mempengaruhi keadaan persekitaran rahim
-Elakkan minuman berkafein dan beralkohol
Minuman beralkohol boleh menyebabkan kecacatan fetus, kelahiran pramatang dan keguguran. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), 3 daripada 4 wanita masih mengambil minuman beralkohol walaupun mereka merancang untuk mendapatkan anak. Ia merupakan satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecacatan fetus memandangkan tempoh terawal untuk seorang wanita mengetahui status kehamilannya adalah 4 minggu.
Setakat ini, tiada nilai spesifik berkenaan dengan tahap alkohol di dalam badan yang selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Langkah terbaik adalah untuk berhenti serta-merta semasa anda merancang untuk mendapatkan anak.
Minuman berkafein boleh menyebabkan komplikasi kesihatan buat fetus dalam jangka masa panjang kesan daripada risiko bayi berat rendah. Setakat ini, jumlah minuman berkafein yang dibolehkan untuk ibu mengandung adalah sekitar 200 mg sehari. Jika minum berlebihan, wanita tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat keguguran. Kafein terdapat dalam pelbagai jenis makanan/ minuman (bukan sahaja kopi) seperti teh, coklat, air tenaga dan air berkarbonat seperti cola. Gantikan minuman berkafein tersebut dengan air mineral, jus buah atau kopi tanpa kafein (decaf).
Ambil suplemen pranatal dan minum air secukupnya
Pengambilan suplemen pranatal boleh dianggap sebagai satu langkah yang cukup penting bagi menghindari kecacatan fetus. Pada trimester pertama, nutrisi ibu akan digunakan bagi membantu tumbesaran fetus dan jika ia tidak mencukupi, pertumbuhan organ penting di dalam badan bayi akan terencat. Ini boleh menyebabkan komplikasi yang mempengaruhi potensi bayi untuk hidup. Oleh itu, ibu perlu mengambil suplemen vitamin dan asid folik yang dapat menjamin tahap kesihatan yang baik buat ibu dan fetus.
Perubahan pada fisiologi badan semasa mengandung membuatkan pengambilan air yang cukup penting buat ibu dan fetus. Jumlah air di dalam badan ibu akan meningkat untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrisi kepada fetus. Anda boleh ambil air mineral, jus buah atau smoothies untuk kekal segar sepanjang hari.
Konklusi
Jangan panik jika anda mengalami simptom seperti pendarahan kecil (spotting), muntah dan kelesuan pada fasa trimester pertama ini. Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang optimum. Elakkan stres, amalkan gaya pemakanan seimbang dan jaga diri sebaiknya.
Dalam diam rupanya pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli.
Berkongsi perkhabaran duka itu, akui Uqasha, ia disifatkan sebagai satu pengalaman perit dan menyedihkan buat dirinya dan suami.
Malah kongsi Uqasha lagi, keguguran kali pertama berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil ketika itu.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.
“Saya datang haid tak berhenti, mula-mula ingatkan hormon selepas kahwin dan saya biar sahaja.
“Semasa umrah bersama suami selepas kahwin saya tak dapat buat ibadah sangat. Kemudian semasa nak Pilihan Raya Umum ke-15 sekali lagi saya datang haid tak berhenti,” katanya berkongsi.
Risau dengan masalah haid yang luar biasa itu, isteri kesayangan Kamal Adli ini mendapatkan rawatan susulan dari doktor dan dari situnya keduanya baru mengetahui mengenai kehamilan sulung itu.
Kandungan berusia dua bulan kata Uqasha tidak dapat diselamatkan.
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada,” katanya.
Sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha berkata dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa apatah lagi dia dan suami belum merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.
“Mestilah sedih, siapa yang selepas kahwin tak nak ada anak. Bila dapat tahu mengandung masa itu tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi,” ujarnya berkongsi cerita.
Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Bagi sesetengah orang perempuan berinai antara yang menjadi kesukaannya. Jika dulu-dulu, berinai ni untuk elokkan kuku dan majlis perkahwinan tapi sekarang ia dah menjadi trend.
Namun bagi ibu mengandung, pemakaian inai sebenarnya tak digalakkan atas sebab-sebab tertentu. Bukan kerana boleh menjejaskan kandungan tetapi memberi sedikit kesukaran andai kata untuk buat pemeriksaan kesihatan jika berlaku sebarang masalah.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Dr Irma Izzati ada berkongsi mengenai pemakaian inai pada wanita mengandung dan sebab tak digalakkan atas faktor tertentu. Salah satunya mungkin boleh menganggu petugas kesihatan.
Antara contoh situasi biasa dialami ibu mengandung Peripheral Cynosis (kekurangan osigen) di mana hujung jari dan kuku akan berubah menjadi kebiruaan.
Bagi memeriksa status dehidration di fasa awal kandungan, doktor perlu menekan kuku ibu hamil bagi melihat perubahan warna yang berlaku. Bayangkan waktu itu anda sedang memakai inai, komplikasi sebegitu sukar dikenalpasti sedangkan rawatan segera perlu diberi.
Kita tak nak tindakan yang patut diberikan ini lambat. Tapi jika nak pakai, tunggu lepas bersalin, bila semuanya ok, bolehlah pakai.