
Tercari-cari satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah, minta anak-anak turut serta di dapur seperti yang dikongsikan oleh ibu ini antara yang patut mak ayah lakukan.
Nak mudahkan Bubur Butir Nangka jadi lebih cepat di makan, ajaklah anak untuk sama menguli. Anak-anak pasti teruja dan berlumba-lumpa hendak menguli. Resipi ringkas bubur butir nangka tapi sedap berlemak yang dikongsikan oleh Sharla Rose ini mama wajib cuba dihujung minggu ini. Senang je nak buatnya!

Bahan semua dah ada dekat rumah. Daripada tak buat apa, baik olahkan untuk anak-anak. Tak salahkan..anak-anak pun ada aktiviti.
Bahan:-(Untuk hidangan 8 – 10 orang)
3 cawan tepung pulut
Pewarna (saya guna merah dan hijau)
2 biji kelapa -ambil santannya
*Boleh ganti dengan santan kotak untuk kurangkan kolesterol (2 kotak ye)
4 helai daun pandan (koyak memanjang dan ikat)
Gula secukup rasa
Sedikit garam
Air
Cara penyediaan butir nangka

1. Bahagi dua tepung pulut sama rata. Kalau nak pakai 2 warna, bagi 2 lah tepung tu ye.
2. Tabur secubit garam untuk setiap bahagian tepung.
3. Titiskan pewarna dalam tepung dan curahkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh diuli lembut. Uli sekitar 3 minit untuk setiap warna.

4. Apa bila semua tepung telah siap diuli, didihkan air dalam periuk.
5. Gentel ulian tepung pulut tadi kecil-kecil (agak-agak bentuk biji nangka) dan terus masukkan ke dalam periuk yang dah menggelegak tadi. Gunakan api sederhana. Tunggu sampai ia timbul.

6. Sementara tu isi bekas lain dengan air sebab apabila butiran tadi timbul, kita kena kaub keluar periuk dan terus letak dalam bekas berisi air tadi. Ni supaya butiran yang dah masak tadi tak melekat antara satu sama lain.
Cara Penyediaan kuah santan:

1. Tuang santan dalam periuk dan letak daun pandan sekali. Panaskan.
2. Sentiasa kacau kuah agar tak pecah minyak.
3. Agak-agak kuah dah panas, tos butiran tepung pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk kuah.

4. Tambah air jika rasa kuah terlalu pekat atau sikit.
5. Masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam agar rasa kuah lemak-lemak.

6. Kacau kuah sampai ke semua butiran timbul semula.
7. Apabila semua butiran dah timbul semula macam kat atas tu dan kuah pun mendidih, maknanya, bubur kita dah pun siap dan bolehlah dihidangkan.
Artikel berkaitan: Otak Anak Makin Bijak, Kaya DHA, Buatkan Bubur Sup Ikan Merah Ni!
Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Jadi Lebih Pantas
Bubur Ayam Sedap Pembuka Selera, Sekali Buat Mesti Anak Dan Suami Suka
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Nak Makan Kek Tapi Ada Alahan? Nah, Cuba Resepi Kek Hari Jadi Bebas Gluten!

Pening fikirkan kek hari jadi untuk anak sebab perlu pilih yang bebas gluten? Tenang, kami ada resepi kek hari jadi kanak-kanak yang boleh anda cuba di rumah.

Tetapi sebelum itu, ayuh kita fahami serba sedikit mengenai masalah intoleransi gluten yang dikenali sebagai penyakit seliak.
Kenapa perlu cari resepi kek hari jadi kanak-kanak bebas gluten?
Situasi anak yang tidak boleh mengambil makanan bergluten ini dikenali sebagai penyakit seliak – keadaan autoimun menyebabkan kerosakan teruk pada villi, unjuran seperti jari pada yang melapisi usus kecil.
Gluten adalah protein yang terdapat dalam makanan seperti gandum, rai, barli dan bijirin lain – pencetus kepada simptom penyakit seliak.
Bagi individu yang mengalami penyakit ini, tubuh mereka tidak dapat menyerap nutrien penting daripada makanan dan menghantarnya ke dalam aliran darah.
Pening fikirkan kek hari jadi untuk anak sebab perlu pilih yang bebas gluten? Tenang, kami ada resepi kek hari jadi kanak-kanak yang boleh anda cuba di rumah.
Tetapi sebelum itu, ayuh kita fahami serba sedikit mengenai masalah intoleransi gluten yang dikenali sebagai penyakit seliak.
Villi yang rosak tidak akan dapat menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar. Jika keadaan tersebut berlaku, mereka akan mengalami kekurangan zat makanan.
Simptom & gejala penyakit seliak
Pelbagai gejala boleh terjadi kepada anak yang mengalami penyakit seliak ini. Bayi mungkin tidak menambah berat dan panjang seperti sepatutnya – dipanggil kegagalan untuk berkembang.
Kanak-kanak lebih tua pula boleh berdepan masalah:
- Cirit-birit
- Sembelit
- Najis berwarna pucat dan berbau busuk
- Sakit perut dan kembung
- Kehilangan berat
- Keletihan
- Sakit kepala
- Ruam kulit yang menyakitkan – biasanya pada remaja dan dewasa, terutamanya sekitar siku dan lutut
Kek coklat tanpa gluten, resepi kek hari jadi kanak-kanak
Kek coklat bebas gluten yang mudah ini sangat ringkas dan mempunyai tekstur sempurna.
Bahan-bahan untuk resepi kek hari jadi kanak-kanak
Untuk kek:
- 320gram (g) gula pasir
- 285g adunan tepung bebas gluten serba guna
- 65g serbuk koko tanpa gula
- 6g serbuk penaik bebas gluten
- 8g baking soda
- 6g gram
- 2 biji telur – suhu bilik
- 260ml cawan susu atau susu tanpa tenusu
- 110ml minyak sayuran
- 4ml ekstrak vanila bebas gluten
- 150ml air mendidih untuk mengaktifkan koko
Untuk aising:
- 115g mentega atau mentega tanpa tenusu
- 4ml ekstrak vanila bebas gluten
- 50g serbuk koko tanpa gula
- 450g gula serbuk
- 40-60ml susu atau susu tanpa tenusu
Cara penyediaannya:
- Panaskan ketuhar hingga 180°C. Letakkan rak di tengah ketuhar. Griskan dua loyang kek bulat 8 inci; ketepikan.
- Dalam mangkuk adunan yang besar, pukulkan gula, tepung, koko, serbuk penaik, soda penaik dan garam sehingga sekata dan tiada gumpalan.
- Masukkan telur, susu, minyak dan vanila. Pukul dengan pengadun pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
- Kacau dalam air mendidih – kaedah double boiler.
- Tuang adunan secara rata ke dalam loyang kek. Bakar selama 35 hingga 38 minit, atau sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah keluar bersih.
- Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dalam loyang selama 5 minit, kemudian keluarkan kek dan biarkan sejuk di atas redai.
- Untuk aising: Dalam mangkuk adunan sederhana, pukul mentega dan vanila sehingga licin dan berkrim. Masukkan serbuk koko dan pukul sehingga sebati. Masukkan gula serbuk sedikit demi sedikit. Masukkan susu secara perlahan-lahan. Jika perlu, anda boleh tambahkan susu untuk mendapatkan konsistensi diingini.
- Aisingkan kek.
- Anda boleh tambahkan buah-buahan segar untuk menjadikan kek lebih menarik.
Selamat mencuba resepi kek hari jadi kanak-kanak ini!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menarik! 15 Resipi Yang Berasaskan Sotong Wajib Dicuba Sepanjang PKP Ini

Bagi penggemar makanan laut terutama sotong, resipi-resipi ini sangat menarik untuk dicuba. Bagi mama yang pening memikirkan menu-menu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mencuba 15 resipi ini yang berasaskan sotong.
Penyediaanya sangat mudah dan menjimatkan masa ibu-ibu. Tak perlu lagi pening memikirkan resipi apa yang belum dicuba lagi. Anak dan suami pasti suka dengan resipi ini. Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya:
Sebenarnya Puri Tak Boleh Terlalu Pekat & Terlalu Cair! Terlalu Pekat Punca Bayi Sembelit
SAMBAL SOTONG SEDAP

Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat
Bahan tumis:
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa
Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal
Cara-cara:
Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong
SOTONG SUMBAT BERSOS

Bahan-Bahan:
400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat
Bahan Inti –
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa
Bahan Kisar –
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik
Bahan Sos –
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis
Cara Memasak:
1. Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
3. Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.
SOTONG MASAK KICAP

Bahan-Bahan
1) 3-4 ekor sotong
2) 1 inci halia – dihiris @ diketuk
3) 3 biji bawang putih – dihiris @ diketuk
4) 1 batang serai – diketuk
5) 6 – 7 biji cili api – diketuk
6) 1 biji bawang besar – hirisan bulat
7) 1 cawan kicap manis @ lemak manis
8) Garam
9) Cuka @ air asam jawa
Cara Memasak
1) Bersihkan sotong dan dihiris mengikut citarasa
2) Tumiskan halia, bawang putih, cili api & serai sehingga wangi.
3) Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan bawang yang dihiris dan sotong dan kacau.
5) Biarkan hingga bawang layu & sotong masak.
6) Masukkan garam dan cuka (sedikit sahaja).
SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
● 1 Kg Sotong Putih
● 1 labu bawang besar – dihiris
● 1 ulas bawang putih – dihiris
● 1 batang cili merah – dihiris
● Sedikit kunyit serbuk
● Sedikit kicap
● Sedikit sos tiram
● Bahan perasa/garam
Cara-caranya :
1. Sotong di basuh dan di bersihkan. Kemudian di gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Potong belat ubi kentang dan goreng 1/2 masak. Angkat.
2. Goreng sotong 1/2 masak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, kicap dan sedikit serbuk perasa/garam dan sos tiram. Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.
SOTONG MASAK TELUR MASIN

Bahan-bahan
1- Sotong @ ketam
2- Daun Kari
3- Cili padi @ Cili kering
4- Bawang putih cincang
5- Susu pekat
6- Telur masin mentah 2 biji (kuning sahaja)
7- Garam / Gula
8- Tepung beras
9- Putih telur ayam
Method:
1) Sotong yang dah di potong bulat-bulat , celup telur putih , celup tepung beras.
Pastu goreng. Angkat dan tos kan.
2) Tumis bawang putih yang dicincang halus, cili dan daun kari. Menggunakan butter. Tambah susu pekat dan garam. Rasa ada manis , masin dan lemak-lemak. Pastu letak telur masin , hancur hancurkan.
3) Letak sotong yang dah goreng tadi, dalam kuah tu, gaul – gaul..
4) Dah siap dan hidang! Makan.. Huhuhuhu
-takda susu pekat boleh guna susu sejat tapi tambah gula .
-kurang masin , boleh tambah putih telur masin tu juga
PAPRIK SOTONG

Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong – bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih – diketuk
1 labu bwg besar – dihiris kasar
2 btg serai – dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi – di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Selamat mencuba
SOTONG GORENG TEPUNG RANGGUP

Bahan-bahan :
4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Bahan-bahan
6 ekor sotong
2 biji bawang besar – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
10 biji cili api – dipotong
3 tangkai daun ketumbar
2 batang serai – dipotong halus
1 @2 biji asam limau – perah air
1 sudu sos ikan (kalau ada)
Gula, garam dan sedikit serbuk perisa
Cara-cara
Rebus sotong seketika kemudian toskan
Dalam satu mangkuk gaulkan kesemua bahan2 yang telah dipotong
Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perisa dan perahan asam limau
Agak2 jer ada rasa masin, sedikir manis dan masam
KARI SOTONG

Bahan-Bahan:
1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4
1 keping asam gelugor
2 sudu besar rempah kari ikan *
1 sudu besar rempah kari daging * (*di bancuh dngn sedikit air)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap manis jalen
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Bahan Hiris dan Tumis –
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari, dilurut
2 batang serai- di ketuk
Cara Memasak:
1. Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Guna api yang sederhana dan setiasalah dikacau. Masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong, asam gelugor, madu, sos tiram, dan kicap. Kemudian, gaul rata.
4. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, tutup api dan hidangkan.

Bahan-bahan:
12 ekor sotong bersaiz kecil. Bersihkan, potong bulat dan perap dengan 2 hingga 3 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih – di cincang kasar
4 ulas bawang merah – di cincang kasar
6 tangkai cili padi di hiris
2 sudu besar udang kering (Rendam sebentar, toskan dan cincang)
1 sudu besar serbuk kari ikan
3 pelepah daun kari
1 sudu teh kicap cair
1 sudu besar sos tiram – saya tambah
2-3 sudu besar air
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali. Masukkan 6 sudu besar minyak masak dan goreng sotong yang di perap dengan tepung jagung. Goreng sebentar sahaja dalam 1 minit, angkat dan toskan. Bersihkan kuali tersebut.
2. Masukkan pula dua sudu besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari hingga kekuningan.
3. Masukkan udang kering yang di cincang sambil di kacau hingga sebati dan berbau wangi.
4. Tuang serbuk kari, kicap cair dan sos tiram. Besarkan sedikit api dapur dan masukkan pula sotong sambil di kacau. Masukkan juga air dan masak sehingga kuah sebati dengan sotong. Setelah masak sepenuhnya, matikan api dapur dan hidang sotong tersebut dengan nasi panas.

Bahan-Bahan:
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus
Bahan Percik –
2 batang serai – Diketuk/Kisar
*10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 – 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
Cara Buat Bahan Percik –
1. Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
2. Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
3. Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
Cara Memasak:
1. Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
3. Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
4. Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.
SOTONG GORENG SERAI BERSANTAN

600 gm Sotong segar
20gm Serbuk Santan
3 ulas Bawang putih – di hiris halus
6 Ulas Bawang kecil – dhiris halus
4 helai Daun limau purut – dihiris halus
2 btg Serai – dihiris halus
8 biji Cili padi – dititik
2 biji Air limau nipis
10 helai Daun ketumbar
2 sudu makan Sos ikan Thai
3 sudu besar Minyak masak
4 biji Cili hijau – dihiris
4 sdm Sos tiram
2 sudu makan Cili merah – dihiris
Garam secukup rasaCara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit. Masukkan Santan3. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.
4. Hias dengan daun ketumbar dan cili merah

Bahan-bahan
500gm Sotong – boleh gantikan dengan udang
2 biji tomato masak – dicincang
1 labu bawang besar – dihiris bulat
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar
20 tangkai cili kering – yang telah di rebus – toskan
1 sudu teh lada hitam
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis tomato, bawang besar , daun kari sehingga wangi dan kekuningan.
2. Seterusnya masukkan kulit kayu manis.
3. Tuang bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan sotong dan gaul rata, biarkan masak.
SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya;
Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
15 tangkai lada kering – perlu dikisar
5 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara-cara memasaknya;
Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.
Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal
Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Selamat mencuba
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

Bahan luaran:
5 ekor sotong dibuang kulitnya dan dibersihkan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula kalo suka..lau x suka x yah masuk gula tp x de lak namanya masam manis kan hihi…
Bahan sumbat:
200 gram udang atau 4 ekor udang
2 biji telur
1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah…lau x mau pedas x yah letak
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
1 sudu besar minyak masak
sayur sayuran carrot, bunga kobis hijau dan putih..dsb boleh letak sayur yg digemari
garam secukup rasa
Cara:
1.Panaskan minyak tumiskan bahan sumbat bawang merah dan udang kacau rata
2.Masukkan telur biarkan kerasdan hancurkan
3.Masukkan garam,cili merah,cili hijau,daun sup,daun bawang dan sayur sayuran (terpulang nk letak ke tak)kacau hingga masak, tutup api dan ketepikan.
4.Ambil sotong dan masukkan bahan sumbat ke dalam sotong dan tutup dengan kepala sotong sematkan dengan lidi.
Cara membuat kuahnya:
1.Panaskan minyak,tumis bawang besar,bawang putih dan cili kisar sehingga wangi
2.Masukkan sos tomato,sos cili dan gula kacau sehingga masak
3.Masukkan sotong sehingga mendidih.
4.Angkat dan boleh dihidangkan dgn hirisan daun bawang
Sumber: Idea Resepi Menarik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!

Kadang- kadang nak makan makanan western tapi tekak tak boleh nak terima. Takde masalah, olah je resepi ikut sesuai dengan selera masing- masing. Nak makan ikan salmon tapi buat resepi melayu? Mestilah boleh! Mudah pula tu.
Tidak semestinya kena ikut cara masakan western baru sedap. Boleh pelbagaikan resepi mengikut kesesuaian. Contohnya, ikan salmon sos asam jawa. Mari lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh akaun Instagram perbidananmelayu.
RESEPI IKAN SALMON SOS ASAM JAWA
IKAN SALMON SOS ASAM JAWA

Bahan- bahan:
– Ikan salmon
– Garam
– Bawang putih 3 biji (ditumbuk)
– 2 sudu asam jawa adabi
– Lada hitam sedikit
– Gula
Cara- cara:
1. Perapkan ikan salmon dengan garam dan dipanggang. Setelah masak angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk.
3. Letak 2 cawan air, asam jawa, gula dan garam.
4. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat dan taburkan sedikit lada hitam.
Hiasan:
– Daun limau dihiris nipis
– Daun ketumbar dihiris
– Lobak dihiris nipis
– Tomato potong dadu
– Bawang merah besar dihiris
Kuah yang sudah disiap dicurah ke atas ikan dan tabur hiasan dan perahkan lemon di atas hiasan tadi. Baru lah letak segala hiasan dan kuah ke atas salmon panggang tadi.
Siap!
Mudahkan resepi ni? Tahu tak ikan salmon ni antara ikan yang tinggi omega 3? Omega-3 adalah lemak yang penting kerana ia tidak dapat dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada sumber luar. Pelbagai kajian mendapati bahawa omega-3 membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit serta mengawal tekanan darah tinggi.

Salmon mengandungi jumlah potassium yang tinggi. Apa yang lebih menarik lagi, jumlah potassium bagi salmon adalah lebih tinggi daripada pisang. Potassium membantu untuk mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko stroke. Analisis besar dari 31 kajian mendapati bahawa penambahan potassium dalam diet yang tinggi sodium dapat mengurangkan tekanan darah secara signifikan.
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan
Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka!
Oleh kerana kandungan omega 3 yang tinggi, salmon dapat meningkatkan kandungan omega 3 dalam darah. Kebanyakan orang mempunyai kandungan omega 6 lebih banyak berbanding omega 3 dalam darah. Terlalu banyak omega 6 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Mudahkan resepi yang dikongsikan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


