Anak-anak lebih berisiko tinggi kena masalah kecacingan. Ibu bapa harus tahu tanda-tanda anak ada cacing. Biasa lah budak-budak, kalu tak jilat jari, tak masuk mainan dalam mulut tak sah. Belum lagi part main pasir, pegang benda-benda kotor dan macam-macam lagi tanpa basuh tangan bila nak makan.

Lagi satu apabila anak kerap mengadu sakit perut, tak selesa di bahagian dubur, tidur atau duduk menonggeng  jangan anggap biasa. Ni mungkin salah satu ciri anak alami masalah kecacingan.

Perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai cara semulajadi dia merawat masalah kecacingan anaknya selain makan ubat boleh dicuba oleh ibu bapa lain yang mempunyai gejala sama.

Sakit Perut, Tidur & Duduk Menonggeng Mungkin Anak Ada Masalah Kecacingan. Cuba Buat Cara Ni

Baru-baru ni Fydh kecacingan.. Beberapa hari sebelum tu pun Fydh memang dah tak sihat dan demam on-off. Walaupun dia masih aktif, tapi memang mudah penat. Lepas main, melompat, mesti nak duduk/rehat & cakap “Fydh penat..tak laratnya..” Malamnya memang meragam ajela.. Dia ada cakap sakit perut, tapi saya ingatkan sakit perut biasa. Saya sapukan minyak bawang putih dan urut sampai dia tertidur.

Bangun pagi esoknya, Fydh menangis sambil cakap sakit dan asyik menggaru dubur. Memang tak senang duduk dan menggeletik dah badannya tahan gatal/sakit. Mulanya ingatkan gatal eczema.. Fydh ni ada mild eczema, kalau salah makan mesti naik gatal kat badan atau celah kelangkang sampai kawasan dubur. Bila check, cuma kawasan kat anus (lubang dubur) tu merah dan luka sebab asyik menggaru. Saya titiskan minyak bawang putih untuk kurangkan pedih (bahagian tu sentiasa lembap akibat peluh bagai, jadi bila dah luka jadi pedih dan bertambah gatal). Fydh asyik menangis da  menggaru tanpa henti lagi. Dia hanya kurang sikit meragam bila duduk menonggeng. Baru terfikir yang Fydh ni kecacingan. Saya gunakan cotton bud yang bersih, sapukan vicks sikit untuk kurangkan gatal. Bolehlah bertahan sekejap..

IKLAN

Sakit Perut, Tidur & Duduk Menonggeng Mungkin Anak Ada Masalah Kecacingan. Cuba Buat Cara Ni

Mujurlah hari minggu dan suami ada kat rumah. So, mintak tolong suami belikan ubat cacing kat farmasi. Macam biasa lah saya ni, kalau takde petua mak-mak memang tak sah. Dalam masa suami pergi farmasi tu, saya rebuskan daun sirih & daun bidara untuk buat air rendaman/mandian Fydh. Stok daun sirih & bidara sentiasa ada kat rumah, sebab saya memang simpan sebagai first aid herbs untuk kegunaan waktu-waktu terdesak macam ni.

Sakit Perut, Tidur & Duduk Menonggeng Mungkin Anak Ada Masalah Kecacingan. Cuba Buat Cara Ni

Sebelum ni saya pernah terbaca artikel tentang buah delima elok untuk atasi masalah kecacingan. Kebetulan memang beli buah delima sebelum ni, saya berikan Fydh makan sementara tunggu ubat.

IKLAN

Bila suami balik, saya terus berikan Fydh ubat cacing. Since air rebusan daun pun masih direnih atas dapur, saya pujuk Fydh habiskan sarapan. Dia hanya makan beberapa suap sebab asyik merengek, menggaru dan nak duduk menonggeng jer..

Sakit Perut, Tidur & Duduk Menonggeng Mungkin Anak Ada Masalah Kecacingan. Cuba Buat Cara Ni

Air rebusan daun tadi saya rebus sampai tinggal separuh jer dari sukatan asal. Ambil airnya sahaja, kemudian asingkan sikit untuk buat air bilasan terakhir. Selebihnya masukkan ke dalam besen besar – saiz yang anak muat duduk dalamnya (saya gunakan storage box segiempat yang jual kat pasaraya tu je). Tambah air sampai paras melepasi kemaluan (depan & belakang) bila anak duduk. Boleh juga gunakan tub mandian bayi kalau ada. Tak galakkan guna tub mandian biasa tu sebab kena tambah air banyak sangat.

IKLAN

Sakit Perut, Tidur & Duduk Menonggeng Mungkin Anak Ada Masalah Kecacingan. Cuba Buat Cara Ni

Lepas mandikan anak macam biasa, biarkan anak duduk berendam dalam besen. Jangan lupa cuci dan sabun kaki anak sebelum masuk besen tu ye.. (supaya air rendaman tak kotor & tercemar). Biarkan anak berendam sekurang²nya 5-10 minit. Lagi lama lagi bagus sebenarnya.. Bagilah mainan supaya anak leka kejap. Bila dah selesai, jirus dengan air rebusan daun tadi sebagai bilasan terakhir. Boleh juga nak terus jirus tanpa berendam. Tapi cara berendam ni lebih cepat berkesan berbanding jirus jer. Daun sirih/daun bidara ni bukan je boleh kurangkan masalah kecacingan, tapi sangat elok untuk gatal-gatal. Nak-nak kawasan anus tu dah luka..

Sakit Perut, Tidur & Duduk Menonggeng Mungkin Anak Ada Masalah Kecacingan. Cuba Buat Cara Ni

Lepas mandi, saya titiskan minyak bawang putih sekali lagi. Lepas mandi tu Fydh dah tak meragam & boleh bermain balik macam biasa balik. Cuma sesekali jer dia mengadu sakit & gatal. Petang saya mandikan Fydh sekali lagi dengan air rebusan daun tadi. Alhamdulillah, sampai malam tu dia pun dah tak mengadu gatal mahupun tergaru-garu lagi walaupun malam tu masih ada tompok-tompok warna putih sekitar dubur Fydh. Saya buat air rendaman 2 hari berturut-turut & berikan air kelapa juga.

Sumber: Yatie Eimra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI