Musim-musim raya ni memang biasa sangat orang buat rumah terbuka. Banyak juadah yang dihidangkan buat para tetamu dan semuanya sedap-sedap belaka.

Rendang, lemang, kuah kacang dan masak lodeh adalah antara menu popular yang akan disediakan oleh tuan rumah buat para tetamu.

Untuk kelainan, apa kata hidangkan Nasi kandar uat tetamu yang menyerikan majlis rumah terbuka rumah anda?

Shafiqah Liyana ada kongsikan resipi ekspres yang boleh anda cuba;

✨️ RESEPI NASI KANDAR EXPRESS ✨️
Teringin nak makan ala ala Nasi Kandar tapi nak versi jimat musim musim gini.
Dan saya cuba untuk buat semudah yang mungkin sebab ada anak kecil, dan saya juga homebaker 😊

Terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi sebelum ni.
Share dulu, kot kot nanti teringin nak cuba tapi dah tak jumpa resepi ni.

Terasa Nak Makan Nasi Kandar, Ibu Ini Kongsikan Resipi Ekspres Boleh Cuba. Terangkat Baq Ang!
Sumber foto: Facebook Shafiqah Liyana

Kisarkan:
– Bawang besar
– Bawang putih
– Halia.
Dalam 2 biji bb, 3 ulas bp, dan seinci halia.
Bahan kisar ni akan digunakan dalam 3 jenis lauk utama

Baca Juga:

IKLAN

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

AYAM GORENG ALA MAMAK
Perapkan ayam menggunakan 1/3 bahan kisar tadi. Dalam setengah ekor ayam.
Tambahkan :
– serbuk kari
– pewarna merah
– tepung jagung
– garam
– gula perang / putih sikit
Biarkan ayam dulu,sambil tu, jom tanak nasik.

IKLAN

NASI KUNING
– Tumis 4 beradik dengan planta
– Basuh beras, dan ukur air spt biasa
– Curahkan tumisan planta tadi
– Tambah sedikit serbuk kunyit untuk warna

KUAH HITAM
– Tumis 1/3 lagi bahan kisar tadi
– Dah pecah minyak, masukkan sedikit serbuk kari ikan / daging
– Tambah kicap pekat dan kicap manis
– Perasakan dengan gula dan garam

KUAH KARI
– Tumis 4 beradik, dan daun kari
– Tumis baki 1/3 bahan kisar tadi
– Dah garing sikit, tambah cili boh dlm 2 sudu
– Dah pecah minyak, masukkan serbuk kari
– Tambah air asam jawa
– Perasakan dengan garam

Celur bendi kalau ada,dan rebus telur asin.
Laassttt sekali, goreng ayam
Makan panas-panas, kriuk kriuk waktu makan nanti.

IKLAN

Hidangan berat lain seperti laksa dan bihun sup juga menjadi pilihan. Bagus juga kalau sesekali kita buat kelainan. Pasti hidangan ini menjadi pilihan utama para tetamu.

Nak pelbagaikan lauk, mungkin boleh tambahkan lauk kurma ataupun kuah madu. Selamat mencuba!

 

Terasa Nak Makan Nasi Kandar, Ibu Ini Kongsikan Resipi Ekspres Boleh Cuba. Terangkat Baq Ang!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI