Mengepam secara eksklusif atau exclusive pumping (EP) ialah keadaan di mana ibu yang mengepam untuk mengeluarkan susu daripada payudara. Ia selalunya disebabkan oleh pelbagai punca. Antara sebab paling utama ialah bayi enggan untuk menyusu secara terus dari payudara secara berterusan.
Namun bagaimana jika ibu mengepam secara eksklusif dilakukan secara sengaja tanpa berusaha untuk cuba menyusukan secara terus? Dr Hairin Anisa Tajuddin, International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) & Pakar Pediatrik menjelaskan kebaikan penyusuan susu ibu dan khasiat susu ibu yang perlu difahami sebagai dua perkara yang berbeza.
4 PUNCA IBU MEMERAH SUSU
Namun ia sering disalah anggap sehingga ada ibu mengambil jalan mudah dan memilih untuk melakukan pemerahan susu ibu menggunakan pam sahaja tanpa mempraktikkan penyusuan terus dari payudara. Kemudian, susu ibu perahan akan diberikan melalui botol.
Menurut Dr Hairin Anisa, ibu yang tiada ilmu penyusuan yang cukup, tidak mendapat bantuan awal dan tiada sokongan bagi mengatasi masalah penyusuan adalah antara faktor terjadinya amalan mengepam secara eksklusif ini.
Hal disenaraikan ini menyebabkan salah anggapan serta membuatkan ibu memilih untuk menjadi EP Mom.
#1. BAYI TAK MAHU DISUSUKAN
Bayi menolak untuk disusukan pada awal kelahiran menyebabkan ibu berasa amat tertekan. Selalunya penolakan berlaku kerana masalah yang boleh diatasi segera seperti ibu tidak tahu teknik asas pegangan yang betul dan posisi yang selesa untuk ibu dan bayi, bayi mempunyai masalah kekeliruan puting, lidah bayi yang pendek (tongue tie) atau bayi yang telah terpisah daripada ibu kerana masalah kesihatan sejak lahir (pramatang, jaundis dan sebagainya).
#2.PENYUSUAN MENYAKITKAN
Ibu pernah mengalami pengalaman penyusuan yang menyakitkan dan beranggapan penyusuan ibu secara terus dari payudara (direct latch) menyakitkan namun dalam masa yang sama mengetahui khasiat susu ibu tiada tandingannya. Ibu seperti ini tidak mahu memberikan susu formula dan berusaha untuk melakukan pengepaman dengan kerap.
#3. BAYI AKAN JADI MANJA
Ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan bayi secara terus kerana beranggapan anaknya akan menjadi terlalu manja, susah untuk ditinggalkan dan ibu sukar membuat kerja harian atau mudah ditinggalkan bersama pengasuh (kerana tidak terlalu bergantung kepada ibu).
Ads
#4. BERJAUHAN DENGAN BAYI
Faktor yang jarang berlaku ialah ibu yang berjauhan dengan bayi atas sebab bekerja di tempat lain dan bayi dijaga oleh penjaga lain. Bayi hanya akan berjumpa ibunya seminggu atau sebulan sekali.
5 KELEBIHAN YANG DIPEROLEH BAYI MENYUSU SECARA TERUS DARI PAYUDARA
Terdapat perbezaan kebaikan penyusuan antara menyusu secara terus dari payudara dan mengepam secara eksklusif. Berikut ialah kelebihan penyusuan secara terus daripada payudara.
1.BONDING YANG KUAT
Ikatan naluri atau bonding yang lebih kuat kedudukan semasa menyusu di mana dadanya ke dada ibu menyebabkan dia boleh menghidu bau tubuh ibu. Pelukan ibu semasa menyusu yang akan merangsang rembesan hormon oksitosin (hormon cinta) daripada kelenjar pituitari ibu dan bayi.
2.DAPAT PROBIOTIK DARI IBU
Ads
Bayi mendapat probiotik iaitu bakteria baik yang terdapat pada puting payudara ibu yang dapat menguatkan sistem imun bayi.
3.SUSU DIHASILKAN SECARA EFEKTIF
Pengeluaran susu yang lebih efektif kerana mekanisme hisapan bayi (tekanan positif dan negatif dalam mulut bayi) membantu susu memancut lebih lancar. Sedangkan, pengepaman hanya menggunakan tekanan negatif yang dihasilkan oleh pam.
4.KEJADIAN KELIRU PUTING DAPAT DIKURANGKAN
Risiko untuk bayi menjadi keliru puting dapat dikurangkan dengan penyusuan terus dari payudara pada awal kelahiran.
5.RAHANG YANG CANTIK
Bayi akan memiliki bentuk rahang mulut yang lebih cantik berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol.
Ads
6.SUSU SEGAR BERBANDING EBM
Bayi mendapat lebih banyak susu segar berbanding susu yang diperah (EBM) yang selalunya susu yang telah dibekukan atau sejukkan.
3 MASALAH IBU YANG MENGEPAM SECARA EKSKLUSIF
Susu tidak dikeluarkan dengan efektif kerana pam payudara hanya membuat daya hisapan tanpa tekanan positif seperti mana hisapan bayi.
Susu yang tidak dikeluarkan dengan sempurna ini akan berkumpul dan lama-kelamaan akan menjadi ketulan atau curds yang akan menyumbat saluran kelenjar susu. Ibu akan berisiko mendapat rusty pipe syndrome dan plugged ducts yang akhirnya menyebabkan pengaliran susu tidak lancar. Maka, dengan ini ibu tersalah anggap bahawa susunya berkurangan. Namun, bila diperiksa payudaranya mempunyai ketulan-ketulan keras yang dipanggil galactocyst.
Ibu cepat berasa penat kerana pada waktu malam kerana perlu bangun untuk memerah untuk diberikan kepada bayi atau untuk sebagai stok. Jika tidak di perah keluar, payudara akan membengkak dan kesakitan. Jika bayi boleh menyusu secara terus, bebanan ibu lebih ringan dan mudah kerana tidak perlu memerah pada waktu tengah malam dan di awal pagi.
KANGGAROO CARE
Sekiranya ibu mengepam secara eksklusif berniat untuk memulakan semula penyusuan terus daripada payudara, kemungkinan anak menolak memang ada. Maka, ibu perlulah melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact & kangaroo care) dengan kerap sebelum memaksa bayi menyusu di payudara.
KELIRU PUTING
Bayi seperti ini sudah mengalami kekeliruan puting. Maka dia perlulah dipujuk secara perlahan-lahan tanpa paksaan. Berikan masa untuknya merasai ikatan naluri dan membiasakan dengan bau tubuh ibu terlebih dahulu. Ibu juga perlu yakin memegang bayi dan tahu teknik posisi yang betul. Jika asasnya tidak betul dan bayi tidak selesa, kegagalan akan berlaku. Dapatkan khidmat nasihat para kaunselor laktasi untuk bantuan lanjut bagi menjayakan misi ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara ini sering kali menjadi kekeliruan di kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Berapa banyak susu yang perlu dipam di pejabat dan apa nak buat bila stok susu tidak mencukupi.
Ada ibu yang kata kena pam 20oz, ada yang kata 30oz. Keliru dibuatnya, mana satu yang nak diikuti. Mama jangan risau, Kaunselor Laktasi Noorfazila Binti Abdul Rahman berkongsi info dan tip untuk menjawab kekeliruan ini. Berikut ialah perkongsiannya;
Berapa oz sebenarnya yang ibu bekerja perlu dapatkan untuk memastikan penyusuan dapat berjalan dengan baik dan lancar hingga cukup tempoh 2 tahun?
Adakah ibu mesti dapat 20oz ke atas baru boleh berjaya dalam penyusuan?
Adakah dengan hanya dapat 12-15oz sehari ibu tak mampu berjaya menyusukan anaknya dgn susu ibu hingga cukup 2 tahun?
Adakah ibu yang mampu hasilkan lebih dari 40oz sehari confirm boleh berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun?
Adakah dengan sekali perah hanya dpt 3oz ibu tak mampu melengkapkan penyusuan untuk anak mereka?
Saya yakin ramai ibu yang keliru untuk memberi jawapan BETUL atau SALAH pada persoalan di atas..kerana tiada satu jumlah oz pun yang mampu menjanjikan kejayaan dalam penyusuan..
JUMLAHNYA BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN ANAK
Semuanya bergantung pada KEPERLUAN ANAK..ya dengan mengetahui berapa oz yang anak perlukan setiap hari barulah ibu boleh merancang perjalanan penyusuannya agar lebih lancar dan sempurna..
Sebab itulah saya katakan tiada satu jumlah oz pun yang WAJIB atau MESTI ibu perolehi kerana setiap orang keperluan anaknya berbeza..ada ibu yang anaknya cuma perlukan 12oz saja sehari tapi ada ibu seperti saya yang perlukan 32oz untuk anak sehari..
Jadi anda tidak perlu atau jangan sesekali BANDINGkan hasil kita dengan orang lain, jangan pernah persoalkan kenapa ibu lain boleh dapat lebih sedangkan dengan hasil yang anda perolehi mampu cukupkan keperluan anak anda hari ini..
Saya ambil contoh :-
1. Anak anda perlukan 3oz x 6 botol sehari..ada masa kesemua 6 botol habis, ada masa ada balance 1 botol..jangan kira yang minimum tapi ambil kira jumlah maksimum 18oz..
2. Jadi, jumlah hasil yang anda perlu dapat MESTILAH sekurang2nya 18oz..jika lebih alhamdulillah tp jika tidak cukup usahakan untuk mencukupkan keperluan itu sebaiknya. Hasil yang dimaksudkan bukan hanya jumlah hasil di pejabat sahaja tapi termasuk hasil perahan waktu subuh dan sebelum tidur. Untuk memastikan hasil tersebut cukup untuk keperluan anak adalah dengan cara;
. Pam sekurang-kurangnya 5 sesi sehari
Sesi 1 : 5.00pg/5.30pg
Sesi 2 : 10.00pg/10.30pg,
Sesi 3 : 1.00tgh/1.30tgh,
Sesi 4 : 4.00ptg/4.30ptg
Sesi 5 : Sebelum tidur
3. Jika dari 6 botol tadi anda bekalkan ( 4 botol chilled, 2 botol frozen) maka anda guna 3oz x 2 : 6oz dari stok frozen sehari..pastikan anda ganti sekurang2nya 6oz setiap hari..JANGAN SESEKALI biarkan yang keluar lebih banyak dari yang masuk..jika yang dibekukan lebih dari 6oz alhamdulillah..
TIP TAMBAH STOK BEKU SUSU YANG DIPERAH Untuk ibu yang hasil setiap hari ngam-ngam saja untuk anak..cara menambah stok beku sedia ada ada boleh dilakukan dengan 2 cara;
CARA #1 DAPAT SIMPAN LEBIH BANYAK
Pastikan semua hasil perahan hari terakhir KHAMIS/JUMAAT dibekukan..jadi keperluan hari Isnin anda kumpul sepanjang 2 hari cuti hujung minggu..katakan anak perlukan 18oz bahagi dgn 2 hari anda perlu dapatkan sehari 9oz bahagikan pula dgn 2 sesi (awal subuh dan sebelum tidur) satu sesi anda perlu dapatkan 4.5oz katakan hasil pagi dapat hanya 3oz anda perlu tambah sesi pada waktu lain untuk dapatkan baki yang masih belum cukup sama ada pam waktu lain atau lakukan tandem pumping.
CARA #2 PERAH HUJUNG MINGGU
Pastikan semua hasil perahan waktu cuti hujung minggu dijadikan stok beku.
PERLUKAN USAHA AWAL Usaha perlu bermula dari awal lagi..jangan kesah berapa oz yang anda perolehi setiap sesi yang PENTING jumlah keseluruhan dari kesemua sesi mengepam anda sama atau lebih dari jumlah yang anak anda perlukan..jika masih juga tidak cukup try check :-
1. Jadual pam
2. Sparepart pam / Jenis pam
3. Jumlah air yang diminum
4. Emosi
Betulkan keempat2 ini dahulu sebelum give up atau pilih susu gantian untuk anak anda..jangan mengalah sebelum kalah! Teruskan perjuanganmu..
TAK PERLU BANYAK YANG PENTING CUKUP UNTUK ANAK!
SALAM PENYUSUAN SUSU IBU dari saya, Noorfazila Binti Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang
Kaunselor Laktasi Bertaulian Anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim Influenza kini kembali, dan seperti biasa inilah waktu di mana ramai ibu bapa mula panik setiap kali anak demam panas, batuk atau hidung tersumbat. Betul tak?
Menurut Dr. Tengku Putri Zainab, pakar kanak-kanak, ketika ini ramai pesakit Influenza datang setiap hari sama ada di klinik pesakit luar mahupun yang terpaksa dimasukkan ke wad. Setiap hujung tahun, kes Influenza memang meningkat dengan ketara.
Kenapa Vaksin Influenza Penting Untuk Anak?
Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mudah melalui vaksin Influenza. Vaksin ini bukan sahaja melindungi anak daripada jangkitan, tetapi juga membantu mengelakkan komplikasi serius yang boleh berlaku akibat virus ini.
Menurut Dr. Tengku Putri Zainab, vaksin Influenza adalah cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan Influenza serta komplikasinya. Untuk menjawab persoalan yang sering timbul dalam kalangan ibu bapa, beliau turut berkongsi beberapa fakta penting tentang vaksin Influenza yang perlu anda tahu.
Fakta Penting Tentang Vaksin Influenza
Boleh diberi seawal usia 6 bulan.
Bagi kanak-kanak yang pertama kali menerima vaksin Influenza dan berumur bawah 9 tahun, mereka perlu mengambil 2 dos, dengan jarak satu bulan antara dos pertama dan kedua.
Perlindungan hanya bertahan setahun.
Imuniti daripada vaksin Influenza bertahan sekitar 1 tahun sahaja kerana virus ini sentiasa berubah bentuk (mutasi). Jadi, vaksin tahun lepas mungkin tidak lagi berkesan untuk tahun ini.
Anak tetap perlu vaksin walaupun pernah dijangkiti.
Influenza boleh dijangkiti lebih daripada sekali. Walaupun anak pernah mengalaminya sebelum ini, vaksinasi tetap diperlukan untuk memberikan perlindungan semula.
Kesan sampingan ringan sahaja.
Sama seperti vaksin lain — anak mungkin mengalami bengkak di tempat suntikan, sakit otot, sakit kepala, keletihan, atau demam ringan. Semua ini biasanya sementara dan tidak berbahaya.
Bukan dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
Vaksin Influenza tidak termasuk dalam jadual vaksin kerajaan, jadi ibu bapa perlu mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.
Dos yang sama untuk kanak-kanak dan dewasa.
Menariknya, dos vaksin Influenza adalah sama untuk semua peringkat umur. Dr. Tengku Putri turut menasihatkan agar seluruh keluarga mengambil vaksin bagi melindungi antara satu sama lain.
Lindungi Anak, Lindungi Keluarga Dengan Vaksin Influenza
Musim hujung tahun sering kali dikaitkan dengan peningkatan kes Influenza, dan jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi serius terutama kepada bayi, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah.
Langkah paling mudah ambil vaksin Influenza setiap tahun. Sedikit jarum suntikan hari ini mungkin boleh menyelamatkan hari-hari esok keluarga kita.
Nak pastikan anak dan keluarga sihat musim hujan ni? Sila semak dengan klinik berhampiran untuk vaksin Influenza.
Tip Tambahan: Cara Ibu Ayah Lindungi Anak Daripada Influenza
Selain vaksin Influenza, ibu ayah juga boleh mengamalkan beberapa langkah tambahan untuk mengurangkan risiko jangkitan, terutama apabila musim hujan tiba dan ramai anak mula batuk atau demam di sekolah.
1. Latih anak basuh tangan dengan betul
Influenza mudah tersebar melalui sentuhan. Ajar anak basuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali balik dari sekolah, selepas bersin, atau sebelum makan. Boleh jadikan rutin menyeronokkan dengan lagu pendek semasa mencuci tangan.
2. Elakkan berkongsi botol air atau sudu garfu
Anak kecil memang suka kongsi makanan dengan kawan, tapi virus Influenza boleh menular melalui air liur. Walaupun nampak remeh, ini boleh jadi punca jangkitan.
3. Pastikan anak cukup tidur dan makan seimbang
Sistem imun yang kuat membantu tubuh lawan virus. Tidur cukup, banyakkan buah dan sayur, serta minum air secukupnya — semua ini adalah “perisai” semula jadi anak.
4. Ajar anak etika batuk dan bersin
Biasakan anak tutup mulut dengan tisu atau siku apabila batuk atau bersin. Ini langkah kecil yang sangat penting untuk elak virus merebak dalam rumah atau sekolah.
5. Elak bawa anak ke tempat sesak bila ada simptom
Walaupun anak nampak sudah sihat sedikit, sebaiknya biar dia rehat di rumah dahulu supaya tidak menjangkiti orang lain dan cepat pulih sepenuhnya.
6. Dapatkan nasihat doktor segera bila anak demam tinggi
Influenza boleh nampak seperti demam biasa pada awalnya, tetapi cepat jadi teruk. Jika anak demam tinggi, lesu, atau susah bernafas, segera bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Pesanan Akhir Pa&Ma
Kesihatan anak bukan sekadar bila dia sudah sakit, tetapi bagaimana kita mencegah sebelum ia berlaku. Vaksin Influenza dan gaya hidup sihat boleh menjadi dua perisai utama untuk keluarga kita.
Nak anak kekal sihat sepanjang tahun? Mulakan dengan vaksinasi Influenza, jaga kebersihan dan jadikan kesihatan anak keutamaan nombor satu.
Menjadi kerisauan para ibu ketika menyusu badan pada bayi, adakah mereka cukup minum? Takut pula masih tak cukup, tapi sesi penyusuan dah dihentikan. Bukan apa, nak ditanya anak masih tak boleh nak beritahu.
Lagi-lagi kalau bayi tertidur semasa disusukan. Lagilah si ibu rungsing sama ada cukup atau tidak anak mereka menyusu tadi.
Ikuti penjelasan dari Kaunselor Laktasi ini:
Risau bayi menyusu sekejap atau lama?
“Bayi saya menyusu kurang dari 10 minit. Dia dapat cukup susu tak?”
“Bayi saya menyusu lama sangat kadang-kadang sampai 1 jam. Susu saya sikit ke?”
Dua situasi berbeza kerisauan ibu-ibu menyusu tentang berapa lama bayi mereka menyusu.
Ada yang menyusu dalam satu sesi yang pendek, malah ada juga yang menyusu dalam satu sesi yang panjang.
Secara puratanya, bayi akan menyusu selama 15 – 45 minit dalam satu sesi penyusuan. Tetapi perlu diingat, tiada masa yang tetap untuk berapa lama bayi perlu menyusu.
‘Don’t watch the clock, watch the baby’. Offer bayi menyusu satu bahagian payudara pada satu masa. Dan offer payudara yang lagi sebelah pada sesi penyusuan yang seterusnya.
Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan menyusu 8 – 12 kali dalam satu hari. Peka pada ‘feeding cues’ bayi. Bukannya melihat jam.
Antara ‘feeding cues’ adalah bayi akan: – stretching – rooting – sucking – crying (late cues)
Sesetengah bayi sangat efisyen menyusu dan boleh kenyang dalam masa kurang dari 10 minit dalam satu sesi penyusuan. Manakala, ada pula sesetengah bayi yang lain memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyusu dan kenyang. Ini juga adalah kerana setiap bayi ‘suckle’ juga berbeza.
Antara tanda-tanda bayi sudah kenyang: – lebih tenang – melepaskan sendiri payudara – tertidur selepas menyusu – apabila offer menyusu lagi, bayi akan menolak
Sila pantau diapers bayi (wet & dirty); kencing & berak bayi serta kenaikan berat badan bayi. Sehingga umur 6 bulan, kebiasaannya wet diapers adalah dalam 5 – 6 keping sehari. Manakala untuk dirty diapers pula adalah dalam 1 – 2 keping sehari. Malahan ada yang kurang dari itu kerana bayi yang menyusu ibu ada yang jarang berak sampai berhari-hari.
Ada masanya juga, bayi akan menyusu lebih lama sekadar untuk ‘comfort’.
Jika bayi anda terganggu atau mengantuk semasa menyusu, bawa bayi ke dalam bilik yang gelap untuk menyusu supaya jauh dari gangguan.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.