Sejuk, Lembut & Manis, Frozen Yogurt Bark, Atasi Masalah Anak Gatal Gusi!

Share

Frozen Yogurt Bark sememangnya menu yang cukup ringkas tetapi cukup berkhasiat untuk disajikan kepada anak kecil kita. Resipi yogurt yang dikeraskan dan kemudiannya di bekukan paling sesuai untuk bayi yang baru hendak tumbuh gigi. Yogurt yang lembut tetapi sejuk dikatakan baik untuk mengatasi masalah gatal gusi.

Bukan itu sahaja malah yogurt juga tinggi khasiatnya kepada anak kita. Yogurt kaya dengan protein yang tinggi, kalsium serta bakteria baik yang sihat untuk tubuh. Bayi pada usia lapan bulan ke atas disarankan dalam diet dan menu harian. Menu ringkas daripada Puan Shezz Yusof ini mama perlu cuba. Mudah saja!

 

Resipi ni sesuai untuk anak 8 bulan dan ke atas especially tengah gatal gusi tu. Hanya guna 2 bahan saja, plain yogurt (Farm Fresh) & red heart kiwi. Buah kiwi ni special sikit sebab tengah tu ada merah.

Sapukan yogurt kat pinggan, potongkan buah dan tabur atas yogurt. Sejuk bekukan, bila dah keras, patah patahkan saja. Ta-daaa~ Siap untuk dimakan!

Bahan-bahan:
Yogurt (jangan pilih yang low fat)
Buah kiwi


Sapukan nipis yogurt di pinggan.

Potong kecil supaya senang anak makan.

Taburkan kiwi atas yogurt. Bekukan di dalam peti ais semalaman.

Bila dah keras, patah patahkan untuk bagi anak mudah pegang.

IKLAN