Pasti seronok jika dapat berkumpul dengan seisi keluarga pada hujung minggu setelah sibuk bekerja pada hari minggu. Apabila berkumpul, mesti kena ada menu untuk makan sambal berborak santai. Menu apa yang sesuai ya?

Popia cendawan enoki sedap dinikmati pada waktu petang tau. Lebih- lebih lagi makan dengan sos cili. Dapat pula hirup air teh panas, mesti seisi keluarga suka dan bertambah bahagia. Jom lihat resipi mudah popia cendawan enoki yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh bib__abdhamid di akaun Instagram beliau.

RESEPI POPIA CENDAWAN ENOKI
Popia Cendawan Enoki. Resepi simple dan sedap.

Popia Cendawan Enoki, Juadah Minum Petang Seisi Keluarga. Anak Pasti Suka!
Sumber foto: Instagram bib__abdhamid

Bahan- bahan:
– Cendawan enoki (basuh dan keringkan)
– Kulit popia
– Tepung bestari

IKLAN

Cara- cara:
1. Balut senggegam cendawan enoki dengan kulit popia.
2. Gulung separuh kulit popia sahaja.
3. Lekatkan dengan menggunakan air.
4. Celup cendawan enoki dalam air.
5. Lepastu salutkan cendawan enoki dalam tepung bestari.
6. Gorengkan sehingga perang keemasan.
7. Lepastu boleh dinikmati bersama sos cili.

Senang jerrrr.

Cendawan enoki yang digunakan mempunyai khasiat yang bagus untuk badan tau. Cendawan enoki dapat membantu menguatkan daya tahan badan seseorang disebabkan oleh kandungan asid amino seperti valina dan lisina.

IKLAN
Popia Cendawan Enoki, Juadah Minum Petang Seisi Keluarga. Anak Pasti Suka!
Sumber foto: Instagram bob__abdhamid

Baca Juga:

Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!

IKLAN

Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan

Resipi Bubur Oat Sihat, Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best!

Lemak diperut yang menyebabkan buncit boleh dihilangkan dengan memakan cendawan ini. Hal ini kerana, asid linoleik yang terdapat dalam cendawan ini. Asid linoleik merupakan sejenis makronutrien yang amat penting untuk badan.

Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. boleh jadi snek petang kesukaan keluarga. Boleh juga dijadikan bekal untuk anak ke sekolah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI