“Fiona, kau dah ada dua orang anak kan? Ajarlah aku resipi makanan bayi, nak cuba bagi dekat Adam nanti!”, tanya Nadia dalam keadaan teruja.
Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak kecil mereka, terutama sekali apabila bayi anda sudah mula makan makanan pepejal.
Namun, ibu bapa harus peka akan 5 makanan yang dilarang untuk diperkenalkan kepada si comel anda.
Usah perkenalkan makanan bayi ini dulu
Terdapat beberapa jenis makanan yang belum sesuai untuk bayi kerana faktor umur mereka. Proses pencernaan mereka belum berkembang sepenuhnya seperti orang dewasa.
Oleh itu, penting untuk anda mengambil kira resipi makanan bayi yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Makanan tinggi kandungan garam
Banyak makanan, terutama sekali makanan yang diproses mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Kandungan garam tinggi tidak baik untuk diet bayi anda kerana ia akan memberi efek terhadap buah pinggang mereka.
Tidak perlulah untuk letak garam, kiub stok atau kuah yang mengandungi garam ke dalam diet bayi anda.
Sebaliknya, anda boleh membuat broth sendiri daripada tulang atau kaki ayam tanpa garam. Ia lebih sihat dan membantu perkembangan antibodi bayi anda.
Contoh makanan tinggi kandungan garam ialah :
dendeng daging
sosej
kentang goreng bergaram
kerepek
makanan yang dibeli di luar
Makanan tinggi kandungan gula
Resipi makanan bayi anda tidak perlu kandungan gula yang banyak. Bukan makanan sahaja, namun ingatlah bahawa banyak minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat.
Jus buah dikaitkan dengan gaya hidup sihat bagi yang dewasa, tetapi ia tidak baik sama sekali untuk si comel anda. Walaupun tidak bergula, proses membuat jus tersebut telah menyingkirkan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda.
Kandungan gula tinggi juga menjejaskan tumbesaran gigi anak anda.
Beberapa makanan tinggi gula yang tidak digalakkan ialah:
Minuman berkarbonat
Jus
Biskut
Agar-agar
Makanan tinggi lemak tepu
Makanan bayi anda tidak seharusnya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Bacalah label nutrisi makanan sebelum membeli untuk si comel anda. Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak trans bawah 2 gram.
Lemak tepu berupaya untuk meningkatkan risiko masalah jantung kepada si kecil anda.
Ia senang dijumpai dalam kumpulan makanan ringan dan makanan segera.
Contohnya :
Biskut, kek, pai
Manisan
Burger diproses
Sosej
Nuget
Seperti nuget dan juga burger, ia senang sekali untuk dibuat sendiri. Anda boleh dapatkan resipi yang lebih berkhasiat untuk makanan bayi anda dan cuba sendiri di rumah.
Madu, masalah untuk makanan bayi juga?
Kadangkala, sesetengah madu mengandungi kuman yang boleh menghasilkan toksin dalam usus bayi, dikenali sebagai toksin botulinium. Ia mampu menjejaskan kesihatan bayi anda dan menyebabkan penyakit infant botulism.
Keadaan ini bahaya kerana toksin itu boleh menyerang sistem saraf bayi dan menyebabkan kelumpuhan.
Selain itu, ingatlah madu juga tinggi kandungan gulanya. Ia tidak bagus untuk diet bayi anda dan boleh merosakkan gigi si manja. Cuba elakkan beri madu kepada bayi anda sehingga mereka berumur setahun ke atas.
Kekacang – makanan bayi atau tidak?
Jawapannya, tidak. Tunggulah sehingga si manja anda berumur 5 tahun ke atas kerana bayi berisiko tercekik jika makan kacang.
Namun begitu, jika kacang tersebut dikisar, ditumbuk atau dalam bentuk mentega kacang, anda boleh cuba untuk memberi kepada bayi anda.
Haruslah ingat bahawa jika bayi, anda atau ahli keluarga terdekat mempunyai alergi untuk sesetengah makanan, lebih elok untuk anda berjumpa dengan doktor sebelum cuba memberinya kepada si manja.
Konklusi
Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi yang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi anda. Resepi makanan bayi yang elok seharusnya semula jadi, dimasak sepenuhnya dan tidak mengandungi banyak bahan perasa.
Sememangnya sukar sama sekali untuk menidakkan kemahuan si comel anda, namun ingatlah sesetengah makanan yang diberikan terlalu awal mampu memudaratkan kesihatan mereka.
Sebelum memperkenalkan makanan baru kepada anak anda, silalah rujuk kepada pegawai perubatan atau pegawai dietetik untuk mendapat informasi lanjut yang tepat dan bermanfaat untuk si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Adik jangan bersulam air, nanti buncit” pernah dengar tak ayat ni? Biasanya mak-mak sangat marah jika bersulam air. kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?
Berikut 3 mitos yang sering menjadi kepercayaan ramai.
Makan sambil minum punca perut buncit?
Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan.
Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan.
Pastinya anda mungkin tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif – atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu, kan?
Memahami sistem pencernaan
Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.
Umumnya, proses tersebut bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut.
Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kelenjar air liur anda mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.
Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecahkan dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.
Saluran usus
Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati.
IKLAN
Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda.
Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.
Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda.
Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan.
Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam. Lama, kan?
Tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?
Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik.
Berikut adalah 3 kepercayaan biasa yang menjadi hujah untuk menyokong dakwaan bahawa air atau cecair yang diminum sambil makan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada sistem pencernaan.
IKLAN
Hujah 1: Minuman beralkohol dan berasid jejaskan fungsi air liur
Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa mengambil minuman beralkohol atau berasid dengan makanan akan mengeringkan air liur.
Keadaan tersebut sekali gus akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna makanan.
Sememangnya alkohol mengurangkan penghasilan air liur sebanyak 10 hingga 15% per unit alkohol. Tetapi ia tidak melibatkan minuman dengan kadar kepekatan alkohol rendah seperti bir atau wain.
Manakala, minuman berasid pula akan meningkatkan rembesan air liur.
Pada akhirnya, tiada bukti saintifik untuk mengesahkan minuman beralkohol atau berasid yang diambil secara sederhana boleh memberikan kesan negatif kepada pencernaan ataupun penyerapan nutrien.
Hujah 2: Air, asid perut dan enzim pencernaan
Banyak dakwaan menyatakan makan sambil minum air akan mencairkan asid perut dan enzim pencernaan. Ini akan menjadikan tubuh lebih sukar mencerna makanan.
Pun begitu, dakwaan yang menunjukkan sistem pencernaan tidak dapat menyesuaikan rembesannya dengan konsistensi makanan adalah salah.
Hujah 3: Cecair dan kelajuan proses pencernaan
Kepercayaan ketiga yang sering digunakan sebagai hujah adalah cecair yang diambil semasa makan akan meningkatkan kelajuan makanan pejal disingkirkan daripada perut.
IKLAN
Ini dianggap dapat mengurangkan waktu hubungan makanan dengan asid perut dan enzim pencernaan, sehingga menjejaskan pencernaan.
Malangnya, tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini.
Bahkan, dalam kajian pemerhatian yang menganalisis proses pengosongan perut menunjukkan, walaupun cecair melalui sistem pencernaan lebih cepat daripada pepejal, namun ia tidak mempengaruhi tahap kelajuan pencernaan makanan pejal.
Kesimpulannya – makan sambil minum sama ada air, minuman beralkohol atau berasid tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda.
Tabiat makan sambil minum kurangkan pengambilan makanan
Hakikatnya, makan bersulam air boleh memberikan anda ‘masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.
Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar.
Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
Bantu bakar kalori
Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.
Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan.
Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu, atau jus.
Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis, okay?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah tahu tak pisang boleh buat sembelit, pisang juga boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.
Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch.
Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang. Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan.
Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.
Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang.
Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.
Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni.
Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.
Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan.
Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing.
Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.
Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Nak naikkan berat badan anak memang mencabar. Walau makan dengan teratur namun susahnya nak naikkan berat badan anak. Macam mana?
Ini antara cabaran ibu bapa yang berada dalam situasi anak-anak susah makan atau tidak mahu makan dan semestinya akan rasa susah hati.
Menerusi perkongsian Puan Ainaa Aqilah, ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk naikkan berat badan terutama dalam penyediaan menu anak.
1. HIGH CALORIE
– Ada banyak jenis makanan yang high calorie, boleh google list. Okey ni yang pakar pemakanan tekankan dekat saya, dia suruh double or triple kan calorie amount dalam setiap hidangan.
– Walaupun anak makan sikit, tapi dah dpt banyak calorie. Contohnya, biasa masak bubur nasi + ayam + sayur. Saya akan buat pelbagai jenis. (Nasi + kentang) + (ayam + tauhu) + (sayur 2 ke 3 jenis) + bahan perisa yang lain.
– Tekstur bubur pekat, jangan cair. Lepas tu nak tinggikan lagi kalori dia, tumis bawang dan halia dengan unsalted butter. Last sekali, sebelum serve dekat baby, drizzle minyak masak @ olive oil 1 sudu kecil instead of 2 ke 3 titis, 1 sudu fullcreamilk powder / cream cheese (pilih salah 1 je).
2. PROTEIN
– Pilih ikan-ikan yang berlemak, ada macam-macam jenis tapi saya selalu bagi kembung, sardin, siakap dan tenggiri, kalau bajet lebih boleh bagi salmon atau tuna.
– Ayam pilih yang bahagian banyak lemak dan kulit. Daging lembu pun cari yang bahagian berlemak. Saya bagi anak makan telur setiap hari atleast 1 biji sehari. Kadang-kadang dah buat lauk ayam pun still tambh telur omelet or scrambled (kalau anak tak alergic)
3. PRODUK TENUSU
– Setiap hari masak apa mesti tambah susu full cream saya guna susu tepung fernleaf je. Senang. Bancuh dengan air suam atau terus masuk je serbuk susu dalam lauk. Dan 1 lagi, cheese cream. Add on 1 sudu dalam makanan baby. Yogurt, selalu guna dalam snacking dia. Contoh buat fruit salad, icecream, milkshake.
4. LEMAK
– Minyak, mentega, ayam bahagian thigh, wing, drumstick, daging dengan lemak, olive oil. Minyak saya guna minyak masak/minyak sawit sahaja. Kalau mommies bajet lebih, beli lah minyak zaitun.
Tumis, dan drizzle. 1 sudu besar untuk tumis. Drizzle 1 sudu kecil. Kalau ikutkan 2 3 titis je kan? Tp disebabkan nak tmbh berat bdn, so mmg lemak saya bubuh extra la.
5. SAYUR HIJAU
– Apa-apa sayur berdaun hijau.
6. BUAH BUAHAN
– Buah-buahan mostly high calorie. So boleh refer point no 1. Baby yang kurang berat badan kena banyak consume buah. Boleh pelbagaikan hidangan buah. Fruit salad, pie buah, bubur sumsum, aiskrim buah, jus buah, puding.
– Paling senang saya buat mango potong dadu, gaul dengan yogurt dan chia seed. Nak sedapkan lagi, hancurkan cookies baby, taburkan.
– Buah ni sumber vitamins. Awal-awal dulu ada belikan vitamin jenis drop tu, tapi tak bnyk perubahan berat dia. Masih line merah dan kuning. Bila bagi buah fresh, baru berat anak nampk banyk naik.
7. NO FAST/INSTANT/JUNK FOOD
– Yang ni kalau boleh elakkanlah. Instant baby food kalau nk bg sekali sekala boleh je. Cari yang organic. Processed food, jangan bagi lansung. Contoh macam nugget, sosej, daging beger, makanan frozen.
8. KEKACANG
– Kekacang pun banyak yang high calorie. Tapi kena pantau anak alergik atau tidak. Saya buat peanut butter homemade campur kurma. Makanan yang berasaskan kacang soya pun selalu bagi, tauhu. Buat sayur masak lemak, tauhu campur telur. Favourite anak saya.
TIPS TAMBAHAN:
1. JADUAL MAKAN – sehari minimum 3 kali sy bg makan. Main meals. Snacking 1 ke 2 kali ikut kerajinan dan stock makanan yang ada.
Sarapan : 7am ~ 9am (bangun pagi jangan bagi susu dulu, bg minum air kosong utk hilangkan dahaga, then straight to meja makan utk breakfast) (tips sy dpt dri group ni juga, breakfast kena before 9am kalau nak berat anak naik bnyk)
Lunch : 1pm ~ 3pm (lunch selalu anak saya mkn sikit je sebab kenyang susu, so sy masak sikit je tp yg tggi kalori)
Dinner : 7pm ~ 9pm (ni pun makan sikit juga sebab dia masih rasa kenyang mkn petang, and dia selalu macam kurang nak mkn maybe sebab letih tak tidur petang)
Snacking pagi : 10am ~ 11am (jrg bagi sebab anak kdg2 terlajak tidur/nap and dia nak susu ja)
Snacking petang : 4pm ~ 6pm (selalu bg buah, sebab anak jarang tidur petang, kira nak main ja time ni, kadang2 rajin sikit buat cucur pisang)
2. SUSU & AIR KOSONG – anak saya mmg kurang minum susu. Maybe dah kenyang makan. So sy bancuh 4 ke 5 oz je air, susu sy lebihkan 2 scoop. Setakat ni tak oernah sembelit lg. Sebab masa makan dia minum air kosong bnyk.
3. TIDUR/NAP – ni antara tips yg nampak tak penting tp sebenarnya bnyk membantu. Saya akan tidurkan anak lepas makan. Bukan tidur lama pun. Just short nap. Dalam 30 minit ke 1 jam je. Kadang lebih sampai nak dekat 2 jam hehe. Selalunya lepas sarapan, mandikan, pastu tutup langsir untuk gelapkan bilik, bg mood tidur. Sebab time pepagi ni masih sejuk, so dia sng tertidur. Lepas mandi sapu2 minyak kt bdn urut2 then tepuk2 sikit selawat kasi tidur 😂 pkul 11 ke 12 tgh hari nnti mesti dia terjaga sendiri and nak susu.
4. HOMECOOKED – kalau mommies ada masa, masak hari2 yang fresh. Kalau bekerja, masak 1 jenis je untuk pagi tgh hari malam. Simpan dlm chiller. Jgn frozen. Mcm sy fulltime housewife pun sy masak mcm tu. Dalam 1 hari tu, lunch dgn dinner benda yg sama, breakfast je lain.
5. DESSERT – seminggu sekali je rajin nak buat. Selalu buat untuk utk 3 4 hari terus. Mcm burn cheese cake (resepi nnti sy shae kt bwh), buat pudding roti, bubur sumsum, ice cream. Ni semua semua boleh simpan dlm peti sejuk. So sng nak makan terus sejuk bila2 saja.
6. KONSISTEN – nak konsisten hari2 ikut jadual payah juga hehe. Buat mana termampu je. Makanan saya prepare siap2 simpan dlm chiller. So jimat masa nak masak nnti takde la baru nak terpotong2 sayur, baru nak siang cuci ikan ayam. Baru laa tak drag masa. Atleast bg makan 3 kali sehari pun dah ok (kdg2 sy pun tak terkejar masa)
7. NO FROZEN VEGETABLE – sayur2 sy tak buat puree dan frozenkan. Dari baby 6 bulan pun mmg tak buat camtu. Salah 1 sebab mmg peti ais tak muat dah hahaha, tp actually sayur blend frozen ni khasiat dia dah berkurang kalau x silap sy. Kalau boleh jgn frozenkan bubur yg dh siap masak pastu reheat. Simpan dlm chiller boleh. Tapi dalam masa 24hrs kena habiskan.
8. FOCUS TIME MAKAN – waktu makan jangan bagi ada distraction. Mainan ketepikan, makan dekat meja or kerusi makan dia. Tutup tv. Tapi kalau anak2 mommies biasa makan sambil tgok tv, its okay. Ikut je mcm mana anak mommies suka time dia makan so dia tak stress. Anak saya kalau buka tv, mmg dia focus tv, nak bg makan dia tepis je sbb nk tgok tv.
9. FLAVOURING – kalau rajin boleh search resepi dalam group ni cara buat serbuk bilis baby, serbuk ayam baby, mirepoix, cfs cbb bbb. Nak senang beli je, banyak ada jual sekarang yg organik. Mudah sgt. Serbuk perasa makanan baby, perisa ayam, bilis, cheese. Sy buat mirepoix dgn cfs je. Mmg membantu buat makanan lebih sedap dan wangi. Insyaallah anak akan suka makan. Yang penting tak perlu tambah garam @ gula ya.
12. French fries – boleh guna kentang / ubi keledek manis, potong size jejari, steam, deep fry or grill, minyak masak, makan saja or bersama ayam bakar.
Mommies perasan tak, menu saya mostly pakai susu, telur, minyak, mentega? Haa setiap hari mesti saya tambah bahan-bahan ni dalam makanan baby. Sebelum ni dari 6 bulan memang jarang letak bahan-bahan ni, tapi lepas pakar pemakanan suggest macam ni, alhamdulillah bertambah berat anak.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Sumber: Facebook Ainaa Aqilah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!