Apabila anak memasuki alam prasekolah, pastinya masalah kesihatan kanak-kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa. Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan gembira.
Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.
Tetapi apakah masalah kesihatan umum yang cenderung dialami kanak-kanak terutamanya, apabila sudah memasuki alam prasekolah?
Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah lazim dialami
Kanak-kanak prasekolah memerlukan tubuh dan sistem imun yang kuat kerana mereka terdedah kepada kanak-kanak lain, individu dewasa dan persekitaran yang mungkin tercemar.
Ini sekali gus akan meningkatkan risiko untuk mereka jatuh sakit.
Berikut adalah jenis masalah kesihatan kanak-kanak yang cenderung berlaku:
Selesema
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah dijangkiti selesema. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang sepenuhnya.
Gejala selesema seringkali disertai oleh keadaan hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan.
Jangkitan telinga Seperti masalah pernafasan lain contohnya selesema, batuk dan sakit tekak, anak prasekolah juga mudah mengalami jangkitan telinga atau otitis media.
Umumnya, keadaan ini terjadi apabila telinga tengah mengalami keradangan akibat penumpukan cairan di belakang gegendang telinga.
Ia cenderung berlaku selepas sakit tekak, selesema atau jangkitan saluran pernafasan saluran atas.
Gastroenteritis akut
Keadaan ini berpunca daripada jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan simptom seperti sakit perut, mual dan muntah.
Anak prasekolah yang mengalami jangkitan ini boleh dirawat di rumah dengan memberinya banyak minum air.
IKLAN
Gastroenteritis akan menjangkiti apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Hindarinya dengan mengajar anak amalan mencuci tangan yang betul.
Konjunktivitis
Merupakan jangkitan pada ‘konjunktiva’ – selaput lutsinar yang menutupi bahagian putih mata.
Jangkitan yang berlaku menyebabkan mata tampak berwarna merah atau merah jambu.
Sebab itu, masalah kesihatan kanak-kanak ini turut dikenali sebagai pink eye.
Selalunya, keadaan ini terjadi kesan daripada reaksi alahan.
Ia mudah berjangkit, terutamanya jika anak tersentuh cecair tercemar daripada mata, hidung atau mulut.
Asma
Penyakit ini menjadikan paru-paru dan saluran udara membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan.
Ia boleh tercetus oleh alergen, jangkitan saluran pernafasan atas atau perubahan musim.
IKLAN
Gejalanya boleh berkisar daripada batuk ringan hingga sesak nafas teruk atau berdehit ketika bernafas.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus coxsackie dan kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Jika anak prasekolah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mengalami luka pada mulut dan ruam pada tangan serta kaki.
Masalah ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari.
Beguk
Merupakan jangkitan pada kelenjar parotid, iaitu kelenjar yang terdapat di sekitar rahang – berfungsi untuk pengeluaran air liur.
Antara simptom biasa beguk adalah pipi bengkak yang berlaku disebabkan pembengkakan pada kelenjar parotid.
Beguk adalah penyakit mudah berjangkit yang disebarkan melalui bersin atau batuk.
Selain bengkak, anak juga mungkin akan mengalami demam sebagai antara gejalanya.
Walaupun masalah kesihatan kanak-kanak ini cenderung terjadi, namun ia tidak mengakibatkan simptom yang teruk.
IKLAN
Campak
Antara penyakit berjangkit yang senang merebak. Ciri-cirinya, tubuh anak akan ditumbuhi ruam berbintik yang kelihatan di bawah kulit.
Jangkitan akan bermula pada wajah sebelum merebak ke seluruh bahagian tubuh.
Masalah kesihatan ini berisiko membawa maut tetapi dapat dielakkan dengan pengambilan vaksinasi.
Rujuk pakar pediatrik anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin kanak-kanak.
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi. Nak bawa ke klinik semua dah tutup. Tak sampai hati nak tengok anak menangis, meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah. Tak keruan mak ayah dibuatnya.
Ada beberapa langkah awal yang boleh dibuat sebelum bawa anak ke klinik keesokkan harinya.
Anak sakit gigi, langkah awal ibu ayah boleh buat!
ANAK SAKIT ibu yang paling susah hati, ayah mungkin tak boleh tidur,
Sebak rasa hati bila tengok anak asik menangis dan meraung kesakitan
Rasa tak senang duduk bila anak enggan makan waima minum susu
Mana tak nya, gigi berlubang, gusi bernanah, memang berdenyut teramat sakit
Apa langlah awal ibu ayah patut lakukan segera untuk kurangkan kesakitan pada anak?
1️⃣ Berus gigi dan gusi seperti biasa, lebihkan masa untuk bersihkan kawasan yang sakit
2️⃣ Kerap berkumur dengan air garam suam jika anak sudah pandai berkumur atau sapukan air garam suam di kawasan terlibat
3️⃣ Beri anak air suam yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi badan
4️⃣ Monitor suhu badan anak, sekiranya demam, beri anak ubat demam paracetamol mengikut kesesuaian umur dan dos
Ps: Langkah di atas boleh diambil sekiranya anak sakit pada waktu klinik tutup atau di tengah malam, sebaik-baiknya segera bawa ke klinik gigi untuk pemeriksaan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian ini dibuat menerusi instagram stories dan ignya.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, yang solat hajat untuk dia, yang DM dan mesej saya bagi kata-kata semangat.
“Alhamdulillah Jebat dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Nabila juga memanjat rasa syukur dengan perkembangan positif Jebat.
Keadaan anak saya semakin baik dan doktor menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sementara itu, aktor Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi Jebat di Instagram (IG) miliknya.
Agak jarang bayi yang lahir punggung dahulu atau dalam bahasa mudahnya songsang dapat dilahirkan secara normal. Bagaimanapun, jika diizinkan kelahiran ini, ia boleh berlaku. Cumanya ramai yang tak mahu ambil risiko kerana risaukan nyawa bayi dan ibu.
Bagi ibu yang mengandungkan bayi songsang, kelahiran secara pembedahan adalah jalan paling selamat. Amat jarang ibu-ibu nak cuba bersalin normal kecuali mendapat nasihat pakar.
Perkongsian dari Puan Widyana Ali mengenai kisah kelahiran bayinya yang lahir secara songsang dan normal sangat mengagumkan.
Bayi selesa kepala di atas, tak nak pusing
Mama tahu dalam perut ni baby breech dan dah ready mental dan fizikal untuk bersalin normal walaupun breech. Apa saja ketentuan Allah dah tetapkan kita terima saja. Bukan mama tak buat semua teknik spinning babies tu.
Hari-hari buat Forward Leaning Inversion, squatting, sujud lama, berjalan banyak (dalam mall), ada juga pagi-pagi pergi taman jalan pusing sorang, buat kerja rumah bergerak aktif setiap hari vakum mop, nak naik atas sambil bawa handheld vacuum, sambil naik tangga vakum setiap anak tangga. Sampai anak-anak pun dah pandai buat sekarang bila mama pantang, tolong ganti buat kerja rumah.
Tapi kalau Allah nak kata baby ni akan lahir kepala di atas, punggung dan kaki keluar dulu.. maka itulah ketetapanNya.
Setiap minggu jumpa chiropractor Dr Twink, dia buatkan webster breech techniques dan betulkan alignment sambil sebut.
Baby kat bawah ni ada banyak lagi ruang untuk you pusing kepala okay? Sampai kami pun duk gelak-gelak dah kenapa baby ni suka sangat kepala dia kat atas. Tak nak pusing. Minggu ke 37 dia start naik atas kepala. Memang nak kena cubit nanti lahir ni.
Alhamdulillah Dr Twink banyak bagi moral support dia kata I know your baby will go to best position and knows best way untuk keluar mudah nanti. Just believe in yourself. Trust your body.
Kalau breech pun nothing is impossible since Dr Idora pun setuju untuk gentle birth. You have to let go your past traumas masa bersalin. Tinggalkan semua and delete from your memories.
Sebab bila you ingat trauma masa anak first sampai anak ke berapa pun, you takkan dapat hadapi new experience masa bersalin kali ni. Kalau ikut diri sendiri rasa macam boleh ke nak bersalin breech ni. Yang normal biasa pun drama. Tapi itulah bila kita gantung sepenuhnya pada Allah, dan percaya pada diri sendiri. Cakap dengan baby elok-elok, breech pun breech lah baby. Kita try the best okay.
Malam 12 Mac 2021, mama baru je baring, tiba tiba…rasa ada bunyi plopp dalam hati alamak ini macam sama episod masa nak beranak Saeed. Baru nak tidur dia bagi signal.
Masa tu malas nak gerak sebab mengantuk nak tidur je. Tapi bila gerak je confirm air ketuban dah pecah. Masuk toilet terus tukar baju sambil cakap Alhamdulillah.. My baby is coming…!!!
Episod kelahiran normal bayi songsang
Setelah selesai hantar anak, uruskan apa yang patut, jam 12:47 am Dr Idora ready di LR bermaksud Dr belum balik dari habis appointment dengan patients pukul 10, 11 malam tadi. Dan maksudnya Dr stay tunggu lepas staf LR dapat call yang Mama bagitahu nak sampai hospital.
Tukar baju hospital, pakai gown dahlha sejuk nasib baik bawa maternity sweater. Dr Idora masuk check bukaan baru 3cm. Sambil check Dr cakap pada midwife.. I can feel the breech.. Waktu ni tawakal jelah sebab ada juga doa kalau Allah izinkan baby pusing masa dalam proses nak bersalin. Tapi since Dr Idora pun dah kata yes kepala dia masih di atas takpa lah.
Sempat cakap dengan Dr, saya belum bagi surat birth plan takpa ke? Dr kata takpa sebab dia tahu apa yang saya nak based on masa bersalin Saeed. Alhamdulillah. Yang penting sekali ialah mama tak nak cucuk drip ke apa apa melainkan jika perlu saja. Mama memang tak suka jarum jadi kalau bersalin admit je nak kena buat line cucuk tu adoi stress ya seriau semua ada.
Dr Idora remind kalau breech ni lain sikit ya. Tak boleh free position masa active Labour tu sebab Dr nak bantu keluarkan baby. Masa Saeed dulu Mama Wid pilih free position.
Okay.. Saya balik dulu since bukaan baru 3cm nanti midwife akan inform bila dah full dilated.
Yelah Dr Idora pun nak balik mandi tidur kejap dah seharian jumpa patients sambut babies kan. Nurse pasangkan CTG setengah jam nak monitor. Dah cukup masa nurse buka fuhh leganya bolehla berjalan dalam bilik tu ke sana ke mari. Masa ni tak sakit pun just breathe in breathe out bila surge datang.
Since baru pukul 1am macamtu, so tidur jelah dulu sambil layan contraction yang konsisten every 5 minutes. Malas nak fikir baru 3cm dengan teori satu jam biasanya buka 1cm tu nanti akan stress je fikir lama lagi nak beranak.
Abah terjaga dari tidur masa dekat dekat nak azan Subuh. Mama wudhu dan ready nak solat Subuh atas katil sambil duduk. Alhamdulillah dimudahkan. Masa ni relax lagi boleh pergi toilet semua tak sakit sangat pun.
Lepas solat Subuh, Mama jalan jalan dalam bilik, contraction makin kuat maintain 5 minit. Bila surge datang, suruh Abah picit point kat belakang badan so lega sikit. Bila datang surge je bersandar kat dinding lah. Telangkup muka atas katil lah. Berpaut kat besi katil lah. Haha.
Lama-lama dah penat berdiri, rasa nak baring atas katil sebab tak nak penat nanti masa active labour stage. Baring baring makin kuat pulak sakit. Nurse check bukaan dah 6cm. Dah inform Dr Idora.
Nurse tanya ada tak rasa urge macam nak teran. Bagitahu dah ada sikit-sikit.
Makin lama, makin sakit mama dah start rasa macam nak nangis. Midwife pesan breathe in and out je. Relax. Siap ingatkan baby breech, kalau teran masa awal ni bukan kepala yang keluar tapi punggung baby.
Dr Idora dah maklum, nanti kita tunggu Dr sampai ok. Masa ni dah start drama Hindustan.
Lebih kurang jam 7 pagi. Dah start rasa nak teran. Tapi Dr belum sampai. Midwife kata takpa puan Dr Idora balik mandi mandi dulu.. Kejap lagi sampai tu. Kita dah inform. Sambung fokus breathe in breathe out.
Waktu ni bila surge datang je, suruh Abah picit belakang. Kadang midwife tolong urut belakang. Mama baring mengiring ke kiri. Tak larat nak bangun pun haha. Abah berdiri tepi katil kat depan muka mama, mama baring mengiring. Pegang tangan. Sebelah tangan abah picit belakang Mama tiap kali surge datang.
Abah berdiri tak duduk sampailah baby keluar haha nasib doula dah tidur kan tadi. Tapi yang bestnya masa surge pergi tu memang mama bantai tidur, terus shut down. Sebab mengantuk satu malam tak lena kan. Tidur gitu-gitu je. Penat. Mengantuk. Tapi Alhamdulillah dah minum air banyak. So ada tenaga. Tak rasa lapar.
Sakit dah mula kerap, rasa hentakan punggung bayi
Sesekali tu bila surge datang, rentap kolar baju abah yang tengah berdiri sebab tak tahu nak paut kat mana dah. Hahaha lepastu buat drama sikit.
Abang…ampunkan dosa Dyana. (Mode insaf, dah sakit baru nak minta ampun) Contraction makin sakit. Dah start rasa baby punya punggung hentak hentak nak keluar.. Serius
Dang!
Dang!
Dang!
Ni pengalaman baru ni. Selalu tak ada adegan rasa punggung baby hentak-hentak haha memanglah biasa kepala kan. Ni punggung nak keluar dulu. Can feel yang baby usaha nak keluar. Masha Allah hebatnya kuasa Allah.
Saya nak doktor…
Saya nak doktor…
Dr Idora akan sampai anytime! Midwife dia sangat cool je. Siap borak dengan abah. Masa ni tudung Mama dah tutup muka. Midwife kata nak buka tudung tak puan? Kesian tengok tertutup muka. Tak nak.
Sebab memang style Mama Wid macamtu. Bersalin mesti nak pakai tudung walaupun tertutup muka. Sebab sejuk muka kena aircond jadi biarkan je tudung tu tutup muka. Lagipun tudung baru, memang beli nak pakai masa beranak. Haha
Midwife kata takpa nanti Dr sampai memang kita biasa off aircond sebab tak nak baby sejuk bila keluar nanti. Masa ni mama dah start nak nangis.
Sakit!
Sakit!
Maak! *drama sangat*
Baca doa Nabi Yunus. Subhaanaka inni kuntu minazzoolimin. Di mulut tak berhenti sebut Ya Allah permudahkanlah.. Oh saya dah rasa ring of fire. Baby nak keluar dah! (drama lagi)
Alhamdulillah tiba-tiba Dr Idora sampai. Tepat-tepat waktu tu rasa around 740 kot
Dr Idora macam biasa relax, cool macam mak-mak. Takda pun gelabah. Kita pun tengok relax je.
Dr Idora kata okay Yana. Kalau contraction dah habis. Baring macam biasa ya.
Elok habis contraction kuat, baring macam biasa. Midwife bukakan sweater sebab takut nanti kotor kena darah ke apa kan. Masa ni tak sakit dah rasa. Bila surge datang automatic terus breathe out baby. Guna tenaga yang ada.
Bayi keluar mudah
Pandai Yana!! Pandai… Dr Idora sebut. Dengar pandai je terus rasa ya Allah semangat sangat nak breathe out baby. Serius masa ni takda sakit tapi rasa nak hembus nafas keluarkan baby. Tiga kali breathe out. Kali kedua punggung dan badan baby keluar.
Kali ketiga sempat curi nafas panjang masa contraction, alhamdulillah kepala baby keluar.
Dr Idora letak baby atas badan mama sambil ucap Bismillah dan Assalamualaikum.
Mama tak henti sebut Masha Allah Masha Allah Masha Allah Allahuakbar Alhamdulillah betul betul sedih terharu sebab Allah izinkan juga bersalin normal. Kenangan yang takkan dilupakan bila Allah permudahkan urusan untuk bersalin secara normal walaupun baby songsang.
Tepat jam 7:50 pagi 15 Mac 2021 lahirlah Noura binti Mohd Yazid secara gentle birth di Pantai Bangsar Hospital, berat 2.9 kilogram. Doakan anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah dan bertakwa kepada Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!