Kehamilan

Sejak Hamil Anak Kedua Lagi Nourul Amalkan Senaman Ringan. Berkesan Dan Senang Bersalin!

Share

Penyanyi Nourul Depp berkongsi cara yang diamalkan untuk kekal cergas dan memudahkan proses bersalin dengan melakukan senaman.

Nourul yang dijangka bersalin Mei ini berkata, wanita mengandung yang ingin melakukan aktiviti senaman perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian di instagramnya dia berkata baru mula ke gimnasium. Masa hamil, saya kena aktif supaya senang nak bersalin. Kalau boleh buat senaman yang dibenarkan seperti regangan badan, yoga atau banyakkan berjalan.

“Pengalaman mengandungkan anak kedua, Zachary Depp, saya sangat aktif. Memang senang nak bersalin.

“Cuma nasihat saya, kena dapatkan nasihat doktor sebelum mulakan apa-apa aktiviti sukan. Pastikan tiada ada tekanan darah tinggi atau rendah. Paling penting tiada ‘pregnancy diabetes’,” katanya.

Menurut Nourul, meski sedang hamil tidak ada alasan untuk kekal aktif.

Selain itu, Nourul turut mengamalkan pemakanan seimbang untuk penjagaan kesihatan berpanjangan.

Menurutnya sepanjang mengandung, nutrisi amat penting bagi bayi dan ibu. Saya tak pernah tinggal pemakanan nutrisi semenjak 9 tahun yang lalu. Tak kira dalam apa situasi pun.

Ingat, wanita paling banyak perlukan nutrisi seimbang kerana bayi yang dikandung akan menyerap lebih banyak nutrisi dari ibu.

Sebab tu kena jaga sebelum, semasa dan selepas mengandung. Kalau tak, tu yang jadi sakit sana sakit sini bila kita dah berumur. Lebih teruk gigi boleh sakit kerana tak cukup kalsium untuk diri kita kerana diserap oleh bayi.

Nourul berkahwin dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 53, dikurniakan dua anak lelaki iaitu Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4. dan bersama bekas suaminya, Ajai, seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.

Sumber: ig nouruldepp

IKLAN