Bila lalu di kedai biskut ternama dalam mall, semerbak sungguh baunya. Buat kita terus tercari-cari mana datangnya bau biskut yang harum ni. Sudahnya mesti terbeli sedikit sebab harumanya sangat mengoda.

Baca: “Cucuk Dexa Sakitnya Macam Isi Kena Toreh Hidup-Hidup” Adira Salahudi Kongsi Pengalaman Anak Pramatang

Sebenarnya ada rahsia nak jadikan biskut ni wangi. Jom baca perkongsian ini.

Biskut ALA Famous Amos ni antara kegemaran seisi 1 rumah…Salah satu biskut jualan saya tiap-tiap tahun…Rahsia untuk wangikan biskut adalah butter oil..

Letak Bahan Ni, Rahsia Biskut Ala Famous Amos Harum Semerbak! Sama Macam Di Kedai

Resepi ni dapat dari kawan.. So untuk korang yang nak buat biskut ni,tambah sedikit butter oil..Memang semerbak harum bau biskut ni

IKLAN

Letak Bahan Ni, Rahsia Biskut Ala Famous Amos Harum Semerbak! Sama Macam Di Kedai

Saya edit untuk resepi dikongsi bersama

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Letak Bahan Ni, Rahsia Biskut Ala Famous Amos Harum Semerbak! Sama Macam Di Kedai

IKLAN

Bahan – bahan

Bahan A (Dikacau sebati):

250 gram mentega
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil butter oil(wangikan biskut)
1 biji telur kuning

Bahan B:

IKLAN

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
1 cawan cip coklat
1 cawan badam cincang(disangai)

Cara – cara memasak:

  • Kacau kesemua bahan A sehingga sebati.
  • Setelah dikacau sehingga sebati, masukkan bahan B.
  • Gaulkan lagi dan kacau rata kesemua bahan kecuali cip coklat & badam cincang.
  • Apabila sudah sebati, tambahkan cip coklat &badam
  • Apabila sudah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
  • Selepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar.
  • Semasa susun di atas loyang, jarakkan jauh sedikit di antara satu sama lain untuk beri ruang kepada biskut untuk mengembang.
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah atau mengikut kepanasan ketuhar masing masing.

Kredit: ema nurida

Baca: “Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Letak Bahan Ni, Rahsia Biskut Ala Famous Amos Harum Semerbak! Sama Macam Di Kedai

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI