Ads

Puteri Sarah Liyana Bangkit Kuat Demi Anak-Anak, ” Lima Tahun Saya Bertahan”

Puteri Sarah Liyana

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana mengakui dua anaknya menjadi sumber kekuatan terbesar untuk dirinya terus melangkah ke hadapan selepas melalui pelbagai ujian hidup yang penuh emosi sebelum ini.

Menurut Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pengalaman hidup yang dilalui membuatkan dirinya sedar bahawa dia sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa yang tidak pernah disangka sebelum ini.

Puteri Sarah Liyana Bangkit Kuat Demi Anak-Anak, ” Lima Tahun Saya Bertahan”

 

Puteri Sarah Liyana Sedar Kekuatan Diri Selepas Diuji

“Dulu saya tidak sedar yang saya mampu jadi kuat. Saya fikir saya lemah, saya tidak boleh tapi bila kita dilanda ujian, baru kita tahu yang kita sebenarnya mampu. 

“Semuanya kerana kita dorong diri kita ke tahap maksimum,” katanya berkongsi.

Tambahnya lagi, tempoh sukar yang dilalui selama beberapa tahun akhirnya membuka ruang untuk dia bangkit demi masa depan anak-anak tersayang.

Ads

Puteri Sarah Liyana Bangkit Kuat Demi Anak-Anak, ” Lima Tahun Saya Bertahan”

 

Anak-Anak Jadi Sumber Kekuatan Puteri Sarah Liyana

“Saya sudah lima tahun bertahan dan saya lemah. Tapi selepas lima tahun, saya bangkit kerana saya mempunyai dua orang anak. Kekuatan saya adalah anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meluahkan penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu yang sentiasa kuat demi anak-anak walaupun hati sendiri sedang terluka.

“Happy Mother’s Day to all (Selamat Hari Ibu semua). Tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi kuat setiap hari. Ada waktu hati terlalu lelah, dunia terasa berat dan air mata jatuh diam-diam tanpa sesiapa nampak.

Ads

“Tapi setiap kali melihat anak, ada satu kekuatan yang hadir semula dalam diri.

“Kekuatan seorang ibu lahir daripada pelukan kecil dan senyuman anak yang tidak pernah tahu betapa mereka sebenarnya sedang menyelamatkan hati ibunya,” tulisnya.

Puteri Sarah Liyana Bangkit Kuat Demi Anak-Anak, ” Lima Tahun Saya Bertahan”

Perjalanan Hidup Puteri Sarah Liyana

Untuk rekod, Puteri Sarah Liyana pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 sebelum disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Ads

Kisah kehidupan pelakon itu sebelum ini sering menjadi perhatian ramai, namun Puteri Sarah Liyana terus memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya dan membesarkan dua anaknya dengan penuh kasih sayang.

Semangat yang ditunjukkan oleh Puteri Sarah Liyana menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana agar terus kuat menghadapi ujian hidup demi insan tersayang.

Baca lagi: Tyra Kamaruzzaman Timang Anak Kedua, Pilih Nama Elaira Emran 

Shila Amzah Dedah Warisi Talasemia, Doktor Nasihat Tak Mengandung & Czer Lagi!

Foto: Instagram @puterisarahliyana

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

ikan untuk anak

Ikan Untuk Anak Tak Semestinya Salmon, Ini 5 Pilihan Lebih Jimat...

Tak mampu beli salmon selalu? Ketahui pilihan ikan untuk anak yang lebih murah, berkhasiat dan sesuai untuk tumbesaran si kecil tanpa membebankan bajet keluarga.