Disaat semua berusaha menjimatkan minyak masak yang ada, resipi memasak menggunakan Air Fryer sememangnya diperlukan. Resipi ayam goreng tanpa minyak ini anda kena cuba.
Bukan saja tak perlukan minyak tetapi dengan penambahan tertentu buat ayam goreng masih kekal moist dan garing. Jom cuba!
TAK GUNA MINYAK tetap GARING
Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cer tengok nih!
Yes. Misi berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup.
Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.
Ads
Caranya senang jer, 1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan ; – bawang putih (tumbuk lumat) – sedikit halia (tumbuk lumat) – sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat) – sedikit kunyit serbuk – garam
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer – suhu 180 darjah – masa 15 minit
Ads
* Saya guna AirFryer Philips, tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
5. Siap.
Ps : Bolehlah panjangkan resepi ayam goreng tak guna minyak nih kat sapa-sapa yang belum tahu, okehh!
Sup antara menu kegemaran yang menjadi pilihan semua. Jika satu menu ni pun dimakan dengan nasi panas dah ok sangat. Cuma pernah tak anda tertanya-tanya kenapa rasa sup di kedai tak sama macam sup yang dimasak sendiri di rumah.
Bagi yang nak tahu rahsianya, resipi Sup Thai ini pastinya akan buat anda sekeluarga berpuas hati dan tak perlulah nak tunggu order di kedai makan.
Bahan yang ringkas, rasanya terbaik. Tak cuba memang tak tahu kan. Nak tahu cara membuatnya ini yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai.
Hari ni mama nak belanja cara buat sup thai. Rasa dia sebiji macam kat kedai. Tak caya cuba lah. Sama ada nak ayam atau daging… Kaedah masak dia sama je..
Resepi kat bawah. Step by step.. Simple tapi sedap.
Bahan-bahan Sup Thai
Boleh di katakan bahan utama
– Bawang besar belah jer
– Daun limau purut
– Serai yg di ketuk atau di potong serong
– Bawang putih
– Halia
– Sup bunjut
Bawang putih dan halia ditumbuk
Panaskan minyak untuk menumis
Tumis bahan-bahan tadi hingga garing sedikit dan layu
Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air, didihkan..
Masukkan ayam atau daging di hiris nipis-nipis yang di cuci bersih. Masak sehingga empuk.
Sayur pilihan, yang penting saderi tu
Masukkan sayur keras dulu
Pastu masukkan tomato… jangan lupa masukkan jugak sos ikan, limau nipis sebiji ambil jusnya sahaja.
Masukkan garam, perasa…renih kan sekejap pastu ok siap….. Masa hidang tu tabur daun ketumbar. Boleh lah gu dgn sambal belacan, timun jepun,telur dadar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat anak-anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian, terselit rasa bimbang dalam hati. Di manakah nasib masa depan anak-anak kita kelak?. Bagaimana kelak mereka boleh berdepan untuk menambah ilmu semula selepas hampir tiga bulan duduk di rumah. Pelbagai persoalan mula bersarang di minda seorang wanita bergelar ibu.
Timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Krisis Covid-19 yang melanda dunia pastinya tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan.
Adakah anak-anak kita perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini seperti pelajar yang tidak mempunyai akses internet, pelajar yang tiada peranti malah kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar menjadi persoalan yang masih belum berakhir.
Ketiadaan proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah pastinya akan membuatkan anak-anak kita sedikit ketinggalan.
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; seperti yang dikongsikan oleh Astro Awani, terdapat dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula.
Persediaan rapi SOP normal baharu
Pelbagai SOP baru dikeluarkan kerajaan demi memastikan anak-anak kita benar-benar selamat untuk kembali ke sekolah sedikit masa lagi. Semua ini bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka selepas lebih 3 bulan berada di rumah.
Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk melaksanakan kesemua ini dengan sebaiknya. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Malah menurut Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud lagi, sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah.
Laksanakan sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.
Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.
Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
Ibu pening nak buat kudap-kudap petang makan apa? Ini ada resepi ringkas, kegemaran anak-anak. Nampak simple tapi rasanya memang terbaik. Jangan terkejut bila dah buat ni, sekejap dah licin.
Resipi ni seperti roti sosej biasa je, cuma yang bezakannya dihujungnya itu dihiris memanjang untuk menampakkan jejari halus.
Viral ROTI GULUNG SOSEJ NAK BERKALI-KALI
Bahan-bahan:
– Roti putih tawar gardenia
– Sosej
– Mayonis
– Sos cili
Caranya:
~ Rebus sosej, angkat ketepikan (rebus kejap je ye)
~ Roti dicanai sehingga nipis, buang tepi-tepinya kemudian dibelah dua
(opah canai menggunakan roller tart nenas) buat sehingga habis /ketepikan
~ Sosej dibelah dua juga,hiris kiri dan kanan sosej (jejarikan jgn sampai putus ye)
~ Ambil roti, letak sosej dan gulung/kemaskan bahagian hujung dengan menyapu sedikit telur sebagai gam (tepung + sedikit air sebagai gam pun boleh)
– Goreng sehingga kekuningan
~ Angkat toskan dan hidang bersama mayonis + sos cili. SELAMAT MENCUBA
(Kredit: oleh Mas Cotek) #shimakongsiresepi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!