
Bila berbuka puasa, tak cukup dengan hanya makan nasi dan lauk-pauk sahaja. Mesti kena ada hidangan lain yang lebih simple untuk membuka selera. Biasanya kita akan makan murtabak atau roti John. Hidangan ringkas dengan gabungan pelbagai rasa, tidak dinafikan kepentingannya ketika kita berbuka puasa.
Selain hidangan tadi, anda boleh mencuba resipi ini. Simple tapi memang sedap! Nk buat pun tak renyah, hanya perlu beberapa bahan sahaja. Resipi roti sardin pattaya ini telah dikongsikan oleh Jnida Nyda.
Resipi Lain: [Tak Perlu Oven! Masak Dalam Periuk, Atas Dapur. Hasil Kek Lembut & Wangi]
ROTI PATTAYA 3 BAHAN
Senang sangat nak buat!
Inti tak kisah nak pakai inti apa,sy buat inti sardin senang.

▶️Isi sardin (sy tumis dulu sardin ni,terpulang pada korang nak tumis atau nk letak mentah je)
▶️Telur
▶️Roti
Tumis dahulu isi sardin. Inti siap!

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tuangkan telur yang telah dikacau je dalamnya. Kemudian letakkan sekeping roti di atas telur itu.

3. Letakkan inti sardin ke atas roti.

4. Selepas itu, bolehlah diletakkan sekeping lagi roti untuk menutup inti sardin.

5. Akhir sekali, bungkus roti sardin dengan telur.
Resipi Lain: [Tak Payah Beli, Cuba Buat Cendol Sendiri, Lembut & Cukup Mudah, Memang Padu!]
INI HASIL ROTI PATTAYA 3 BAHAN. SEDAPNYA KALAU BUAT WAKTU BERBUKA ATAU BERSAHUR!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Menu berpantang untuk mama, semuanya sedap-sedap belaka. Buat bakal-bakal mama atau yang sedang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin, anda tentu sedang tercari-cari menu yang sesuai untuk dimakan dalam tempoh ini. Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri.
Mama-mama yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.
Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mama perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mama-mama yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang, boleh tengok balik.”
Menu Berpantang Wajib Cuba
SIAKAP STIM

Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
IKAN BAKAR BEREMPAH

Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
SUP IKAN

Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
KARI IKAN (TANPA SANTAN)

Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
SERUNDING HALIA

Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan:
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
DAGING GORENG KUNYIT

Bahan:
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
AYAM UNGKEP LADA HITAM

Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
AYAM MASAK HALIA

Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sumber/Foto : Nor Sofiah Hussin via Mingguan Wanita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Berpantang Simple 5 Langkah. Sedap & Suami Pun Confirm Boleh Masak

Dalam keadaan tertentu, ada di kalangan ibu bersalin dan suaminya lebih selesa memilih berpantang sendiri di rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Jadi, dalam keadaan sebeginilah, suami perlu menjalankan tanggungjawabnya. Memandangkan isteri masih lemah, dia memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami untuk beberapa urusan termasuklah hidangan makanan berpantang.
Di sini Pa&Ma kongsikan resepi-resipi yang boleh para suami sediakan. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Pasti selepas ini suami boleh dipanggil papa chef!
Ikan panggang
1. Basuh bersih ikan pilihan. Ikan yang sesuai semasa berpantang ialah ikan berisi seperti merah, tenggiri dan lain-lain.
2. Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan.
3. Balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Setelah masak, buang daun pembalut ikan. Sedia untuk dihidangkan.

Singgang ikan
1. Hiris nipis kunyit hidup, lengkuas, bawang putih.
2. Masukkan bahan yang dihiris bersama asam keping ke dalam periuk yang berisi air.
3. Didihkan dengan api yang perlahan. Biarkan ia mendidih agak lama supaya rasa bahan-bahan sebati bersatu.
4. Setelah itu masukkan ikan pilihan.
5. Perasakan dengan garam. Angkat apabila ikan sudah masak.
Sup ikan
1. Panaskan sedikit minyak zaitun.
2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam dan sedikit garam.
5. Taburkan daun sup dan siap dihidang

Ikan goreng berhalia
1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng dengan sedikit minyak.
3. Baki minyak gorengan ikan digunakan untuk menumis hirisan halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air ke dalam bahan tumisan.
5. Kemudian satukan ikan yang sudah digoreng tadi ke dalam tumisan ini.
Ikan bakar berserai
1. Bersihkan ikan. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan.
2. Balut dengan daun pisang atau daun kunyit dan bakar menggunakan pemanggang ajaib.
3. Di dalam kuali lain, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia serta serai yang diketuk.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
5. Akhirnya masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
Ikan stim
1. Bersihkan ikan. Lumur ikan dengan garam.
2. Hiris nipis bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun limau purut.
3. Potong lobak merah dan batang saderi mengikut bentuk kesukaan.
4. Letakkan ikan dan semua bahan hirisan di dalam satu bekas.
5. Kukus sehingga ikan masak.
Ayam bakar
1. Basuh ayam sehingga bersih
2. Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia.
3. Kemudian satukan serbuk lada hitam, madu, sedikit garam dan gula ke dalam bahan kisar.
4. Perap ayam dengan bahan yang telah disatukan
5. Bakar menggunakan pemanggang ajaib
Sup daging
1. Potong daging dan bersihkan
2. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan daging.
4. Didihkan sehingga daging empuk
5. Masukkan hirisan lobak merah dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
2. Goreng bahan ini tanpa minyak sehingga bahan kering
3. Bersihkan apa-apa jenis ulam yang sesuai dimakan ketika berpantang.
4. Hiris halus kesemuanya.
5. Gaulkan bahan perencah dengan hirisan ulam yang telah disediakan.

Sup lobak putih
1. Rebus lobak putih sehingga empuk dan toskan airnya.
2. Di dalam periuk berasingan, panaskan minyak zaitun. Tumis hirisan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan ikan bilis dan tumis seketika.
4. Masukkan air dan didihkan sebentar.
5. Bila sup mendidih, masukkan lobak putih dan sedikit lada hitam. Perasakan dengan garam.
Kredit Gambar: Google
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dadih Susu Homemade, Tak Pakai Serbuk Dadih Pun Rasa Sedap, Lembut & Gebu!

Dadih sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Dengan hanya menggunakan serbuk dadih, dadih boleh disediakan dengan cukup mudah dan pantas malah tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
Pun begitu, tanpa serbuk dadih pun, dadih masih boleh dihasilkan sama seperti serbuk dadih biasa dan hasilnya cukup lembut dan gebu. Nak tahu bagaimana menyediakannya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nur Haziqah ini. Terbaik!

Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM2.50. Langsung tak berkrim, rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yang rasa cuma manis gula, bau cocoa pun tak bau.
Jadi hari ni buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih. Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun, tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak letak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda.
Resepi ni ikut sukatan saya sendiri. Kalau ada yang nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa. Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups.
Bahan-bahan yang diperlukan
150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang )
20gm serbuk agar-agar ( saya guna cap bunga raya )
1 sb tepung jagung
1 sk garam
1 liter susu segar / susu kotak
500 ml air
Perasa – depends nak guna perasa apa pun

1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.
Api slow sekejab sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.

2. Bila agar-agar dah larut tapiskan. Dah tapis masukkan susu dan kacau sebati. Tak perlu masak dah lepas masukkan susu.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan. Saya buat tiga flavor. Susu yang plain , cocoa dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan half packet saja. Kalau masukkan satu packet nanti manis sangat pulak.
4. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.

5. Dah sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam. Cocoa , nescafe , susu.
Saya guna serbuk koko dan serbuk nescafe 3 in 1. Guna half packet saja.

6. Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba. Lepasni tak payah beli dah bila dah pandai buat sendiri kan #nuhazkitchen.
Artikel berkaitan: Dadih Fresh Milk, Rasa Manis & Lembut, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk
Dadih Susu Cair Di Mulut, Guna Dua Bahan Saja, Confirm Sedap, Pilihan Seisi Keluarga

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



