Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee, Optimus Prime, terus hilang rasa berdebar. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee, Optimus Prime, Terus Hilang Rasa Berdebar
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Murid-murid SK Kuala Perai bergambar bersama maskot Sang Kancil, Bumblebee dan Optimus Prime yang berada di hadapan sekolah pada hari pertama persekolahan pada Isnin.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
Dua murid teruja apabila dapat bersalaman dengan maskot robot sebelum memasuki pekarangan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Ads
Muhammad Daniel.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“Saya memang risau sebab anak saya prasekolah, jadi ini kali pertama dia masuk sekolah. Tadi di rumah, muka dia nampak risau, takut. Saya pun risau anak saya menangis selepas sampai di sekolah.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
Zan Azriani.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Ads
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
Saforah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Tol percuma sempena Deepavali, 29 dan 30 Oktober – Menteri Kerja Raya. Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari bersempena dengan Hari Deepavali 2024, iaitu pada 29 dan 30 Oktober 2024.
Tol Percuma Sempena Deepavali, 29 & 30 Oktober – Menteri Kerja Raya
Sempena sambutan perayaan Deepavali, pengguna lebuh raya akan menikmati tol percuma bermula 29 Oktober hingga 30 Oktober ini. Pemberian tol pecuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam, 29 Oktober 2024 (Selasa), sehingga jam 11.59 malam, 30 Oktober (Rabu).
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tol percuma ini bakal dilaksana di semua lebuh raya di seluruh negara.
Ia akan bermula tepat jam 12.01 tengah malam pada 29 Oktober, dan berakhir pada 11.59 malam, 30 Oktober (Rabu).
“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta itu akan ditanggung oleh Kerajaan Madani dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
“Pengecualian tol akan diberikan hanya kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.
“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kredit foto: Bernama
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya agar memanfaatkan kemudahan ini dengan bijak dan merancang perjalanan dengan rapi bagi memastikan kelancaran trafik.
“Pada masa sama, saya mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua syarikat konsesi lebuh raya memohon supaya semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
“Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia,” tambahnya lagi.
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Puteri Sarah memuat naik beberapa gambar yang merakam detik bermakna apabila Syaikhul menerima Anugerah Pemain Terbaik Falcons U7 FC Kuala Lumpur.
Keputusan yang diumumkan pada FC Kuala Lumpur Awards Night itu menandakan pencapaian luar biasa buat Syaikhul, yang baru berusia tujuh tahun. Puteri Sarah dengan penuh kasih mengucapkan tahniah kepada anaknya atas usaha gigih dan dedikasinya dalam sukan bola sepak. Kejayaan ini pastinya memberi inspirasi bukan sahaja kepada rakan sepasukan, tetapi juga kepada ibu bapa lain yang mengikuti perkembangan Syaikhul.
Gambar-gambar yang dikongsi oleh Puteri Sarah menunjukkan Syaikhul dengan bangga memegang trofi anugerahnya sambil tersenyum lebar.
Dalam majlis tersebut, Syaikhul tampil dengan penuh keyakinan, mencerminkan semangat seorang atlet muda yang bercita-cita tinggi.
Puteri Sarah juga menyelitkan rasa syukurnya dalam perkongsian itu, mendoakan agar kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk Syaikhul terus cemerlang dalam sukan dan kehidupan.
“Mama is so pround of abang! Player of the year for @fckualalumpur. Fly high Syaikhul Islam!”- Puteri Sarah
Puteri Sarah juga dilihat sebagai seorang ibu yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada anak-anaknya. Sebagai seorang figura dia sering berkongsi detik-detik indah keluarganya bersama peminat di media sosial. Kejayaan Syaikhul ini begitu membanggakan pelakon ini.
Apa yang lebih istimewa, kejayaan ini turut diraikan bersama oleh datuknya, iaitu bapa kepada Puteri Sarah, yang turut hadir memberikan sokongan moral kepada cucunya.
Falcons U7 FC Kuala Lumpur adalah sebuah kelab bola sepak yang dikenali kerana melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi dalam sukan bola sepak. Anugerah Pemain Terbaik yang diterima oleh Syaikhul adalah satu penghormatan besar yang menunjukkan dedikasi serta kerja keras beliau sepanjang musim ini. Majlis FC Kuala Lumpur Awards Night juga adalah platform penting untuk menghargai pencapaian pemain-pemain muda seperti Syaikhul.
Dengan pencapaian ini, Syaikhul Islam membuktikan bahawa usia muda bukanlah halangan untuk meraih kejayaan besar. Puteri Sarah pastinya berharap agar anaknya dapat terus berusaha dan mengukir lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Sokongan keluarga, bimbingan jurulatih, serta semangat yang tidak pernah luntur akan terus menjadi faktor utama yang mendorong Syaikhul untuk terus melangkah jauh dalam dunia sukan.
Semoga kejayaan Syaikhul ini menjadi inspirasi buat semua, khususnya generasi muda yang bercita-cita besar dalam mengejar impian mereka.
Sumber: IG puterisarahliyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat seorang isteri, asalkan suaminya bertanggungjawab dan sentiasa mencuba untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga, itu sudah menjadi satu anugerah buat dirinya. Tanpa harta yang banyak pun sebenarnya seorang isteri boleh bahagia, janji ada suami yang menyayangi dan memahami.
Bila suami yang baik dah sediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian, sudah cukup untuk membuatkan seorang isteri tersenyum.
Namun, rezeki setiap orang berbeza. Ada yang mewah, ada yang sederhana dan ada juga yang serba kekurangan. Namun itu bukanlah tiket untuk kita menghina atau memandang rendah pada orang lain terutamanya jika kita mungkin diberikan rezeki yang melebihi orang lain.
Seorang suri rumah yang juga merupakan content creator di TikTok iaitu AkakTakPandaiSenyum baru-baru ini memuatnaik sebuah video dirinya sedang menangis kerana rumahnya dikecam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, biarlah orang mahu memarahi dirinya tapi jangan sesekali mengata tempat tinggal yang telah suaminya sediakan buat mereka sekeluarga.
“Nak marah saya silakan tapi tolong jangan hina rumah saya. Ini tempat yang suami saya sediakan untuk saya tidur dan jaga anak saya.”
Tonton video ini;
@ihatesnuha._Awak nak marah atau hina saya boleh. Saya tau saya salah sbb dah buat satu konten sampai keluarkan isu estetik dan tak ni. Saya minta maaf sangat kalau awak terasa dgn postingan saya. Saya cuma nak bagi semangat dekat org2 yg rumah tak estetik dimana maksud asal saya, rumah yg kurang cantik kurang tersusun dan kurang rapi yg kata singkatan nya ialah estetik. Bukan melaga-lagakan mana-mana pihak. Saya betul2 mintak maaf kalau postingan saya tu buat org ramai marah saya. Saya tak normalisasikan rumah kotor. Saya normalisasikan rumah yg tidak ada tema. Kucar kacir sbb rumah saya pun kucar kacir. Bukan kotor. Masalah kulat kat dinding tu. Saya tak boleh nak buat apa. Sbb ni bukan rumah saya. Saya menyewa. Tolong jangan hina rumah saya. Inilah tempat kami anak beranak berteduh. Dari hujan atau panas. Inilah rumah tempat dimana suami saya berehat setelah seharian penat cari duit untuk saya anak beranak. Mintak tolong jangan hina rumah saya. Nak marah saya boleh tak de masalah. Awak marah lah puas-puas hina lah saya. Jangan rumah saya. Saya tak tayang hari-hari pun rumah saya berlumut atau berkulat ni. Konten saya masak. Bukan tunjuk lumut memanjang. Memang rumah ni buruk tapi jni tempat kami anak beranak berteduh selama lebih 4 tahun☺️☺️☺️ Bersyukur saya masih ada tempat tidur. Minta maaf sekali lagi kalau ada yg marah dan bergaduh pasal isu ni. Saya betul-betul takda iat. Saya tahu ni semua punca dari saya. Saya peringatkan jangan hina rumah saya. Rumah ni suami saya yg sediakan untuk saya. Cukup penat dia bekerja untuk bagi saya duduk rumah kecik yg awak rasa kotor dan berlumut ni tapi bagi saya syukur saya tak merempat tepi jalan sbb takda rumah☺️♬ suara asli – raedtz – 𝐑𝐚𝐞𝐝𝐭𝐳. || 𝟒𝕯
Kemudian, wanita cekal ini atau namanya Nuha telah memuatnaik sebuah lagi video yang memberitahu kerana ‘tajamnya’ komen tersebut yang mengutuk rumah mereka, suaminya berjanji akan mencantikkan tempat tinggal mereka.
Perkongsian Nuha telah mendapat perhatian ramai dan dia telah dihubungi oleh pihak radio Era untuk bertanyakan tentang hal tersebut. Menurut Nuha, dia faham setiap orang mempunyai standard masing-masing dan bukan semuanya kita dapat ikut apa yang orang lain mahukan.
Apabila ditanyakan oleh para para penyampai radio Era tentang cat rumah, Nuha memberitahu yang rumahnya masih belum dicat lagi kerana suami masih mencari orang yang pakar untuk mencantikan semula kawasan yang berlumut pada dinding.
“Kita bila dah masuk ke dunia media sosial ni, kita akan dapat banyak pendapat. Jadi saya dah faham keadaan tu cuma sekarang ni yang saya tak boleh terima bila dia menghina tempat tinggal saya anak-beranak.
Kalau saya boleh pindah ke tempat yang lebih selesa, dah lama saya pindah.”
Nuha juga menerima cara hidup mereka sekeluarga dan sangat bersyukur kerana suaminya telah menjalankan tanggung jawab dengan sangat baik.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.