Sebut sahaja choco jar pasti diantara kita yang sudah terbayangkan kerangupan bubble rice dalam coklat cair yang sedap. Terus rasa hendak cuba untuk anak-anak dan keluarga.

Tak perlu berlebih bahan, tiga bahan superb ini sudah cukup buat choco jar anda sedap. Jom cuba resipi perkongsian Mr Ali yang memang power.

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!


Resepi Choco Jar super sedap Mr.Ali. Mudah sahaja. Tiga bahan saja.

Bahan-bahan:
500 gram bubble rice / mini cocoa crunch
500 gram chocolate ( boleh pakai dark atau milk chocolate, kalau nak senang pakai cadbury je)
70 gram minyak jagung ( digunakan untuk chocolate compound seperti brand Beryls & Van Houtten sahaja)

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!

Sangai bubble rice atau cocoa crunch atas kuali. Sangai dalam 2-3 minit je. Nak bagi crunchy tahan lama even dah dimasukan dalam coklat nanti. Boleh pakai mana mana cereal yabg anda nak. Tapi better beli di kedai bakery je. Murah sangat. 1kg baru 10 ringgit (rujuk gambar). Dah sangai. Bagi dia sejuk dulu.

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!

IKLAN

Cairkan coklat pakai kaedah double boil. Saya tahu ramai ada masalah sebab coklat akam berketul kalau pakai choc compound.

Jangan risau. Letak air panas mendidih dalam bekas besi. Terus letakan bekas kedua yang besar dari bekas dibawah yang berisi air panas. Biarkan seketika sampai coklat mencair sepenuhnya. Ini kalau nak buat kaedah manual la. Kalau nak cepat double boil atau microwave sahaja.

Kalau pakai callebaut suhu low panaskan ikot kesesuaian microwave. Biasanya 10 saat. Gaul dan masukan lagi dalam 10 saat. Tapi bergantung pada microwave masing masing. Asalkan coklat tak hangus pada permukaan. Cair dengan elok. Dah cair semuanya.

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!

Kalau pakai CHOCOLATE COMPOUND SEPERTI BERYLS / VAN HOUTEN tambahkan minyak 70 gram minyak jagung atau canola oil atau pun minyak masak.

IKLAN

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!

Dah sebatikan letak tepi bagi dia sejuk dalam 15 minit. Then letaklah bubbe rice or apa-apa cereal yang anda guna half bekas. Then lagi hald penuhkan dengan coklat. Gaulkan dan boleh terus makan!

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!

Tapi bagi saya sedap pakai milk chocolate. Budak-budak mesti suka. Tapi jangan bagi makan selalu tau. Jarang-jarang takpe, sebab manis.

IKLAN

Jangan letak dalam chiller or peti. Letak suhu bilik je. Jangan letak direct cahaya matahari.

Resipi Choco Jar 3 Bahan, Mudah Sangat Ikut Langkah Ni, Sedap Sungguh!

Selamat mencuba semua!

Menarik: Puding Roti Coklat 3 Bahan, Rangup Di Luar, Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit resipi: Mr Ali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI