Siapa kata anak kecil tak boleh makan sambal? Anak- anak kecil pun boleh makan sambal juga tau. Tapi bahannya haruslah sesuai dengan usia anak- anak. Tak boleh pedas seperti sajian biasa. Bimbang anak- anak akan sakit perut pula nanti. Cara nak buat pun senang je tau hidangan ini.
Para ibu boleh campuarkan banyak sayur untuk menambah khasiat dalam pes sambal untuk anak- anak supaya anak- anak lagi sihat tubuh badannya. Pes sambal boleh digunakan untuk makan bersama ikan, ayam, udang, sotong dan lain- lain. Satu pes sambal boleh dipelbagaikan. Mudah untuk para ibu yang bekerja. Tinggal panaskan je.
Jom lihat resepi pes sambal yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Efa di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI PES SAMBAL
Sumber foto: Facebook Nur Efa
Menu anak 1 tahun 2 bulan | Corrected age (CA) 10 bulan. Sambal ikan versi baby… no salt and no sugar pun sedap. Bahan- bahan: – Capsicum merah 1 biji (buang biji- biji dalam tu) – Bawang besar 1 biji – Bawang putih 3- 4 ulas – Carrot (separuh sahaja) *optional*
Cara- cara: 1. Kisarkan kesemua bahan dan boleh bungkuskan kecil- kecil dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Bahan- bahan lain: – Ikan (ikut suka hati nak guna ikan apa) dan lumur dengan serbuk kunyit sikit. – Serbuk ikan bilis saya beli jenama Izzly – Sedikit minyak masak
Cara- cara: 1. Goreng ikan terlebih dahulu. 2. Kemudian, asingkan isi dari tulang. (boleh guna ikan tenggiri jika risau anak tertelan tulang) 3. Tumis bahan kisar tadi sampai naik minyak. 4. Kemudian, masukkan serbuk ikan bilis, nak sedap lagi… boleh letak unsalted butter untuk buatkan sambal tu rasa lebih lemak.
Mudah je resepi pes sambal versi baby ni. Jimat masa nak buat. Bahan pun tak terlalu banyak nak digunakan. Boleh beli di kedai berdekatan rumah je. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nak masak balado ayam ni sangat mudah, resipinya tak memerlukan banyak bahan. Ia sesuai dijadikan sajian untuk seisi keluarga. Yang sukakan kepedasan boleh pilih cili pedas dan tambah cili dalam kuantiti yang banyak.
Resipi Balado Ayam
Cukup dengan 1 lauk ni je boleh buat selera makan menjadi-jadi. Resipi sangat-sangat mudah tak perlu banyak bahan.
Ayam, perap dengan kunyit+garam. Kemudian goreng hingga garing.
*Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit, tumis bahan-bahan kisar ni hingga terbit minyak. Kalau kurang minyak, tambah lagi, pastikan terbit minyak ok, masukkan garam, sedikit gula dan 1/2 inci asam keping, asam keping jangan banyak nanti masam pula, kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris..kacau hingga bawang layu, siapppp.
*Kisar kasar bahan-bahan ni (saya kisar basah je, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur)
-Bawang merah bombay 1 biji
-Bawang putih 2 ulas
-Cili merah 15 batang
-Cili padi hijau 10 batang
*Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya, jangan risau tak pedas sangat pun, pedas lagi samyang tu!
Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikan kukus atau rebus goreng memang tak pernah mengecewakan. Apa lagi digoreng ketika bersahur. Sedapnya lain macam.
Macam mana nak buat? Resipinya paling mudah, hanya kukus atau rebuskan sahaja ikan dengan dua bahan dan kemudian digoreng. Memang sedap. Jom ikuti resipi perkongsian Siti Aishah Hanapi.
Zaman kecik-kecik dulu selalu la makan ikan rebus. Lepas tu goreng. Hari ni buat sendiri la stail orang dulu-dulu. Dekat pasar-pasar awam pun tak pernah nampak dah orang jual. Sape pernah buat?
Bahan-bahan:
Ikan kembung
Cuka/limau nipis
3/4 keping asam keping
Garam secukup rasa
Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis Bilas bersih-bersih.
2. Sesudah bersih taburkan garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (main agak-agak je) tengok kuantiti ikan. Garam jangan banyak sangat nanti masin pulak.
3. Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3/4 keping dalam kukusan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak pesan mommy jangan stress kalau berat anak tak naik macam kita harapkan. Cuba enjoy dan pelbagaikan menu anak-anak. Kalau mommy stress siapa nak masak untuk anak? Takkan jiran sebelah rumah pulak.
Kakak pernah hadap situation yang sama jadi memahami feeling kecewa tu. Nah tujuan kakak selit resipi nie semua utk bagi semangat balik dan for sure bagi ilham untuk mak-mak prepare menu untuk anak masing-masing. Jadi mommy jangan stress kita enjoy okay. Resipi ada di setiap gambar. Selamat menjadi supermommy semua.
NO SUGAR NO SALT BELOW 2 YEAR.
TOMYAM AYAM
CARA-CARA
– tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan tomato paste dan tumis sehingga garing.
– masukkan air, ayam, serai dan carrot. Masak sebentar.
– masukkan brocoli, celery dan tomato.
– akhir sekali masukkan daun ketumbar.
(boleh masukkan daun limau purut utk menambahkan lagi aroma wangi)
(boleh masukkan air limau sedikit jika umur anak 1 tahun ke atas)
TELUR DADAR
Telur dadar nie kawan dengan tomyam ayam. Baru la ngam!
KARI SALMON
CARA-CARA – tumis bawang dan daun kari dengan olive oil sehingga naik bau. – masukkan rempah kari (bancuh sedikit dengan air) sehingga garing. – masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
– masukkan ikan dan keledek. Siap!
SUP BAYAM
CARA-CARA -tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau. – masukkan air dan cbs.
– masukkan carrot dan masak sehingga agak lembut.
– masukkan enoki dan suhun.masak sebentar.
– akhir sekali masukkan bayam. Siap!
KURMA TELUR
CARA-CARA
– tumis bawang dan 4 sekawan dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan rempah kurma (bancuh sedikit dgn air) sehingga garing.
– masukkan santan dan kentang.Masak hingga mendidih.
– masukkan telur dan reneh sehingga masak. Siap!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.