Pada 28 Disember 2024, Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan bagi 50 pengusaha tadika dan taska dalam majlis Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat. Majlis minum petang yang penuh makna ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan membuat perancangan kewangan dan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN, bagi memastikan masa depan pendidikan yang lebih terjamin untuk anak-anak asuhan mereka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Che Wan Azrul, Pengurus Kanan Strategik Inovasi Kandungan dan Produksi TV & Digital Video, Nu IdeaktiV Sdn Bhd, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN dan Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN.
Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN (tiga dari kiri), bergambar bersama barisan team PTPTN, Umai, Irin Putri serta wakil Nu Ideaktiv, Encik Che Wan Azrul serta Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting, Encik Shahir Rahim.
Para tetamu turut dihiburkan oleh penyanyi berpotensi besar, Ummi Umairah atau Umai yang telah mendendangkan lagu rasmi Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi. Selain itu, Umai turut menarik perhatian ramai dengan persembahannya menerusi lagu Seindah Biasa, Masing-Masing dan Sinaran.
Umai turut menyanyikan lagu rasmi Simpan SSPN iaitu Terbang Tinggi yang ternyata menghiburkan para tetamu majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.
Perkongsian Penuh Manfaat Bersama Encik Ahmad Dasuki & Puan Roszlinda Sham
Salah satu acara utama yang menarik perhatian ramai adalah sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN dan Puan Roszlinda Sham, Pengasas Hawary Education. Mereka berkongsi tentang perancangan kewangan dan manfaat Simpan SSPNserta bagaimana program ini memberi impak positif kepada ibu bapa, khususnya dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.
Encik Ahmad Dasuki dalam ucapannya menjelaskan bahawa PTPTN tidak hanya berperanan sebagai pemberi pinjaman pendidikan, tetapi juga sebagai tabung pendidikan yang menyokong masyarakat Malaysia melalui pembudayaan penabungan.
Ads
Simpan SSPN Pilihan Bijak Ibu Bapa
Beliau turut mengingatkan bahawa salah satu matlamat utama PTPTN adalah untuk menggalakkan setiap keluarga di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Simpan SSPN, memandangkan produk ini menawarkan pelbagai
keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.
“Hasrat PTPTN adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat daripada Simpan SSPN. Produk ini bukan sahaja memberi pelbagai kelebihan dan manfaat, tetapi juga jaminan untuk masa depan pendidikan anak-anak. Simpan SSPN adalah pilihan yang bijak dan berbeza dari produk simpanan lain di pasaran,” jelas Encik Ahmad Dasuki.
Ads
Sesi perkongsian istimewa bersama Encik Ahmad Dasuki serta Puan Roszlinda Sham yang merupakan Pengasas Hawary Education.
Ibu Bapa Komited Sertai Aktiviti Anjuran Pa&Ma & Simpan SSPN
Sementara itu, Puan Roszlinda Sham berkongsi pengalaman peribadinya menyediakan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN untuk anak-anaknya. Beliau menceritakan bahawa kesedaran mengenai kepentingan simpanan pendidikan mula ditanam seawal kelahiran anak pertama dan selepas itu beliau membuka akaun Simpan SSPN untuk kedua-dua puterinya.
Puan Roszlinda juga mengakui bahawa dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma dan Simpan SSPN memberi impak positif kepada ibu bapa di Hawary Education.
“Sebagai pengusaha industri pendidikan awal kanak-kanak, saya ingin berkongsi manfaat ini dengan lebih ramai ibu bapa. Kami telah melihat bagaimana ibu bapa begitu komited, sanggup datang dari Johor Bahru hanya untuk menyertai aktiviti seperti Edutainment Fest 2024 yang diadakan pada Ogos lalu. Semangat yang mereka tunjukkan memberi petanda bahawa masyarakat semakin menyedari pentingnya perancangan pendidikan melalui simpanan yang bersistematik,” kata Puan Roszlinda.
Ads
Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN bersama Irin Putri dan pengasas taska yang ‘sporting’ bermain ‘game’ yang diadakan.
Gamat Suasana, Main ‘Game’ & Menang Putaran Roda Istimewa
Suasana majlis menjadi lebih meriah dengan sesi permainan yang melibatkan semua pengusaha tadika dan taska yang hadir. Keadaan menjadi lebih gamat ketika acara putaran roda istimewa dijalankan, dengan lima pemenang berpeluang membawa pulang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 setiap seorang, sementara lima lagi pemenang membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik dan baucar penginapan.
Tahniah buat para pemenang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100!
Majlis minum petang Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai produk simpanan pendidikan, tetapi juga mengeratkan hubungan di kalangan pengusaha tadika dan taska serta memberi ruang kepada ibu bapa untuk lebih mendalami perancangan kewangan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak mereka melalui penabungan yang bijak.
Antara pengusaha tadika dan taska yang memenuhi jemputan untuk majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.
Dengan kehadiran lebih ramai pengusaha pendidikan dan masyarakat yang semakin sedar akan kepentingan simpanan pendidikan, PTPTN berharap dapat terus memperkasa budaya penabungan demi manfaat generasi akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sulung kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf menyatakan hasratnya ingin memancing mencuri perhatian ramai.
Menerusi sbeuah video yang dimuat naik oleh @hairul_azreen88 di laman TikToknya, Kelihatan Yusuf sedang duduk sambil mendengar arahan daripada pelawak terkenal iaitu Achey yang turut ada di situ.
Yusuf sedaya upaya menarik ikan naik ke darat sambil dibantu dengan arahan yang diberikan oleh ayahnya. Siapa sangka setelah 9 minit bergelut, Yusuf dapat membawa naik seekor ikan yang agak besar.
Rata-rata warga maya kagum dengan semangat dan bakat yang ada dalam diri Yusuf bahkan sempat berseloroh mengatakan dunia memancing sememangnya tiada jalan keluar.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan Hairul kini sudah ada ‘geng’ untuk pergi memancing memandangkan anaknya itu sedang berjinak-jinak mengenali aktiviti memancing.
“Besar mat, dia pun tak larat dah tu nasib kuat”
“Tiada jalan keluar untuk kau dik”
“Kecik2 dah diracun nya takut taknak balik je tu”
“Ayah dia ada lesen dah lepas ni.. nak mancing je ajak Yusuf..”
“Bapak besar ikan diaa.. kuat betul Yusuf layan kail sorang”
Selebriti dan usahawan popular Neelofa menasihatkan orang ramai agar tidak mencium anak individu lain sesuka hati bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan perkara sebegitu harus dipraktikkan demi menjaga kesihatan bayi tersebut.
Sebagai ibu, Neelofa ada pendiriannya dan meminta orang ramai menghormati juga ibu-ibu lain yang ada anak kecil.
“Jangan cium bayi orang lain. Cium anak sendiri boleh.
“Jangan terasa kerana itu semua demi kesihatan si kecil,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.
Pengacara program Next To Neelofa itu turut mengakui risau apabila melihat anaknya, Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan disentuh individu lain.
“Kadang-kadang apabila tengok orang luar memegang pipi anak sendiri pun, saya sudah rasa tak boleh bernafas.
“Apatah lagi jika mencium Bilal. Ummi dia menjerit tidak berlagu,” katanya lagi.
Dalam perkongsian pertama, dia turut mengulang siar sebuah video yang berkongsi mengenai sebab orang ramai tidak memegang bayi milik orang lain sesuka hati.
Antaranya ialah Jangkitan pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah penyakit yang akan menjejaskan paru-paru dan sistem badan lain.
Bedak Sejuk Campuran Beras Pulut, Kunyit & Kulit Kayu Manis, Mama Yang Ada Masalah Kulit Boleh Cuba
Bagi mama yang mengalami masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam, bolehlah cuba ramuan bedak sejuk yang menggunakan beras pulut, kunyit dan kulit kayu manis. Bedak sejuk memang sejak dari dahulu lagi menjadi amalan nenek moyang kita. Ia mampu merawat kulit wajah berjerawat di samping menjadikan kulit wajah lebih halus dan anjal.
Jerawat memang boleh dikatakan ‘musuh’ utama kulit wajah. Sesiapa sahaja yang mengalami masalah jerawat pasti akan berasa kurang keyakinan diri. Apabila jerawat mula menghinggapi kulit wajah, solekan setebal mana pun tidak mampu menyembunyikannya.
Apa kata anda cuba bedak sejuk versi cara cepat dan mudah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Boleh buat untuk stok dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Tidak sesuai simpan di luar, bimbang berbau atau pun berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut
Kunyit hidup
Kulit kayu manis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman atau sejam (ikut mana kita suka)
2. Buang kulit kunyit (kuantiti kunyit ikut kesesuaian dengan beras pulut)
3. Kisar kering beras pulut bersama kunyit (jangan dicampur dengan air)
4. Campurkan kulit kayu manis. Jangan terlalu banyak. Takut panas muka. Boleh guna setengah sudu kecil. Kemudian kaccau hingga sebati.
5. Kulit kayu manis ikut suka sama ada hendak tumbuk atau pakai serbuk yang sedia jual di kedai.
6. Simpan di dalam bekas. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Barulah tahan lama
7. Apabila hendak pakai, ambil sedikit, barulah campur dengan sedikit air.
BERIKUT LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT BEDAK SEJUK VERSI CEPAT DAN MUDAH:
Kisar semua bahan dengan kaedah kisar kering ikaitu tanpa dicampur dengan air.
Simpan di dalam bekas yang tertutup dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil sedikit untuk digunakan.
Campurkan dengan sedikit air.
Sapukan rata pada seluruh kulit wajah.
Sebenarnya kita boleh mempelbagaikan ikut kesesuaian kulit muka kita. Ada orang suka campur madu dan asam jawa. Boleh jugak buat masker dengan putih telur. Dan tiga bahan ini juga kita boleh olah buat skrub badan juga.
Apa yang menarik tentang bedak sejuk kunyit + kulit kayu manis ini? Sebenarnya ia boleh membantu untuk mengecutkan jerawat, menegangkan kulit wajah dan menghilangkan gatal-gatal resdung pada kulit muka.
Kunyit memiliki sifat antikeradangan dan antioksidan yang penting untuk mengubati masalah kulit. Menggunakan kunyit sebagai pupur wajah bukan saja dapat meredakan keradangan akibat jerawat, malah mampu mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemunculannya.
Sumber kredit: Hanie Inara via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh dengan skrin, peranan ibu bapa bukan sekadar menjaga anak, tapi juga membimbing mereka menavigasi dunia digital dengan...