Perkembangan seorang bayi memang sangat pantas. Rasanya baru sahaja lahirkan anak tapi bila genap usianya 3 bulan, si comel dah pandai balas senyuman ibu dan ayah. Oh, bahagianya rasa!
Rasa seronok ada bayi sukar digambarkan dengan kata-kata. Dalam pada seronok, ibu ayah jangan lupa pantau perkembangan bayi. Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya kena ada ilmu keibubapaan bagaimana cara terbaik membesarkan anak.
Selain itu perlu juga tahu perkembangan anak mengikut tahap sejak dia lahir lagi untuk memastikan si kecil membesar dengan normal. Jika ada sebarang ketidaknormalan maka mudahlah untuk ibu ayah membuat tindakan segera bertemu pakar bagi membantu mengesan dan merawat masalah yang dihadapi anak supaya tidak terbiar berlanjutan.
Kalau bayi anda kini sedang berusia 3 bulan, inilah tahap perkembangan yang sepatutnya dia telah capai mengikut Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Mahfuzah Zainol.
Infant development at age 3 months
Pada umur 3 bulan, ibu bapa seharusnya boleh menyemak senarai perkembangan ini :
Membalas senyuman (membalas ye, bukan senyum sorang-sorang dalam tidur )
Ads
Memandang dan berpusing mengikut pergerakan objek pada anggaran jarak 30cm atau 1 kaki dari mata.
Mengeluarkan bunyi ‘cooing’ atau suara bayi. (Seolah-olah bercakap dengan bahasa bayi)
Menegakkan kepala apabila diletakkan pada posisi meniarap atau ‘prone position’. (Ini tummy time)
Ads
Menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Excessively.
Mula untuk memusingkan badan dari posisi terlentang kepada posisi meniarap. Seeloknya letak pada permukaan tilam yang rata.
Semasa bermain dengan bayi anda, boleh rangsang perkara-perkara ini.
Ads
Boleh goyangkan rattle di hadapan bayi untuk mendapatkan perhatiannya.
Bercakap dengan ekspresi muka dan nada suara yang penuh dramatik.
Kalau bercerita pun boleh sebab otak bayi boleh dirangsang melalui variasi nada suara dan mimik muka.
A little tips from an OT ummi.
Another tip, you are the parents of your child, you should know your baby the most. But be aware of any red flags in the development.
Bila anak merengek dan meragam sebab nak tumbuh gigi, ia boleh menjadi fasa yang sangat mencabar buat ibu bapa. Ketidakselesaan yang dirasai bayi memang tidak dapat dielakkan jadi ibu bapa perlu sabar melayani rengekan dan ragam si anak.
Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun. Ketika proses itu terjadi, pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi apabila melalui pengalaman tumbuh gigi.
Sebelum mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, berikut beberapa gejala yang boleh diperhatikan, terutamanya jika si manja berusia sekitar 6 bulan dan ke atas:
Gusi sakit atau lembut Air liur meleleh Mudah meragam Demam ringan sekitar 37°C Gemar mengunyah Cirit-birit Ruam air liur sekitar mulut
Biasanya gigi pertama yang muncul adalah salah satu gigi kacip di bahagian bawah. Proses pertumbuhan gigi mungkin lebih perlahan bagi sesetengah bayi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:
1. Urut gusi
Memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Selepas mencuci tangan, baringkan bayi di atas katil dan urut gusi mereka perlahan-lahan dengan jari.
Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam.
2. Kain lap sejuk, antara cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk – sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.
Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap – risiko untuk tercekik masih tinggi.
3. Sejukkan pacifier atau mainan tumbuh gigi
Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kebas dan kesakitan.
Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.
Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan popsicles susu
Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.
Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Jangan lupa untuk memakaikan si manja bib jika anda tidak mahu keadaan menjadi terlalu berselerak.
5. Lapkan lelehan air liur
Anda juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.
Pastikan juga anda mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.
6. Sejukkan buah
Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata anda cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi yang merengsa itu.
Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir.
Walaupun alat ini boleh mengelakkan daripada bayi tercekik, tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka, okay?
7. Ekstra pelukan, cara menenangkan bayi tumbuh gigi yang penting
Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan ketidakselesaan ini dengan hanya memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.
Jika anda menyusu badan, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan.
Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur.
8. Ubat sakit
Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.
Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.
Penjagaan gigi baru bayi
Selain daripada mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, anda juga harus memulakan proses penjagaan gigi si kecil sebaik sahaja ia muncul.
Penting untuk mengelap gigi mereka sebelum tidur dengan menggunakan kain lap bersih yang lembap atau berus gigi bayi berbulu lembut.
Tidak perlu menggunakan sebarang ubat gigi berfluorida sehingga si manja berusia 3 tahun dan sudah pandai untuk berkumur.
Sebagai ibu bapa kita selalu risau kalau anak lambat berjalan, lambat merangkak dan sebagainya. Itu kerana apa yang kita nampak dari mata kasar, namun apa yang kita tidak nampak adalah perkembangan otak anak-anak yang sedang membesar ini.
Supaya tidak terlepas pandang, ibu ayah harus juga ambil berat tentang perkembangan mental anak terutamanya yang baru berusia 0-2 tahun.
Perkembangan motor & fizikal boleh nampak dengan mata kasar
Ramai ibubapa susah hati jika anak lambat jalan , lambat merangkak dan lambat meniarap berbanding anak orang lain.
Kerana perkembangan motor dan fizikal itu sesuatu yang ibu ayah boleh nampak dengan mata kasar. Maka bila ibu ayah ‘tak nampak’ anak boleh buat, ibu ayah jadi risau.
Ya risau itu bagus dan berasas kerana ia tanda ibu ayah ambil berat.
Dan bila perkembangan motor dan fizikal itu mula berlaku, ibu ayah juga boleh nampak dengan mata kasar tentang ‘struggle’ (pergelutan) yang anak perlu lalui. Misalnya: anak menangis tak suka bila badannya tak sengaja tertiarap. Atau anak menangis panggil minta tolong bila sudah ter berdiri dan tak tahu duduk semula.
Maka, bila ibu ayah ‘boleh nampak’ , ibu ayah mudah empati dan mudah faham kenapa anak meragam.
Perkembangan Mental Bayi
Namun…Namun…Namun…
Bagaimana pula dengan perkembangan dalam otak? Tidakkan ibu ayah mahu risau jika ia lambat atau tak berlaku?
Pernah dengar tak orang tua -tua selalu cakap ‘Jika anak tiba-tiba suka meragam itu tanda nak besar atau pandai sesuatu?’
Yes, Sains bersetuju dengan kata-kata orang tua-tua dalam hal ini. Antara tanda anak sedang alami perkembangan mental ialah bila dia tiba-tiba kuat meragam, tak selera atau terlebih selera dan jadi bermasalah tidurnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mohamed Neqayl atau lebih dikenali sebagai Ney Ney, anak kepada pasangan Nora Danish dan Boss Ned dan Nora Danish pernah dikecam netizen kerana didakwa tidak comel seperti bayi yang lain semasa beberapa bulan dilahirkan.
Bagaimanapun, Nora Danish mengambil sikap untuk tidak melayan kata-kata negatif itu. Ada sebahagian peminatnya menyatakan biasalah bayi kecil dan belum lagi besar.
Kini menjengah usia setahun (22 Februari) ternyata NeyNey terus menjadi perhatian. Semakin besar lagi handsome dan senyuman pun manis.
Nora Danish juga menceritakan saat manis dikurniakan NeyNey dalam hidupnya dan suami serta menjadi pelengkap keluarga selepas berkahwin dengan Bos Ned.
Kehadiran Ney Ney menambah keceriaan kepada dua abangnya dan bukti cinta antara mereka sekeluarga.
Mengimbas kembali saat bersalinkan Ney Ney, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan menyatakan anak lelakinya ini dilahirkan pada usia 8 bulan seberat 2.97 kilogram.
Sejak dari awal kelahiran hingga sekarang, setiap perkembangan Ney Ney sentiasa ditunggu. Dari berguling, merangkak, berdiri dan belajar berjalan momen itu antara yang terindah.
Selain dua abang, Ney Ney antara yang istimewa di hati mommy dan daddynya dan tak sabar nak lihat si manja ini membesar. Semoga Ney Ney akan membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.
Sumber: ig Nora Danish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu hamil sibuk cari makanan berkhasiat sepanjang kehamilan, tapi kadang-kadang terlupa buah paling simple dan murah pun boleh jadi superfruit, contohnya jambu batu.