Bila anak sudah mula ke sekolah, stok makanan untuk anak ke sekolah pastinya sudah disediakan lebih awal lagi. Donat antara menu ringkas dan mudah untuk anak bawa ke sekolah.
Apa kata kita sediakan donat frozen, lembut dan gebu macam span, seperti yang dikongsikan oleh Pn Zurina Kifli ini. Memang lembut!
Uli tangan pun boleh. In shaa Allah ekstra gebu dan ekstra lembut. Yang penting kena rajin menguli hingga doh cantik.
DONAT GEBU MACAM SPAN
Sukatan cawan minum teh
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam, isikan dalam gelas besar @mangkuk. Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu)
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap.
Bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada.
Ads
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Ads
Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat-melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring putih tu.
Ads
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengn gula@susu tepung+gula@coklat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
2 menu ini, kalau makan dengan ulam-ulaman mesti sedap dah cukup. Nikmati pula nasi panas-panas alahai, nikmatnya. Dua-dua resipi ini dikongsikan oleh icookweeat.
Tak pasti kalau masih ada yang belum ‘familiar’ dengan ikan rebus goreng ini. Kalau anda tak pernah cuba, jom kita buat. Saya jamin anda takkan menyesal sebab mudah sangat cara penyediaannya. Ada yang berseloroh menu ikan dua kali mati sebab dahlah kena rebus, kena goreng pula lepastu. Rupa selepas di goreng memang agak brutal, tapi percayalah rasa dia sedap!
1. Ikan Rebus Goreng
Bahan-bahan:
Ikan selayang (jenis pilihan ikut suka anda)
Asam keping 4 atau 5 keping
Garam (pilihan anda nak letak atau tidak)
Cara penyediaan:
Rebus ikan menggunakan air dengan kuantiti sekadar tenggelamkan ikan tu bersama asam keping semala 3 hingga 5 minit.
Angkat, tapis dan gorengkan dalam minyak yang panas.
Dah siap.
*tip untuk elakkan meletup semasa goreng: masukkan dalam kuali sebelum minyak betul-betul panas.
Menu seterusnya, bagi penggemar makanan pedas kalau dapat makan sambal gesek ni hari-hari pun takpe dah. Gandingkan pula dengan ikan rebus goreng tadi beserta dengan ulam-ulaman. MasyaAllah, nikmat.
2. Sambal Gesek
Bahan-bahan:
Bawang merah
Cili besar
Cili api
Tomato
Belacan
Garam
Gula perang setengah sudu
Sehiris limau nipis
Cara penyediaan:
Gorengkan bawang besar, cili besar, cili api, tomato dan belacan sehingga layu.
Angkat dan tapis
Gesekkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dalam lesung batu (tapi jangan terlaly hancur dan halus), tambahkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan limau.
Dah siap
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Siap sudah ikan rebus goreng dan sambal gesek kita. Memang senang kan cara penyediaannya. Jadi, bolehlah buat di rumah. Buat ikut kuantiti yang anda semua nak.
Selamat mencuba dan menikmati. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu. Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah. Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging, apa kata buat nasi goreng daging yang sedap untuk menu bekalan pulang ke bandar.
Maklum sahajalah cuti pun tak lama, makan nasi goreng daging dengan anak-anak dalam kereta sambil layan jem pun seronok juga.
Perkongsian Puan Asmida Asman menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan panduan untuk mama buat nasi goreng daging yang sedap. Barulah perjalanan yang jauh tak terasa sebab cukup bekalan untuk dinikmati bersama-sama.
Hujan hujan ni…makan apa tu?
Ok taknak citer banyak…saje saje nak kongsi resepi..
Alang alang jalan jem ni..boring dalam kereta
Nasi Goreng Daging je pun..
Siapa suka nasi goreng daging
Masak untuk bekal makan kat rnr
Maklumlah nak raya kan
Ok Resepi di setiap gambar ye
Hiris bawang besar…sebiji
2. Tumbuk kasar,Cili kering
Cili padi merah dan hijau.
Bawang besar
Bawang putih
Bilis
Belacan
Garam dan perasa
3. Rebus daging empuk dan hiris kecil
4. Kacang panjang kalau ada carrot boleh tambah juga
5. Wajib..
Nasi yg dah sejuk dan digemburkan
6. Gunakan minyak lebihan goreng ikan..
Goreng hirisan bawang tadi sampai agak garing
7.Ok..masukan bahan tumbuk
8. Masak sampai garing dan masukan sikit kicap manis
9. Masukan daging
10. Gaul sekata dan mesra
~masa ni dah pikir..eh x yahla wat nasi goreng..makan dgn nasi putih je
11. Ok masuk lah hero dia…nasi!
Aduh sendiri masak..sendiri terliur
12. Belum…belum siap..nampak mcm dah kan😂
Xpe amik sesudu rasa..tak brdosa pun
Sesudu jek
13. Hah! Ni pun hero…
Masukan kcg panjang dan bilis goreng
Kcg panjang tu saya suka goreng dulu dgn minyak yg betol betol panas…sekejap je..kemudian toskan minyak
Nanti warna dia mantain hijau dan rasa dia tetap sdp wlpun dah lama sejuk
14. Tara……dah siap….boleh cedok masuk bekal…😋
Sebelum ke bekal ntah berape kali ngap masuk mulut
Bulan puasa yang bakal menghampiri kita tidak lama lagi ada baiknya kita sediakan resipi bersahur yang ringkas untuk yang tidak berapa gemar makan nasi.
Resipi Korean Garlic Cheese versi roti gardenia ini antara yang boleh anda cuba. Memang sedap makan waktu panas.
Korean Garlic Cheese versi roti gardenia. Mood jahit tak mari, godek-gorek kat dapur butik main la masak-masak. Nak menguli roti malas pulak. Versi ni sis ikut dari fb Halal N Taste. Ok siap!
Bahan-bahan:
1 buku Roti gardenia
4 ulas bwg putih (cincang halus)
150g butter
1 biji telur
1 sudu madu-campur sekali dgn bahan d atas
Sedikit parsley
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!