Membawa anak-anak untuk makan di restoran buat ketika ini pastinya agak membimbangkan walaupun sudah dibenarkan untuk dine in di restoran. Teringin nak makan shell out? Apa kata kita buat sendiri di rumah. Anak-anak dan suami lagi puas hati makan.
Resipi simple dan ringkas yang dikongsikan oleh Pn Mas Aura ini mama wajib cuba. Senang sangat. Tak hairanlah dapat perkongsian sampai 6 ribu di facebook. Jom cuba!
Malam tadi suami request nak makan shell out, memandang kan tak boleh makan kat kedai kita buat lah sendiri. Puas hati buat sendiri mudah jee. Saya share resepi dan cara-cara di gambar yee. Selamat mencuba!
RESEPI SHELL OUT SEAFOOD
BAHAN BLEND :
Cili kering -yg telah direbus
Bawang merah
Bawang putih
BAHAN UTAMA :
Seafood (ikut suka)
Brokoli, carrot, jagung
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kari
Kiub pati ayam
Halia (Hiris)
Serai (Titik)
Daun limau
Gula melaka
Mula-mula didihkan air, rebus semua bahan-bahan sayur seperti carrot, jagung dan brokoli. Masukkan sikit garam.
Next, kita rebus pulak bahan-bahan seafood. Ketepukan. Air rebusan jangan buang, simpan untuk stok sos nanti.
Ads
Untuk sosnya, panaskan minyak dan masukkan semangkuk cili kisar bersama bawang tadi. Masukkan juga halia dan serai.
Jangan lupa gula melaka dan 2 kiub pati ayam.
Masukkan serbuk kari dan daun limau purut.
Sos tiram dan sos cili 2 sudu makan.
Ads
Masukkan air rebusan stok tadi, perasakan dengan garam dan biatrkan sampai pecah minyak.
Last sekali masukkan segala seafood yang kita rebus tadi.
Gaul sebati.
Ads
Last kita hiaslah dengan jagung, brokoli dan carrot tadi. Potong leomon sikit. Siap!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya juadah berbuka, bahkan kini ibu tercari-cari resipi biskut yang bakal dicuba untuk hari raya nanti. Semuanya demi memenuhi permintaan anak-anak dan suami.
Salah satu resipi yang boleh dicuba dan cukup ringkas disediakan adalah resipi Samperit Susu ini yang dikongsikan oleh Pn Hainany Idayu. Bukan hanya mudah bahkan penggunaan bahannya juga tidaklah banyak dan ringkas. Jom cuba untuk hari raya nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara, anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan kuali non stick. Cantik je hasilnya kan!
Tak ada acu tak semestinya tak boleh buat cara berlauk kan? Kita buat cara kita. Sis guna kuali non stick je. Mudahhh sangat. sila la cuba ya!
Disebabkan ramai yang pm sis nak resepi ok sis share kat sini ya.
Kalau ada tuan tanah resepi ni minta halal yer. sebab sis dah lama jumpa resepi ni dalam google. dah berjaman dalam galeri harini baru nak buat. Alhamdulillah menjadi. yang pasti jangan terlalu tebal n jangan terlalu nipis taw. good luck tuk semua.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah ikan bakar. Banyak versi resipi ikan bakar. Ada yang sukakan ikan bakar kosong dan dimakan bersama air asam.
Tidak kurang juga peminat ikan bakar yang dimasak dengan pes. Hidangan ini tak perlukan air asam kerana pes yang ada sudah cukup untuk memberi rasa kepada isi ikan.
Suzana Othman ada berkongsi resipi pes ikan bakar yang sedap, bolehlah dicuba nanti;
Resepi Pes Ikan Bakar
Assalamualaikum. Ramai yg tanya resepi pes ikan bakar sebelum ni tp kita kebizian xsempat nk menaip. Pes ni sebenarnya kita buat sekadar cuba2 je, mana yg kurang bolehlah tambah ya.
Sumber foto: Facebook Suzana Othman
Bahan-bahan: 1biji bawang besar 4ulas bawang putih 1genggam cili kering 2batang serai 1inci halia Lengkuas Sedikit udang kering Sedikit belacan Kisar semua bahan di atas 1biji bawang besar-potong dadu Garam Gula Air asam jawa
Cara-cara: 1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Bila pes dah bertukar warna gelap, tambahkan air asam jawa dan masukkan bawang yg dipotong dadu. Tutup api. 2. Untuk buat ikan bakar boleh guna ikan yang disukai. Cuci bersih-bersih kemudian rendam ikan dgn perahan limau dan garam sebentar. 3. Toskan air, alas ikan atas daun pisang kemudian lumur ikan dengan sedikit garam. 4. Sapu pes atas ikan dan bakar hingga masak. Tabur petai jika suka selepas ikan masak. Perahkan dgn sedikit asam limau. Dah siap.
Sedikit perkongsian tip, untuk memastikan isi ikan tidak tertanggal, alaskan dengan daun pisang. Letakkan di atas pemanggang, tidak perlu ditutup. Apabila ikan hampir masak, barulah ditutup supaya isi ikan masak sekata.
Sekiranya menggunakan pemanggan tanpa tutup, jangan dibalikkan ikan terlalu kerap supaya isi ikan tidak tertanggal. Bolehlah cuba resipi ini, mudah dan sedap!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.