Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Rupanya Sikap Terlalu Melindungi Anak Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak. Ikuti Penjelasan...

Rupanya Sikap Terlalu Melindungi Anak Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak. Ikuti Penjelasan Pakar Ini Cara Untuk Mengatasinya

Ads

Tahukah anda, bahawa sikap terlalu melindungi anak boleh menjejaskan keyakinan diri anak. Hakikatnya bahawa setiap ibu bapa, ingin memiliki anak yang pandai berdikari, yakin diri dan bertangungjawab. Namun ada oleh kerana salah asuhan akan menyebabkan anak-anak itu mempunyai pemikiran negatif yang menyebabkan anak itu tidak yakin pada dirinya.

Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan antara faktor penyebab anak tidak yakin diri ialah anak tersebut selalu menerima kritikan daripada ibubapa atau penjaga, masalah yang berkaitan dengan psikologi kanak kanak, kanak kanak yang keterlaluan di lindungi (over protectiveness), terlalu banyak peraturan atau sekatan yang dikenakan ke atas dirinya dan cara cara didikan yang negatif yang di terima daripada ibubapa/penjaga atau guru guru.

Rupanya Sikap Terlalu Melindungi Anak Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak. Ikuti Penjelasan Pakar Ini Cara Untuk Mengatasinya
Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razalimenjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan

 Cara langkah yang boleh diambil oleh ibubapa bagi membantu anak- anak membentuk  sikap yang positif

  1. Wujudkan persekitaran rumah yang positif. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa adalah bersikap mesra dengan anak anak melalui perbualan harian. Jadilah pendengar yang setia pada anak anak dengan menunjukkan kesungguhan kepada apa yang ingin diluahkan kepada kita.
  2. Selain dari itu wujudkan suasana ceria di rumah dengan bercerita pada kanak kanak perkara perkara yang menyeronokkan, sentiasa hiasi perbualan dengan elemen humor atau lawak jenaka dan sekali sekali menonton filem yang lucu dengan anak anak. Dengan adanya gelak ketawa, suasana akan menjadi lebih ceria dan secara tidak langsung membahagiakan kanak kanak. Katakan pada anak anak  bahawa dengan hanya senyum dan ketawa  boleh mengubah tindakbalas kimia dalam otak dan boleh menyebabkan diri merasa tenang dan bahagia. Kanak kanak yang merasa bahagia akan mempunyai esteem diri yang lebih tinggi dan mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  3. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan perasaan rasa dihargai dan dikasihi kepada anak anak dalam pelbagai bentuk seperti perkataan, ciuman, pelukan, dakapan dan juga tepukan lembut pada bahagian badan anak anak. Pada anak anak kecil rasa rasa dihargai dan dikasihi perlu ditunjukkan melalui tingkahlaku yang dinyatakan di atas. Anak anak yang merasa diri dihargai akan lebih mudah menunjukkan sikap yang positif
  4. Beri peluang untuk anak-anak mengambil tanggungjawab .Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab.Ibu bapa dan orang dewasa boleh menunjukkan cara untuk bertanggungjawab, dan bukannya dengan memberi arahan. Contohnya,  ibu bapa membuang sampah ke dalam tong sampah supaya kanak-kanak mencontohi sikap bertanggungjawab ini.
Rupanya Sikap Terlalu Melindungi Anak Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak. Ikuti Penjelasan Pakar Ini Cara Untuk Mengatasinya
Ibubapa boleh membantu anak-anak membentuk sikap dan pemikiran yang positif dengan membantu mereka membina kemahiran yang baru atau membuat aktiviti yang bar

5.Beri autonomi terhadap sesetengah perkara .Kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan. Kanak-kanak juga adakalanya perlu diberi peluang untuk membuat keputusan dalam sesetengah perkara dan bertanggungjawab atas keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, peluang memperbaiki diri atas kesilapan yang dibuat perlu diberi oleh ibu bapa dan orang dewasa supaya kanak-kanak dapat berusaha meningkatkan diri akan membantu mereka membentuk sikap yang positif.

Ads

6.Bantu anak anak mengawal monolog dalamannya (inner speech.) Percakapan dalaman ini adalah kenyataan yang selalu di ulang sebut oleh anak anak pada dirinya sendiri. Misalnya bagi anak yang tidak pandai dalam subjek matematik, biasanya akan kerap berkata “saya tidak pandai matematik” secara berulang kali pada dirinya Bantu anak anak mengganntikan pernyataan negative ini kepada pernyataan yang positif seperti “ Saya akan terus cuba belajar matematik. Saya akan pandai matematik dengan bantuan mak ayah dan kawan kawan”.

7.Ibu bapa juga boleh membantu anak anak membentuk sikap dan pemikiran yang positif dengan membantu mereka membina kemahiran yang baru atau membuat aktiviti yang baru. Kenal pasti kekuatan atau kelebihan yang ada pada anak anak. anak mempunyai minat melukis, bantu anak dengan menghantarnya ke kelas melukis atau sediakan pelbagai peralatan melukis untuknya. Selain dari itu cuba cari aktiviti yang boleh memberi pengalaman baru yang positif pada anak anak missal aktiviti memanah atau berenang bagi anak anak yang belum pernah menjalani aktivti tersebut. Aktiviti berbeza akan memberi pengalaman yang berbeza pada anak-anak.

Ads

8.Libatkan anak-anak dalam kerja kerja amal yang dijalankan samada di peringkat sekolah atau di kawasan kejiranan sendiri. Galakan anak anak terlibat supaya mereka dapat bersosial dan dapat membentuk sikap positif yang lain seperti bekerjasama, saling bantu membantu atara satu sama lain dan juga sikap bertolak ansur dan mengembangkan perasaan empati.

9.Selain dari itu perapatan amat mempengaruhi pembentukan sikap positif anak anak. Melalui perhubungan dengan orang lain, kanak-kanak membuat penilaian terhadap diri sendiri dan membina penghargaan kendiri. Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempamerkan sikap yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka juga gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain. Sikap yang baik ini adalah hasil daripada model kasih-sayang yang diperolehi dan ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga. Perapatan yang mengelak atau bercelaru pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, ganas, pemarah, dan tidak menghormati orang lain. Selalunya, kanak-kanak ini akan bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain

 

Ads

 

.

 

Rupanya Sikap Terlalu Melindungi Anak Boleh Menjejaskan Keyakinan Diri Anak. Ikuti Penjelasan Pakar Ini Cara Untuk Mengatasinya
Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan kanak-kanak perlu dididik untuk mengambil risiko dan belajar daripada kesilapan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI