Jika sebelum ini kita hanya membeli sahaja jika teringin untuk menikmati Hokaido Creamy Custard Honey ini, kali ini apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah pada anak-anak.

Resipinya simple dan tidaklah terlalu susah. Superb! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dhia Aqilah ini.

Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak, Simple Tapi Sedap!


Resipi Hokaido Creamy Custard Honey

Bahan A
3 Biji kuning telur gred A
20g Gula kastor/gula halus
35g Minyak canola/jagung/myk masak
60ml Susu segar
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum/tepung kek*
1 sk creamy vanilla
1 sk baking powder*

Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar – optional

Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak, Simple Tapi Sedap!

IKLAN

Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.

Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak . Kacau sebati.

Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan. Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
7. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak, Simple Tapi Sedap!

RESEPI CREAM CUSTARD HONEY

IKLAN

Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sk creamy vanilla

Penyediaan Cream Custard:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat. Dalam api perlahan.

Bila dah sejuk paipkan ke dalam hokaido menggunakan pipping beg.

Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak, Simple Tapi Sedap!

IKLAN

Siap dihidang.

Selamat mencuba, Insyallah sedap!

Artikel berkaitan: Kek Tornado Simple, Favourite Anak-Anak, Nak Buat Pun Senang

Kek Indulgence Sedap & Lembut Macam Aiskrim, Tak Cukup Makan Sepotong

Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak, Simple Tapi Sedap!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI