Lembutkan hati anak yang degil, ibu cuba beri minum air wuduk basuhan tangan kanan, muka. Mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang mencabar, terutama apabila berdepan dengan anak yang mempunyai sikap degil.
Lembutkan Hati Anak Yang Degil, Ibu Cuba Beri Minum Air Wuduk Basuhan Tangan Kanan, Muka
Anak yang degil seringkali menimbulkan kekeliruan dan tekanan kepada ibu bapa, terutamanya apabila anak tersebut enggan mendengar arahan atau nasihat. Namun, dengan pendekatan yang tepat dan penuh kasih sayang, masalah ini boleh diatasi dengan berkesan.
Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Lembutkan Hati Anak, Ada Caranya
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
Ads
Ada 4 petua yang dikongsikan. Bolehlah praktikkan.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Kelebihan kad OKU untuk anak autisme, rugi kalau ibu bapa tak daftar. Kad OKU banyak memberi faedah untuk anak-anak autisme, kenapa malu untuk mohon. Ada ibu bapa enggan mendaftarkan anak autisme sebagai OKU disebabkan stigma dicop sebagai cacat dan sebagainya.
Jangan nafikan hak anak. Seorang pemegang KAD OKU yang berdaftar secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) akan menerima keistimewaan kemudahan dan keistimewaan yang disediakan di bawah kerajaan tertakluk kepada syarat.
Berikut adalah senarai kemudahan dan keistimewaan bagi pemegang Kad OKU:
1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian.
2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (yuran pendaftaran dan rawatan di hospital dan klinik kerajaan).
3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui permohonan).
4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
5. Elaun RM150 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian).
7. Diskaun/potongan 40 peratus yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM).
8. Dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam (berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian).
9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua Jabatan).
10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia.
11. Sistem Penempatan OKU (SPOKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (melalui pendaftaran kepada JTK).
12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan(SBGP-OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) -(Secara Kumpulan atau Persatuan).
13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN (melalui perisytiharan).
14. Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)
15. Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan).
16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia (melalui permohonan).
17. Diskaun tambang pengangkutan awam. (pembelian secara walk-in atau telefon).
18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (pasport).
19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat/lesen perniagaan daripada SSM.
20. Potongan harga 20 peratus pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad.
21. Kadar sewa rumah yang rendah (PBT terpilih)
22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia.
23. Khidmat nasihat dan kaunseling.
24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU.
25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
• Elaun Pekerja Cacat (EPC)
• Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
• Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
• Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
• Geran Pelancaran (GP)
• Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan
Kad OKU setaraf GL kakitangan kerajaan. Maksudnya even kalau ahli keluarga tak ada yg kerja kerajaan, pemegang kad oku dapat GL penuh ditanggung kerajaan kalau nak masuk mana2 hospital universiti.
Rata-rata hospital universiti (contoh hospital kanak-kanak UKM, Hospital UIA, HUSM, Hospital UPM, etc) adalah baru, selesa, ada air cond, water heater, tak sesak. Fasiliti setaraf swasta tapi kepakaran macam KKM. Tapi nak masuk atau follow up wajib ada GL kerajaan, kalau tak kena bayar macam swasta. Kalau ada kad OKU automatik percuma sama macam GL kerajaan.
Jadi tak ada medical card/insurans pun tidak mengapa. Jimat duit. Sudahlah rata-rata insurans susah nak lulus claim anak-anak OKU lagi-lagi yang autisme. Ketahuilah insurans akan sentiasa sedaya upaya tak nak lulus claim kita.
Jadi manfaatkan kad OKU. Ramai tak tahu. Kalau ke mana-mana biasa akan ada diskaun OKU. Biasanya potongan 50 peratus. Mereka tak beri tahu tapi kena tanya. Tempat seperti panggung wayang, taman permainan ‘indoor’ dan bufet ramadan pun dapat separuh harga.
Dan kalau nak naik kapal terbang, kebanyakan lapangan terbang ada program khas OKU/ autisme. Di KLIA contohnya ada Butterfly Effect, anak dan ibu bapa akan dapat direct assistance daripada ground staff, dapat khidmat buggy ride, dapat priority ubaggage check dan priority untuk boarding. Tak perlu beratur, tak perlu jalan jauh.
Daler Yusuf tersalah potong rambut anak, “Dari Rapunzel jadi Dora.” Daler Yusuf atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad amula dikenali dalam drama lakonannya seperti Encik Suami Mat Salih Celup, Tuan Anas Mikael dan beberapa drama lain lagi.
Terdahulu, Daler yang berketurunan Uzbekistan, mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yusuf, 10, Amira, 8, Abu Bakar, 5 tahun dan seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan pada 19 Mac lalu.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Daler Yusuf yang memperoleh perhatian ramai. Video iu memaparkan Daler Yusuf memotong rambut anak perempuannya yang panjang sehingga pendek, namun yang mencetuskan perhatian adalah potongan tersebut tidak sama dan senget sebelah.
Rata-rata warga maya terhibur menonton video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa amat sayang untuk memotong rambut yang panjang sehingga pendek.
Tambah mereka lagi, jika sentuh mengenai rambut akan membuatkan perempuan emosi sekirannya ia tidak menjadi dengan cantik.
Menyambut kehadiran ahli keluarga baru adalah satu momen yang penuh kegembiraan, tetapi bagi anak sulung yang masih kecil, perubahan ini boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan dan mencabar. Mereka yang sebelum ini menjadi tumpuan perhatian ibu bapa tiba-tiba perlu berkongsi kasih sayang dan perhatian dengan adik baru yang masih kecil dan memerlukan penjagaan rapi. Kadang-kadang, anak sulung boleh merasa cemburu, takut atau tidak pasti bagaimana nak berinteraksi dengan adik baru.
Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar dan penuh kasih sayang, agar hubungan adik-beradik dapat terjalin dengan harmoni sejak awal lagi.
Sebelum bayi sampai, cuba ceritakan pada anak sulung tentang adik baru yang akan datang. Gunakan bahasa mudah yang dia boleh faham, contoh: “Nanti kita akan ada adik kecil yang comel. Kita kena jaga dia sama-sama, okay?” Ini membantu anak sulung mula bersedia dari segi mental dan emosi.
Biar anak sulung rasa dia juga penting. Ajak dia pilih pakaian bayi, mainan, atau tolong susun barang bayi. Bila dia terlibat, dia akan rasa bertanggungjawab dan lebih teruja dengan kehadiran adik.
Selepas bayi lahir, penting untuk ibu bapa luangkan masa berkualiti dengan anak sulung. Walaupun perhatian kena kongsi, pastikan anak sulung tahu dia tetap disayangi dan penting. Contohnya, buat aktiviti main atau baca buku khas hanya dengan dia.
Bila masa nak kenalkan anak sulung dengan bayi, buat secara perlahan. Biarkan anak sulung sentuh dan pegang bayi dengan pengawasan. Berikan pujian dan galakan bila dia tunjuk sikap penyayang.
Anak sulung mungkin perasan perubahan rutin harian dan perhatian ibu bapa. Terangkan dengan mudah, contohnya, “Mama kena jaga adik sebab dia kecil, tapi mama tetap sayang abang/akak juga.”
Kadang-kadang anak sulung tunjuk rasa cemburu atau marah. Jangan marah dia, tapi cuba faham dan berikan perhatian yang cukup. Bincang dan cuba berikan pilihan supaya dia rasa lebih terkawal.
Ajar anak sulung untuk sayang dan jaga adik. Ceritakan kisah atau buat aktiviti yang membina kasih sayang antara mereka. Bila hubungan baik, suasana keluarga pun jadi lebih harmoni.
Proses memperkenalkan anak sulung yang masih kecil kepada adik bayi baru memerlukan pendekatan yang penuh perhatian, kesabaran, dan kasih sayang. Dengan komunikasi awal, penglibatan anak sulung, pengurusan emosi yang baik, serta sokongan daripada pasangan, ibu bapa boleh membantu anak menyesuaikan diri dengan perubahan keluarga dan membina hubungan adik-beradik yang harmonis sejak awal.
Ingat, setiap anak unik, jadi sesuaikan pendekatan mengikut keperluan dan personaliti mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.