Bila ada adik-beradik kembar ni memang seronok. Boleh buat ramai yang keliru terutamanya kembar seiras. Susah nak cam, hanya yang betul-betul kenal boleh bezakan. Sama seperti video ini yang menunjukkan seorang bayi keliru dan tidak mengenali ibunya sendiri.
Memandangkan si ibu ada kembar dan mereka pula sangat serupa, dengan cermin mata dan pakaian yang lebih kurang sama membuatkan bayi tersebut tidak cam yang mana satu ibunya.
Difahamkan wanita yang bertudung maroon merupakan ibunya tetapi bayi tersebut tidak mahu melepaskan makcik yang sedang mendukungnya.
Apabila si ibu mendekati dan cuba mendukungnya, dapat dilihat bayi tersebut mengelak. Dia juga memegang erat makciknya dan tak mahu melepaskan tudung yang dipegang. Sampai menangis dibuatnya!
Walaupun sudah masuk hari ke 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun rata-rata masih ada di kalangan masyarakat kita yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Hari ini menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melaporkan semalam iaitu pada 4 April, sebanyak 745 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara. Daripada sekatan ini, sebanyak 331 839 buah kenderaan diperiksa dan sejumlah 25 554 pemeriksaan mengejut di adakan di seluruh negara termasuklah premis-premis dan sebagainya.
Malah PDRM juga menahan 368 individu di sekatan jalan raya kerana melanggar arahan dan langgar pematuhan PKP. Walaupun terdapat pengurangan sebanyak 11 peratus daripada hari terdahulunya, namun masih ramai masyarakat dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.
MalaysiaGazette, menerusi satu laporannya melihat sikap masyarakat Malaysia yang terlalu individualistik malah tidak merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab bersama mengatasi pandemik Covid-19 ini.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam membendung wabak Covid-19.
Malah katanya lagi menerusi temubual bersama MalaysiaGazette, ada sesetengah individu sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri.
Malah beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan. Hal sebegini sepatutnya tidak patut berlaku kerana jika isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh.
“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh,” katanya.
Malah Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin kita sepatutnya sama-sama berganding bahu untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hanya patuh pada arahan kerajaan dan berusaha untuk kekal di rumah. Itu sebaiknya tanpa perlu kerajaan mengadakan sekatan yang kemudiannya akan lebih menyusahkan kita kelak. Bertindak bijak dan kekal di rumah.
Rakyat Malaysia banyak songeh, gantikan polis dengan komando!
Pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan oleh segelintir individu menyaksikan trend sikap rakyat Malaysia yang semakin terlalu individualistik.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan-tindakan tegas oleh polis yang didakwa menengking dan merotan individu-individu yang ingkar PKP dipersoalkan dan disiasat.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap rakyat Malaysia menyifatkan trend sikap ini sebagai tidak baik kerana Malaysia memerlukan kerjasama kolektif daripada semua pihak dalam membendung wabak Covid-19.
Menurutnya, individu-individu yang melanggar arahan PKP yang sudah memasuki fasa kedua seperti orang yang hilang akal kerana terlalu mementingkan kehendak sendiri hingga tidak peduli keselamatan rakyat terbanyak.
“Kerajaan melaksanakan PKP bersebab untuk membendung penularan wabak yang bahaya. Itu pun bukan tidak boleh keluar langsung tetapi jika ada keperluan. Jadi mengapa tidak boleh bekerjasama?.
“Saya dapati rakyat Malaysia sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau yang menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas kepada rakyat yang ingkar arahan kerajaan, khususnya ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang bergelut dan berjuang untuk menyelamat nyawa rakyat di negara ini.
“Kalau arahan polis yang menjaga keamanan negara pun tak mahu dengar, apa nak jadi? Saya juga amat sedih apabila ada anggota polis yang bertindak tegas pula disiasat.
“Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh,” tegasnya.
Melihat perkembangan mutakhir itu, Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.
Pendekatan ini bukan untuk menafikan peranan polis tetapi mengajar rakyat Malaysia lebih berdisiplin dan menghormati arahan terutama ketika situasi getir seperti hari ini.
“Polis selalu berada dalam masyarakat menyebabkan rasa takut rakyat kepada mereka walaupun yang berpangkat tinggi semakin berkurangan berbanding askar yang kurang berada dalam masyarakat.
”Selain itu, kedudukan askar dipandang secara simbolik sebagai benteng pertahanan negara. Warna, pakaiannya sahaja sudah menggerunkan rakyat, itu belum lagi mereka menjerit. Walaupun jika seorang prebet yang menjerit tiada siapa yang berani, apatah lagi menularkan video-video.
“Pada saya kalau dengan meletakkan askar dapat mendisiplin rakyat daripada bergerak, sekali gus dapat membendung penularan wabak ini, tidak ada salah kerajaan menempatkan askar-askar komando,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Siapa menyangka ibu hamil bersama empat anaknya yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam pernah berdepan kemalangan tragis pada Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Ruziha Osman, yang masih terkejut dan sedih dengan pemergian anak sulungnya bersama empat cucu kesayangannya yang berusia antara empat hingga 13 tahun.
Tambahnya, mereka sekeluarga sebenarnya masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kemalangan jalan raya yang menimpa arwah sekeluarga pada 30 Januari lalu.
“Memang tak sangka, lagipun arwah kelihatan ceria dan bergurau dengan kami seperti biasa.
“Arwah sedang mengandung, malah sebelum ini mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Brisu Alor Gajah pada 30 Januari lalu, namun terselamat,” katanya.
Namun, siapa sangka, selepas terselamat dari nahas tersebut, mereka akhirnya dijemput Ilahi dalam tragedi yang lebih menyayat hati.
Sementara itu, ibu saudara kepada suami arwah, yang hanya dikenali sebagai Ina, menyifatkan pemergian Laila dan anak-anaknya sebagai satu takdir yang sukar diterima.
“ALLAH SWT telah menyelamatkan mereka dalam kemalangan sebelum ini, tetapi rupanya takdir menjemput mereka dengan cara lain,” luahnya sebak.
Selain meragut nyawa, tragedi memilukan ini turut memusnahkan kediaman yang hangus dijilat api. Mangsa yang terkorban ialah Laila Fathinah Mustapa, 37; Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.
Bagaimanapun, suami Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat dalam kejadian itu, walaupun mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kredit: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuaca panas sekolah kini menjadi kebimbangan utama apabila suhu harian dilaporkan melebihi 35 darjah Celsius di beberapa kawasan. Kementerian Pendidikan (KPM) meminta supaya sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius, selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Menerusi kenyataan hari ini, KPM turut meminta semua institusi pendidikan di bawahnya meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka pada Ahad dan Isnin ini.
“Institusi pendidikan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi serta menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan,” menurut kenyataan itu.
KPM turut meminta pihak sekolah membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman serta sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kesihatan dalam kalangan murid akibat cuaca panas.
Selain itu, pihak pengurusan sekolah boleh mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas, bergantung kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
KPM turut menekankan bahawa semua institusi pendidikan perlu peka terhadap situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.
Fenomena cuaca panas sekolah boleh memberi kesan serius kepada kesihatan murid jika tidak dikawal dengan baik. Antara risiko utama termasuk dehidrasi, keletihan melampau, dan strok haba. Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada risiko ini kerana sistem badan mereka belum matang sepenuhnya.
Dalam situasi suhu melebihi 35 darjah Celsius, aktiviti fizikal yang berlebihan boleh menyebabkan suhu badan meningkat secara mendadak. Oleh itu, langkah pencegahan awal sangat penting bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.
Bagi menghadapi cuaca panas sekolah, beberapa langkah proaktif perlu diambil oleh pihak sekolah dan ibu bapa:
Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kesihatan, tetapi juga memastikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca panas.
Dalam menghadapi cabaran cuaca panas sekolah, kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Sekolah perlu memastikan semua garis panduan dipatuhi, manakala ibu bapa perlu memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum ke sekolah.
Ibu bapa juga digalakkan membekalkan air tambahan serta memberi peringatan kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga kesihatan ketika cuaca panas.
Berdasarkan kalendar akademik, cuti penggal Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 20 Mac hingga 28 Mac.
Sementara Kumpulan B merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.
Tempoh cuti ini memberi ruang kepada pihak sekolah untuk membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan dibuka semula dalam keadaan cuaca panas sekolah yang dijangka berterusan.
Secara keseluruhan, situasi cuaca panas sekolah memerlukan perhatian serius semua pihak. Dengan langkah pencegahan yang betul dan pematuhan garis panduan KPM, risiko kesihatan dapat dikurangkan dan keselamatan murid dapat terus dipelihara.
Ketahui 6 barang bayi yang tidak disarankan oleh pakar kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan masalah kesihatan. Ramai ibu bapa masih menggunakannya tanpa sedar.