Bergelar ibu bukannya mudah, sepenuhnya perhatian diberikan kepada bayi yang masih kecil. Bagi pelakon, Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuannya pada Julai lalu mengakui cabaran baru bergelar ibu.

Biarpun amat bahagia dengan momen dan pengalaman itu namun kata Raja Ilya melalui Instagramnya, ia amat memenatkan.

Tidak cukup rehat hingga badannya sakit-sakit ditambah pula dengan tidur yang tidak mencukupi.

“Setiap ibu berhak untuk berehat, tapi sangat perlukan bantuan. Ada hari yang susah dan ada yang mudah.

“Time tough tu la rasa macam nak nagis tapi all mother go through benda yang sama kan. Tak leh nak bayangkan super smooth journey bila ada newborn especially bab sakit badan dan pinggang macam nak putus.

“At first I thought boleh je handle breastfeed and jaga baby sorang sorang, tapi tak wei, I need help, atleast help untuk tolong urut and support emotionally,” kongsinya.

“Pinggang Macam Nak Putus” Tak Cukup Rehat Jaga Anak, Raja Ilya Lega Suami Bantu!

Bahkan kata Raja Ilya lagi, dia paling beruntung kerana suaminya seorang yang cukup ringan tulang membantunya.

IKLAN

Malah perkongsian video yang dimuat pelakon ini juga memperlihatkan suaminya, Trent Garret yang sedang mengurut kaki isterinya.

“Pinggang Macam Nak Putus” Tak Cukup Rehat Jaga Anak, Raja Ilya Lega Suami Bantu!

“Time tu la jiwa meraung nak minta tolong. Nak pergi kedai massage tak boleh pulak sebab kena tinggal baby, nak panggil orang datang massage pun tak boleh sebab tukang urut pergi oversea pulak.

“Nasib la dapat partner in crime macam Trent ni, kalau dia nampak muka Ilya macam DBKL je, tak yah suruh memang dia sendiri akan offer untuk tolong,” katanya.

“Pinggang Macam Nak Putus” Tak Cukup Rehat Jaga Anak, Raja Ilya Lega Suami Bantu!

Dalam pada itu, ibu kepada Talita Love Garret ini juga sempat berkongsi tip rumah tangga agar sentiasa memahami suami dalam apa jua keadaan. Barulah rumah tangga makin hormani kerana saling memahami.

IKLAN

“Pinggang Macam Nak Putus” Tak Cukup Rehat Jaga Anak, Raja Ilya Lega Suami Bantu!

“Walaupun for the past 3 days ni dia terpaksa tidur bilik asing untuk catch up pergi kerja the next day.

“Tu satu lagi, kalau partner korang nak tidur asing masa ada newborn jangan sentap or terasa ke apa. Orang laki ni lain, they need rest and peace more then us, lagi kita faham partner kita lagi bagus, elak kan dari salah faham and gaduh gaduh.

“Pinggang Macam Nak Putus” Tak Cukup Rehat Jaga Anak, Raja Ilya Lega Suami Bantu!

“Bukan senang nak jadi isteri tapi bila kita faham partner kita rationally Insyallah smooth je relationship. Tak leh nak ikut emotional sangat. Dangerous.

“End of the day Love/Sayang tu tak datang dengan sendiri all day long, love is a choice .. so choose to love your partner daily. Gitew,” katanya lagi berkongsi.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Terdahulu Raja Ilya selamat melahirkan bayi sulungnya, Talita Love Garret pada 1 Julai lalu di Hospital King Edward, Perth.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

“Pinggang Macam Nak Putus” Tak Cukup Rehat Jaga Anak, Raja Ilya Lega Suami Bantu!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI