Selepas donat red velvet viral, kali ini donat minion berwarna kuning pula yang sudah mula menarik perhatian ramai terutamanya anak-anak. Warna-warna terang bikin anak ‘panas’, tak sabar untuk makan.
Sama seperti donat red velvet, donat susu minion ini juga tidak kurang hebatnya. Jom cuba resipi perkongsian Fienaz Shafie ini.
Donut Minion viral by FienazShafie. Nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas!
Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut. Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan.
Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layan je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.
Bahan resepi Donut Minion Gebu kapas:
Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
Bahan uli:
1 cwn Tepung Gandum
8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
1 biji telur gred A
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1sb gula kastor
1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sbb nak tekstur ala pastry kat oversea)
1sb Majerin – guna cap pelangi je
1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base food colouring)
Ads
1. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
2. Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
3. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak)
5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut)
6. Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
Ads
7. Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.
NOTA PENTING : Kalau adunan lembik tambah tepung, kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
SELAMAT MENCUBA!
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Saya blend semua sampai gebu kemudian panaskan acuan dan gris acuan dengan mentega kemudian masukkan adunan tadi dan tabur bijan secukupnya. Panaskan oven dengan suhu 200° selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven selama sejam atau sehingga masak. Sejukkan dulu baru potong ye supaya bila potong kuih nampak cantik.
Nota: Kalau guna acuan kemboja tu gris minyak pada acuan tu dan panaskan atas api selama 5 6 minit baru tuang adunan tadi dan masukan ke dalam oven, tujuan bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
Dan tak perlu guna banyak telur, guna sebiji pun cukup, tak nk letak telur pun takpe, tetap sedap dan kenyal. Sy dah cuba buat tanpa telur dan letak telur, takde beza.
Kek menjadi sajian utama sebagai manisan di pagi raya. Tidak lengkap raya tanpa sebiji kek yang dibakar malam raya. Kek Planta Rainbow ini antara kek wajib dicuba kerana cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Malah resipi Chef Azmin Zain yang dikongsikan semula oleh Haliza Jeran ini sangat mudah hendak di sediakan.
Paling menarik resipinya dihasilkan tanpa menggunakan bahan penaik. Nak tahu macam mana ia dihasilkan? Jom cuba!
Assalamualaikum. Salah satu Kek Raya PKP, Kek Planta Rainbow. Walau tanpa bahan penaik kek tetap gebu moist lagi. TQ chef Azmin Zain atas resepinya.
Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.
Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.
Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.