Setiap anak-anak punya perkembangan dirinya sendiri, ada yang lambat tetapi ada juga yang cepat dalam segala segi. Maka perhatikanlah setiap gerak geri perkembangan anak.

Periksa perkembangannya melalui carta milestone yang boleh dirujuk di internet supaya jika anak kita terlambat perkembangannya, kita boleh sedar lebih awal. Inilah sebabnya mengapa mak ayah perlu lebih peka dalam segala segi. Malah kata Pn Wawa Shauqi, penulis keibubapaan, periksalah anak dari segala segi supaya kita bersedia dalam segala hal.

Jangan Leka Perkembangan Anak, Periksa Carta ‘Milestone’ Selalu, Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat!


Benda ni jadi kat diri saya sendiri. Sebagai mak, of course kita akan concern dengan perkembangan anak. Bila tengok anak orang lagi laju dari anak kita, lagi rasa down.

Bila tanya pendapat orang sekeliling, ada yang kata tak apa. Ada pulak yang suruh cek pakar cepat. Eh, tak fahamlah. Confuse dibuatnya.

Jadi saya minta pendapat Occupational Theraphy Nurul Sheriena Musa. OT adalah manusia yang banyak bantu anak-anak yang ada delay dan ada masalah tingkah laku. Pendek kata, diorang ni tukang completekan puzzle perkembangan anak yang tercicir.

Jangan Leka Perkembangan Anak, Periksa Carta ‘Milestone’ Selalu, Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat!

Menurut OT Nurul :
1) Sentiasa cek carta milestone. Kat internet banyak boleh rujuk. Kat buku yang Klinik Kesihatan bagi pun ada. Cuma tak detail. Bila selalu cek, kita dapat buat anggaran anak kita ni normal, delay atau tak.

2) Memang normal ada anak yang cepat. Dan ada anak yang lambat. Tapi kalau sampai masuk beberapa bulan lambatnya, parents kena cepat bertindak.

IKLAN

Contohnya, NORMAL ada anak yang boleh berjalan 10 bulan, ada yang setahun baru boleh jalan. Tapi kalau dah 1 tahun 6 bulan masih tak berjalan, itu RED FLAG.

Jangan Leka Perkembangan Anak, Periksa Carta ‘Milestone’ Selalu, Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat!

3) Red Flags dalam child development adalah tanda-tanda delay pada anak yang perlu kita ambil tindakan.

4) Antara yang OT Nurul cadangkan untuk parents buat adalah :
– Buat M-Chat online (screening)
– Bawa keputusan ke Klinik Kesihatan (diagnose)
– Doktor akan rujuk anak ke Speech Therapy atau Occupational Theraphy untuk jalani rawatan.
– Boleh juga terus ke pusat terapi yang ada ST atau OT untuk screening.

5) Red Flag yang tak dibantu, akan bagi kesan jangka masa panjang. Tolong jangan biar.
Kadang kita ingat anak tu nakal. Kita pukul dia, tapi sampai besar pun masih nakal. Rupanya mungkin ada ADHD.
Kita ingat anak kita malas belajar. Hantar tuisyen tak pandai-pandai. Rupanya ada disleksia.

IKLAN

Kita sedih dengan anak yang tak boleh bawa ke tempat awam. Kita ingat dia kena gangguan jin. Rupanya ada masalah autism. Ada banyak salah faham yang kita akan cipta bila kita tak beri peluang anak dirawat segera. Anak yang normal pun boleh jadi delay atas beberapa sebab. Yang kalau kita biar, dia punya kesan sampai ganggu pembelajaran di sekolah.

Malah ada yang sampai besar susah cope dengan stress. Ada yang tak boleh adapt dengan komuniti/ jabatan. Dan ada yang masih tak boleh nak urus diri dengan baik bila dah besar. Gila kan kesan dia!

6) Speech delay tak bermakna petanda anak ada autism. Boleh jadi, ada komponen perkembangan (especially sensori) yang anak tak dapat/ tak complete.

Jangan Leka Perkembangan Anak, Periksa Carta ‘Milestone’ Selalu, Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat!

7) Kalau nak stimulate anak jadi bijak, bukan paksa buku dari kecil. Tapi cukupkan stimulasi sensori. Sebab itu asas yang akan bantu kembangkan sel-sel otak anak.
Bila complete sensori, insya Allah anak akan swndiri jatuh cinta pada buku.

IKLAN

 

8) Jangan takut untuk diagnose anak. Ia bukan untuk letakkan label pada diri mereka. Tapi lebih kepada nak bantu anak untuk keluarkan potensi mereka yang terperam kerana masalah delay.

Jangan Leka Perkembangan Anak, Periksa Carta ‘Milestone’ Selalu, Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat!

Memang benar… Perkembangan anak bukan perlumbaan. Pun begitu, kalau anak memang perlu dibantu, bantulah. Jangan sekat hak mereka untuk dibantu.

Saya pasti, sifat terbuka dan tawakkal kita, anak akan pulih semula ditangan mereka yang ahli. Insya Allah, apapun kesukaran kalian dalam membesarkan anak-anak, saya doakan mereka bakal jadi manusia hebat nan berjaya dunia akhirat.

Artikel berkaitan: Bimbang Anak Terlewat Perkembangannya, Ini Check List Anak Dari 1 Hingga 5 Tahun!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI