Jejari Roti Coklat Nestum Guna 4 Bahan! Mudah & Sesuai Untuk Kudapan Anak

Share

Kebanyakan ibu-ibu sekarang, hari-hari pening memikirkan menu apa lagi nak buat untuk anak-anak di rumah. Selagi semua duduk rumah, dapur memang bekerja dari pagi sampai malam.

Tak ada istilah nak gantung kuali buat masa ini kerana anak-anak memang akan minta untuk makan je. Jadi nak tak nak, ibu terpaksalah cari idea untuk pastikan perut anak sentiasa kenyang.

Kali ni, nak kongsikan resipi paling mudah. Sambil layan anak pun dah boleh siapkan iaitu Jejari Roti Coklat Nestum.

Hanya guna 4 bahan, dah boleh dapat berbotol-botol untuk kudapan anak.

Jejari Roti Coklat Nestum

4 bahan saja yang diperlukan

Gunting roti kepada 2 bahagian

Gunting pada bahagian kecil-kecil hingga habis

Kita masukkan dalam oven yang sebelum tu dah dipanaskan dulu pada suhu 200 darjah celcius selama 10 min. Bakar 20 -25 hingga garing. Setiap 10 min kena dibalik-balikkan juga supaya roti tu sekata garingnya..

Sementara menunggu roti garing, panas coklat secara double boiler, 500g yang diperlukan.

Lepas cair masukkan coco butter @ minyak masak untuk cairkan sedikit coklat tu.

Boleh dah masukkan guntingan roti tadi di celup sedikit-sedikit

Angkat ditoskan coklat dan letakkan dalam bekas ada nestum.

Buat la hingga habis. Letak dalam peti sejuk sekejap dalam 10 minit supaya coklatnya cepat keras.

Dah siap, boleh dah nak jual @ nak dihidang, selamat mencuba

Kredit: Rosmah Ishak

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN