Benda nak jadi sekejap sahaja. Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila berdepan detik cemas setelah bayi perempuannya berusia setahun terperangkap selama 30 minit di dalam kereta yang terkunci dalam kejadian di Lorong Pinggiran Bertam 19, Kepala Batas, petang Ahad (10 Januari).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 petang berhubung insiden itu.
“Apabila tiba didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang terkunci.
“Dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) anggota kemudian melaksanakan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.10 petang dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada ibunya,” katanya dalam kenyataan. Operasi itu ditamatkan pada jam 6.20 petang.
Anda Tinggalkan Anak Sendirian Di Dalam Kereta? 4 Perkara Ini Mungkin Terjadi
Sejujurnya, pernahkah anda tinggalkan anak anda sendirian di dalam kereta? Atau mungkin anda pernah ternampak mana-mana ibu bapa atau pemandu yang membawa kanak-kanak berbuat demikian? Kami faham bahawa mereka mungkin hanya ingin keluar daripada kereta untuk seketika sahaja. Tapi tahukah anda bahawa ianya bahaya walaupun sekejap?
Kali ini kami nak kongsikan kepada anda beberapa perkara yang mungkin akan berlaku jika anak ditinggalkan sendirian di dalam kereta.
1. Tahap suhu dalam kereta anda boleh mencecah satu paras yang boleh mengancam nyawa mereka.
2. Mereka boleh tercedera akibat tingkap automatik ataupun “sunroof”. Tangan mereka mungkin boleh tersepit? Siapa boleh sangka, kan?
3. Mereka boleh diculik atau di bawa lari jika kereta anda dicuri. Macam-macam kes akan terjadi nanti!
4. Mereka boleh menolak gear kereta anda dengan tidak sengaja. Bahaya! Kereta akan bergerak dan mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.
Secara kesimpulannya, bawa sahaja anak anda bersama jika ingin keluar daripada kereta walaupun sekejap. Mereka masih kecil dan macam-macam boleh terjadi jika tinggalkan mereka sendirian dalam kereta. Nyawa mereka lebih berharga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Episod pandemik wabak Covid-19 masih belum berakhir kerana setiap hari pasti ada sahaja kes baharu dilaporkan. Walaupun kerajaan telah membenarkan beberapa sektor pekerjaan dan perniagaan dibuka, namun Standard Operating Procedure (SOP) tetap harus dipatuhi oleh orang awam.
Tiada akta yang melarang golongan berisiko iaitu kanak-kanak, wanita hamil dan juga warga emas untuk mengunjungi mana-mana tempat awam. Namun adalah lebih baik jika golongan berisiko ini tidak mengunjungi tempat yang sesak yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
Pihak Pa&Ma telah mendapatkan nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan isu ini.
Nasihat Datuk KP tentang sikap sesetengah ibubapa yang memandang ringan soal kesihatan ini (membawa anak keluar ke tempat awam yang sudah tentu meningkatkan risiko anak mereka pada virus COVID-19)
Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak.
Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka.
Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.
Saya suka mengingatkan ibubapa agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.
Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal pemimpin di masa hadapan.
Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 26 Jun 2020
Ini nasihat daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah buat ibu bapa lain yang membawa anak kecil ke tempat awam. Kita masih belum menang melawan Covid-19 jadi kita perlu sentiasa beringat tentang bahaya penyakit ini. Semoga kita semua dilindungiNya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki setiap orang tak sama. Kadang bila kita rasa susah sebenarnya ada lagi yang lebih susah dan memerlukan daripada kita. Walaupun kita sekeluarga hidup secara sederhana, masih cukup makan dan minum, dapat besarkan anak dengan sempurna dan tinggal di rumah yang selesa itu semua dah cukup baik.
Kadang kehidupan orang lain belum tentu sebaik kita dan ada yang perlu catu makanan untuk pastikan ada lagi makanan untuk hari esok bersama keluarga.
Bawa anak keluar kutip tin, botol nak beli makanan
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor, Shamsiah Shaaban masih ada lagi insan yang sanggup keluar mencari rezeki walaupun kerajaan mengehadkan pergerakan semata-mata nak pastikan anak-anak tak lapar.
Menurut Shamsiah dalam posting di Facebooknya baru-baru ini, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Dalam perjalanan pulang itu, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.
“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya.
Anak minta nak akan nasi lauk telur
Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.
Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.
Shamsiah datang meninjau keadaan rumah wanita berkenaan.
“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.
“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.
Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.
Rentetan dari kisah yang tular itu, Shamsiah bersyukur ramai yang telah menghulurkan sumbangan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga tersebut berada dalam keadaan baik.
Banyak sumbangan yang diterima dan kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan keluarga ini, ” katanya.
Anak kecil tidur di atas tilam yang usang
Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.
“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.
Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.
“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.
Sekiranya ada yang masih nak menghulurkan sumbangan boleh salurkan sumbangan anda melalui
MAYBANK BERHAD 551043529587 MRA JOHOR
==============================
Atau boleh berhubung klik talian WhatsApp Official MRA Johor www.wasap.my/601132723337/mrajohor