Ibu baru ini mempunyai seorang anak berusia 18 bulan. Anaknya kerap memukul dan membaling barang. Bagi ibu ini, anaknya mungkin normal kerana sifat mereka ingin membesar namun dia keliru apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat anak ini dari berterusan sehingga besar.
Ramai ibu bapa muda risau dan pening memikirkan adakah patut memarahi anak atau sebaliknya jika anak berbuat salah. Ditegur secara baik tapi tabiat tersebut makin menjadi-jadi.
Anak kuat memukul pada usia 18 bulan – 36 bulan tu normal.
Sebab tu la ada gelaran “The Teribble Two” untuk usia mereka ni.
Ia boleh jadi bahaya bila kita tidak tegas dan ambil inisiatif “Instant Remove” tabiat yang tidak elok begini.
Ada perkara kita boleh sabarkan tapi ada perkara yang kita tak boleh sabar.
Sebagai contoh tabiat pukul memukul ni. Mesti di berhentikan sejak dari awal lagi.
✅ bila anak mula memukul cepat cepat tahan tangan dia, dan tegas kata “tidak boleh”
Ads
✅ anak memukul sebab ada letusan emosi, hanya kata-kata sahaja tak memadai.
– kena urut tangan yang memukul tadi di bahagian lengan sampai ke bahu.
– urut dada depan dan belakang anak boleh beri efek tenang pada dia
– tahan tangan anak dan bagi “calm hug” supaya dia boleh tenangkan diri
✅ Ajar anak “alternatif”, dia memukul sebab dia tak tahu cara lain untuk sampaikan apa yang dia rasa, jadi tanggungjawab kita untuk ajar dia alternatif lain.
✅ Pentingnya kenalkan anak dengan “big emotion” seperti marah, sedih, takut, malu & gembira.
❌ Jangan biarkan anak pukul memukul walau seminit pun, anak dah berhenti pukul baru nak tenang dia. Itu tanda kita “approve” tabiat buruk dia tu.
Ads
❌ On the spot kena “Instant Remove” tabiat pukul ni, sebab anak pada usia ini ada Attention Span yang sangat pendek, jika kita tegur “selepas” adegan pukul memukul anak tak ingat dah apa yang kita tegur tu.
Kita patut risau bila tabiat pukul memukul ni dah jadi norma baru anak anak kita.
Mula dia memukul sebab rasa tak puas hati pada sesuatu, tapi bila dah jadi norma baru dia akan memukul sebab nak memuaskan hati dia pula.
Masa tu bukan kita je, adik beradik, kawan kawan semua akan jadi mangsa kena pukul.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mendirikan rumahtangga, kehidupan isteri hanyalah berkisarkan tentang suami dan anak-anak. Kawan baiknya hanyalah suami serta anak-anak. Apa yang dia lakukan bukan untuk pujian dari orang luar tetapi cukup hanya dari keluarganya sendiri.
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni. Bila saya fikirkan balik, banyaknya kurang saya ni sebagai suami.
Bila isteri beli tudung dan pakai cantik-cantik. Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia. Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat dia bekerja untuk puji dia. Dia tak harapkan lelaki di luar sana untuk puji dia.
Rupanya yang dia harapkan adalah pujian suaminya sahaja. Saya la tu. Tapi Allahu beratnya mulut saya untuk memuji. Beratnya hati saya untuk memahami.
Padahal pujian seorang suami kepada isteri adalah pujian berpahala. Pujian ni lah yang akan membuatkan hati si dia berbunga bunga. Pujian ni lah yang akan memenuhkan tangki emosinya.
Lebih penting lagi, pujian ni juga yang membuatkan dirinya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Ramai rupanya tak tahu yang si isteri ni kena RASA dirinya cantik di mata suami. Baru lah mereka lebih yakin untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati.
Terlupa yang rupanya pujian saya kepada isteri, kebaikannya akan kembali balik kepada diri saya sendiri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir.
Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:
Kemusnahan Harta Benda: Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir.
Kematian: Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
Kerugian Kerajaan: Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan.
Kesemua ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan penempatan sementara mangsa banjir.
Banjir dan Risiko Penyakit
Banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit.
Antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa dan selepas banjir adalah seperti jangkitan pernafasan akut, Konjunktivitis (Sakit Mata), Leptospirosis, Cirit-Birit, Disentri, Hepatitis A, Taun/Kolera, Demam Kepialu (Typhoid), Keracunan Makanan, Demam Denggi, Jangkitan Kulit, Demam Campak (Measles), Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD), Malaria Dan Cacar Air (Garis Panduan Pengurusan Banjir, 2008).
Penyakit Bawaan Air dan Makanan
Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri dan keracunan makanan. Gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala. Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui meminum air atau memakan makanan yang telah dicemari oleh kuman-kuman penyakit tersebut. Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan merbahaya. Kejadian penyakit ini sentiasa dipantau dan dikawal oleh pihak Kesihatan.
Langkah-langkah pencegahan yang patut diamalkan ialah pastikan sumber air yang akan digunakan dari punca yang bersih dan selamat, sentiasa mencuci tangan menggunakan air yang bersih, minum air yang telah dimasak sempurna, makan makanan yang baru dimasak dan masih panas, kupas kulit buah-buahan sebelum makan, elakkan dari memakan sayur mentah, gunakan air yang bersih semasa membasuh sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dan semua peralatan semasa penyediaan makan dan minum, dan pilihlah kedai makanan dan pengendali makanan yang bersih dan telah mendapat suntikan anti tifoid apabila makan di luar.
Penyakit Leptospirosis
Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia yang terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air atau air banjir yang telah tercemar dengan air kencing haiwan yang telah terjangkiti dengan bakteria ini. Antara tanda-tanda penyakit Leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman (Manual Maklumat Kesihatan Banjir, n.d.).
Langkah-langkah pencegahan yang patut diamalkan adalah memastikan kebersihan persekitaran rumah, tutup dan tudung makanan supaya dihindari tikus, sentiasa mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri, jangan bermain air banjir dan lopak air terutamanya selepas banjir dan cuci serta balut sebarang luka yang terdapat pada anggota badan dengan sempurna supaya tidak terdedah dengan air banjir ini.
Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)
Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir. Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang sakit mata. Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan ini merupakan radang pada bahagian putih mata. Antara gejala sakit mata ialah mata merah, berair dan pedih; discaj tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan mata sensitif terhadap cahaya.
Langkah-langkah pencegahan yang patut diamalkan adalah sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih selepas menyentuh mata dan sebarang permukaan, elakkan bergaul dengan orang yang sakit mata dan jangan berkongsi barang peribadi.
Demam Denggi
Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan tiada tempat yang boleh menakung air seperti plastik, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin yang digunakan atau hanyut semasa banjir. Bekas-bekas ini perlulah dibuang dengan betul. Setiap penghuni rumah juga perlu memastikan persekitaran rumah mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes ini.
Demam Denggi adalah berpunca dari nyamuk Aedes. Antara tanda-tandanya ialah bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah atau break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss) di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
Semasa banjir, sentiasa patuhi arahan daripada Pihak Berkuasa:
Jagalah kesihatan:
Sumber:
Manual Maklumat Kesihatan Banjir. n.d. Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pendidikan Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya.
Garispanduan Pengurusan Banjir (Kesihatan). 2008. Kementerian Kesihatan Malaysia. Diambil dari http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/pdf/Jlid 1 – FWBD UMU GP 001.pdf
Rasa tidak puas hati pasti ada, apatah lagi dalam hubungan dua hala antara suami dan isteri. Bak peribahasa, gigi dengan lidah ada kalanya tergigit, inikan pula suami isteri.
Suami dan isteri tonggak utama sebuah rumah tangga yang membawa hala keluarga kepada jalan yang diredaiNya. Penting untuk memastikan komunikasi lancar dan mengelakkan rasa tidak puas hati terpendam.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang lain. Tidak kira berapa usia perkahwinan dan jumlah anak, jangan jemu untuk berkomunikasi dengan pasangan dan mendengar luahan isi hati secara dua hala. Mudah-mudah lenyaplah segala tidak puas hati dan perkara yang terbungkam menemui penyelesaian.
Hari ini rata-riti kita dapat dengar kisah rumah tangga yang bergolak. Musim kot eh? Sampai rakan-rakan kita yang bujang pun jadi was-was nak melangkah. Topik ni aku seram gila sebenarnya nak bincang. Sebab aku tak tahu masa depan aku macam mana.
Cuma aku nak kongsi satu benda yang aku selalu buat bersama isteri. “Post mortem”. Aku terdetik nak cerita ni sebab aku dapati kesan dia bagus sangat. Eh perkara ni penting lah aku rasa.
Yang patut lead program ni siapa? Tak kisah pun sebenarnya. Lebih bagus si ketua lah, suami. Aku syak kalau si isteri pun yang ajak, cik abang yang baik akan on je. Mana tahu kot selama ni dia yang banyak nak luah tapi masing-masing asyik mendiam saja.
Nak buat post mortem ni tak payah tunggu special date pun. Paling kurang sebulan sekali. Jangan nanti gaduh besar baru terfikir nak mula. Waktu yang baik ialah waktu malam. Tidurkan anak awal-awal. Mandi dan bersihkan diri. Kalau boleh ambil wudhuk dan tenang-tenang sebelum mula.
Taknak ada perasaan nak cari salah siapa-siapa tau. Pasak dalam hati yang motif perbincangan ini untuk bahagiakan perkahwinan kita sampai mati. Yelah, ada ke orang nak kahwin sekejap-sekejap? Aku tak tahulah jenis manusia apa kalau ada.
Dengar-Dengar-Dengar. Ulas dan respond bila ada bunyi tanda soal sahaja. Ini penting. Apa kau rasa bila kau tengah sedih cerita tentang sakit, ada orang potong cakap “alah sikit je pun” atau “gitu pun nak nangis”? Spoil gila kan?
Sudahnya program tak capai matlamat. Malah mungkin makin teruk dengan penambahan luka baru.
Fikir dan susun ayat elok-elok ketika meluah. Satu persatu. Taknak gelojoh. Kita tahu banyak benda yang terpendam dalam hati ni. Lebih lagi kalau dah lama tersimpan. Cara yang paling selamat ialah berbincang dengan nada berbisik.
Maknanya muka kita dengan pasangan tak jauh. Dengan ini kita boleh nampak raut wajah dia bagaimana. Wajah yang sama waktu mula bercinta dulu.
Kalau sentap, diam. Ketap gigi rapat-rapat. Tunggu sampai turn baru beri respond dengan baik.
Ingat, kita mahu cari titik penyelesaian. Angguk dan cuba berubah selari dengan persetujuan yang dicapai.
Jangan undur diri sebelum selesai. Habiskan dengan baik. Kawal emosi dan hargai moment ini dengan penuh rasa bahagia.
Percayalah, esok matahari terbit bersama pelangi indah tanpa hujan. Perasaan macam baru-baru kahwin. Dada yang berat selama ini terus terasa ringan. Kaki melangkah penuh bergaya. Tengok pasangan terus rasa nak sayang-sayang je.
Buatlah weh. Aku tulis ni pun dalam senyum terkenangkan moment “post mortem” kami semalam. Alhamdulillah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...