Bingka ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar ditambah dengan rasa ubi kayu yang kuat memang membangkitkan selera.
Jom ikuti resepi yang dikongsi!
RESEPI BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
Ads
250g Gula
2 biji Telur
800g Ubi kayu yg telah di blend dan ditapis airnya
(air tapisan ubi tu nanti biarkan mendap..pastu buang airnya perlahan2..ambik tepung mendapan ubi tu..)
300 ml santan kotak + 100 ml air)
Sedikit pewarna kuning
1/4 cawan minyak masak
1/2 st garam halus
CARA MASAKAN:
1.Satukan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.
*saya sapukan loyang dgn sedikit shortening *
2.Bakar suhu 180 C selama 1jam 30min Atau mengikut kesesuaian oven sehingga masak.
saya bakar 2 jam..nak dapatkan garing2 tepi tu.
Ads
3.Sejukkan sebelum di potong.
*bingka ubi ni lembut dan moist sangat🥰
Keju adalah makanan yang sedap dan memiliki khasiat tertentu untuk bayi. Selain membekalkan sumber tenaga, keju juga mampu memberi lemak baik kepada bayi.
Selain susu, keju juga adalah sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Keju pastinya menjadi kegemaran si manja anda. Kalau nak cuba resipi berasaskan keju boleh cuba resipi di bawah!
CHESEE CAKE BABY 7 BULAN 🧀🧈
Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby.
Resepi ni pun uyu jumpa dan uyu buat dan olah sendiri, boleh lah cuba untuk baby, teksture kek ni bukan macam kek, dia lembuh smooth sesuai untuk baby.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakar sudah, goreng pun sudah, apa kata kali ini kita cuba roti kukus pula untuk sajian sekeluarga. Roti yang dikukus dengan cheese dan sosej ini buat anak makan bertambah. Lagi lembut dan sedap.
Menu ringkas, lazat mengenyangkan kesukaan anak kaktom, patrick. Menu yang kaktom reka sendiri sebab dah jemu dok buat yang goreng try buat stim pulak. Alhamdulilah lagi best. Roti lembut dan sihat sikit la sebab tak pakai minyak. Hnya rebus dan kukus je.
Saja kongsi dengan kawan-kawan semua kot ada yang nak buat sebab bahan sikit dan cara buat mudah saja. Cuba la mesti anak-anak suka.
Bahan-bahan: Roti Hotdog -tak kisah jenama apa Ramly Frankfurter Lembu / Sosej -nak pakai ayam pun boleh ikut citarasa Cheesedale Mayones -kalau suka sos boleh la pakai
Rebus sosej dan toskan.
Ambil roti, belah tengah dan sapukan mayones di dalam. Kalau suka sos boleh sapu sekali time ni atau nak letak masa lepas masak pun boleh.
Sumbatkan sosej pada roti.
Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian. Anggaran besar ikut suka hati. Kalau suka cheese banyak potong 2.
Lapiskan kepingan cheese di atas sosej tadi.
Panaskan air periuk kukus sampai menggelegak dan susun roti-roti tadi dalam periuk. Make sure air betul-betul menggelegak dan periuk berwap. Kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.
Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau sampai cheese cair dan roti panas serta lembut.
Hasilnya, Roti Hotdog Steam Berkeju.
* Kalau suka boleh letak sos cili / tomato / blackpepper di atas dan terus ngap!
Hidangan yg mudah, ringkas, cepat, lazat dan kenyang!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!