Lain dari yang lain. Gabungan aiskrim soda dan air laici yang diilhamkan dengan cebisan potongan buah laici ini memang superb. Anak mesti suka, lagi-lagi bila nampak cantik berwarna-warna.

Nak buatnya pun taklah sukar. Hanya warnakan sahaja cebisan laici dan bekukan. Jom cuba perkongsian resipi Novellis Affieyza Isahak.


Aiskrim Soda Sakura. Tertengok satu perkongsian video di TikTok oleh @Khuzy. Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.

Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

Buah laici pula, pertama kali beli keluaran Yusuf Taiyoob punya. Buat pesanan dari shopee sebab susah nak dapat. 100% sedap dan puas hati walaupun harganya lebih mahal daripada laici tin yang biasa. Berbaloi.

Cik Fieyza kongsi resipi di sini jika ada yang belum pernah cuba. Anggaran untuk 1 tin laici. Gandakan jika nak buat lebih.

IKLAN

Bahan-bahan:
Laici dalam tin – 1 tin
Air aiskrim soda – 1 botol
Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.
Tepung jagung – 1 sudu (larutkan dengan air)
Plastik aiskrim
Pewarna pilihan

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

IKLAN

Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.

IKLAN

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

Siap!

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Soda & Air Laici, Cantik Macam Ikan Kecil!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI