Mudahnya nak sediakan resepi American breakfast untuk set Sausage dan juga set Hashbrown. Terasa seperti makan di kedai bertaraf 5 bintang!
Jom ikuti resepi yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Idea suami suruh buat jual #Americanbreakfast sebab dia memang suka tengok mat saleh masak. Alhamdulillah semua sukaa.
Saya sedekah resepi (American Breakfast) Style saya sendiri. Maaf jika tak serupa yang real punya macam mana.
Set sausage (Ramly) & Set hash Brown
🥪Toasted sandwich
Layerkan roti dengan chicken slice, cheese slice dengan salad je. Lepas tu bakar atas pan atas bawah bagi garing. Saya memang takde letak apa-apa sos. Healthy lah konon. Pastuu potong jangan tekan sangat nanti penyek jadi nya .
Ads
🍳 Scramble egg
Setiap 1 box masak 2 biji telur gred A. Pecah kan dalam bekas letak lada hitam , garam dan daun sup/bawang . Nak masak letak butter skit masak jagan lama-lama dan jangan kacau-kacau sampai kering . boleh tengok balik tekstur scramble tu macam mana.
lepastu serve laa dalam pinggan letak toasted sandwich (saya tak pasti potong bentuk tu ada panggilan lain mungkin) letak scramble egg atasnya boleh tabur blackpepper sikit dengan mushroom. Tambah sausage atau hashbrown. Ikut la tekak masing-masinh nak letak apa . Selamat mencuba 😘
Hari Raya jika tak ada biskut raya seolah-olah macam tak lengkap. Biasanya anak-anak yang paling teruja cuma tak semua jenis biskut jadi pilihan anak-anak kan?
Biasanya biskut berasaskan coklat antara yang menjadi pilihan anak. Jika ada perancangan untuk buat sendiri sambil isi masa lapang dengan anak-anak, resipi biskut M&M ini boleh mama cuba. Tak perlu tunggu makan raya pun, nak buat bila-bila pun boleh juga.
Bahan yang mudah dan hanya guna sukatan cawan memudahkan lagi kerja ibu. Pastinya hiasan coklat M&M akan jadi daya penarik anak-anak nanti. Nak buat, boleh cuba resipi Puan Nor Azliza Mohamed
RESIPI M&M COOKIES
3/4 cawan butter
1/3 cawan gula castor
2/3 cawan gula perang
1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum }
1 1/4 sudu kecil baking powder } ayak sekali
1/3 chocolate chip mini / chocolate rice ~ optional
Chocolate M&M secukupnya untuk hiasan
Cara membuatnya:
1) Mix butter + gula hingga kembang gebu. Masukkan telur + kuning telur + esen vanilla, mix lagi.
2) Masukkan bahan yang di ayak sedikit-sedikit hingga habis, kaup balik sebati. Adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar gandum dan masukkan dalam fridge 30 minit hingga 1 jam
3) Sudukan atau gentel bulat-bulat doh, susun atas baking tray. Letakkan chocolate M&M di atasnya.
4) Bakar 170°c 15-20 minit atau ikut oven masing-masing ya! Happy baking uollz
Tengok pun dah menyelerakan. Confirm anak suka sebab bukan saja ada hiasan coklat, dalam adunan tu pun penuh dengan taburan coklat rice. Yang penting mudah tanpa perlu nak guna acuan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu berpuasa ni, banyak betul rasa teringin nak makan macam-macam. Salah satunya kuih orang lama macam bengkang, kuih bakar atau bingka. Rasa lemak dan manis-manis manja kuih stail lama ni memang memikat selera. Baunya pula, kalau dibuat harum satu rumah!
Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.
Ikuti perkongsian resipi ini:
Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu
Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je 😱
Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..
Bahan2 seperti di bawah: 🍠4 cawan Ubi Kayu – disagat 🍠2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S 🍠1 cawan Gula Pasir 🍠½ sudu kecil Garam 🍠Sedikit Pewarna Kuning
1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat. Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt 😬
Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.
2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas. Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha. Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu.. Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.
Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..
3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..
Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.
4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan. Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa. Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala 🤭
Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee 🎼
6. Masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.
Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.
8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.
10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..
Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.
ALL THE BEST & SELAMAT BERPUASA!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu ayam antara favourite anak-anak. Tak kisahlah masak apa pun, jika lauk ayam, laju je anak makan. Kali ini mama boleh cuba buat paprik ayam macam kedai Thai.
Sebenarnya air tangan mama tu lagi sedap tau. Ni resepi Ayam Paprik Ala Thai terlajak sedap dari Liza Idris. Menu paling anak-anak suka. Masak apa yang ada ja.
Bahan-bahan diperlukan:-
500 gram isi ayam
2 sudu besar cili kisar.
3 ulas bawang putih diketuk hancur.
1 inci halia hiris nipis.
1/2 biji bawang holand.
3 biji cili padi diketuk.
1 biji cili merah dan hijau.
1 batang serai dititik.
5 helai daun limau purut.
Sedikit bunga kubis.
1 batang lobak merah.
Bahan sos:-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
(Satukan sos dalam bekas)
Cara masak ada pada setiap gambar ya.
Panaskan sedikit minyak. Masuk bawang putih, halia dan serai.
Masuk 2 sudu besar cili kisar. Kacau sampai cili masak sedikit.
Masuk isi ayam. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak.
Letak pula adik beradik sos yang disatukan. Barula padu.
Masuk daun limau purut yang dibuang tengahnya. Kacau bagi mesra. Biar pecah minyak
Dah boleh masuk bunga kubis dan lobak merah. Kalau ada kacang panjang dan putik jagung lagi sedap.
Masuk sedikit air dalam bekas sos tadi, kocak dan tuang dalam kuali.
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.