Setiap kali anak kesayangan Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel muncul di Instagram, pastinya menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, wajah comel Shariq dengan mata kelabunya ditambah keletahnya yang kini berusia dua tahun membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, video sambutan hari lahir Shariq yang kini berusia dua tahun pada 8 November lalu menarik perhatian wargamaya.
Mana tidaknya, tidak perlu berlebih-lebihan menyambutnya, Shariq diraikan dengan meriah hanya di rumah sahaja sambil dikelililingi saudara terkekat.
Lebih sempoi lagi, anak kesayangan Emma dan suaminya ini tampil dengan hanya berbaju kemeja T tanpa seluar sebaliknya hanya memakai lampin pakai buang sahaja yang kebetulan ketika itu baru bangun dari tidur.
“Small and a simple celebration❤️,” tulisnya di kapsyen.
Tidak hanya Shariq, malah Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar juga cukup sederhana dengan hanya mengenakan kemeja T buat hari bermakna anak mereka.
Menerusi video yang di kongsikan Emma di Instagram anak kecil itu, Emma dan suami serta anak-anak buahnya bertungkus lumus meniup belon dan menghias rumah mereka dengan hiasan minima bertemakan warna biru. Tidak ketinggalan kek comel khas untuk Shariq.
Ads
Meskipun simple namun kelihatannya cukup meriah dengan belon-belon yang dihias memenuhi segenap ruang.
Bukan itu sahaja, menerusi entri berlainan Emma dilihat turut membawa anak kesayangan mereka ke Zoo Negara bagi meraikan hari lahirnya bersama sepupu-sepupunya. Memang meriah.
Dalam pada itu, majlis ringkas tapi meriah itu sudah pastinya menarik perhatian pengikut Emma sendiri, lebih-lebih lagi yang mengikuti perkembangan si comel Shariq Arshan Gabriel.
Terdahulu, Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar menimang cahaya mata sulung mereka pada 8 November 2020. Dan kini Shariq Arshan Gabriel sudah pun berusia dua tahun.
Fasa anak pada usia ini disebut INDIVIDUATING. Mereka baru sedar mereka itu adalah seorang individu seperti kita dan mereka ada kemahuan dan boleh membuat pilihan.
Oleh kerana mereka belum tahu berkomunikasi dengan baik akan kehendak mereka, mereka akan menggunakan rontaan atau amukkan untuk mendapat apa yang mereka mahu.
Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.
Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.
Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam ‘dunia’ nya. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun – 3.5 tahun.
Fahamilah Jika Anak Berakhlak Buruk
Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk…ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah fasa anak itu memahami dirinya. Dan dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.
Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Janganlah pula kita yang menjerit lagi kuat.
Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit gembira. Dengan mengeluarkan suara yang kuat dan bermain di luar, anak-anak kecil ini dapat menghilangkan stres dalam dirinya yang sangat mudah berkumpul disebabkan kekecewaan tidak dapat melakukan apa yang dia hajati atau tidak dapat difahami.
Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.
Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu. Kesabaran anda diperlukan dan sangat berbaloi. Anda akan bersyukur sangat anda memilih untuk sabar pada ketika ini apabila anda lihat betapa berakhlak mulianya dia bila dia sudah besar dan lebih berakal.
Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.
Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, ‘sayang mama nak mandikan sayang, ya’ dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan ‘no’ maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.
Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.
Mungkin ada yang merasakan penatnya nak melayan kerenah anak-anak ni. But biar kita penat setahun dua jangan kerana tidak mahu penat sekarang, kita akan gusar, penat dan risau berpanjangan kerana anak menjadi bermasalah kerana terlalu sering menerima amarah semasa fasa mencabar ini.
Jika sharing Ibu ini membantu. Harap sudi share kan dengan kawan-kawan ya.
Bila berkawan, ada waktunya si comel kita terlepas mengasari kawan-kawan lain. Mula-mula cuit, lama-kelamaan terpukul pula rakan di sebelah. Hal semacam ini sudah terbiasa namun jangan dibiarkan, lebih-lebih pada kanak-kanak berusia dua tahun. Kita perlu kawal segera.
Bila anak mula memukul rakan jangan pula dibiarkan, cepat-cepat tunjukkan cara dan beritahu bahawa perbuatannya salah. Mak ayah boleh tunjukkan cara ini pada anak kecil kita. Ikuti perkongsian Pn Wan Nur Syakira, penulis keibubapaan untuk membetulkan permasalahan anak pukul kawan.
Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya ? Nakal betul. Selalu pukul orang, kawan-kawan. Beginilah. Sebenarnya, nak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul, tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih belum berkembang. Masih lemah.
Mereka masih tak tahu bagaimana nak kawal tangan mereka sendiri. Tak tahu nak bezakan gerakan yang perlahan dan laju. Gerakan yang menyakitkan dan tak menyakitkan. Mereka masih tak tahu bagaimana nak bersosial dengan baik.
Yelah, baru 2 tahun melihat dunia. Anggota sendiri pun mereka tak ingat lagi nama anggota. Kita nak expect mereka tahu bagaimana nak bergaul ? Expect mereka tahu macam mana nak berkongsi, nak sentuh orang ? Jadi, bagaimana nak didik mereka ini jangan pukul ?
Boleh cuba begini ya. 1️. Bila anak memukul , pegang tangannya. Jangan ditengking dan dipukul anak itu kembali.
2️. Tunjukkan cara yang betul menggunakan tangan. Berikan bantuan fizikal. ” Abang, kalau nak sentuh adik, bukan macam tu, sentuh lembut macam ni , usap adik ” sambil gerakkan tangan anak lembut .
Anak pukul orang, tunjuk macam mana. Anak baling barang ? Ambil tangan anak, ajar dia ambil balik barang tu, ajar dia bagaimana bagi barang dengan betul.
Anak rampas barang kalau dia nak ? Ambil kembali barang yang dia rampas, prgang tangan dia, cakap kalau nak barang, minta elok-elok, tadah sebelah tangan dan cakap nak.
Anak suka jerit ? Beritahu anak, bukan jerit , cakap perlahan. Tunjuk ,demonstrasi macam mana cakap lembut tu. Jangan anggap anak tahu. Kita kena anggap anak tak tahu.Jadi kita akan selalu ajar dan ajar.
3️. Selalu bercerita pada anak bagaimana nak berkawan dan sentuh orang. Tak boleh pukul orang, tak boleh tarik kuat-kuat. Bahagian kepala orang tak boleh dibuat main. Paling best nak install mindset ini, guna buku cerita. Ceritakan hari-hari. Doktrin sampai anak ingat dan aware.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/amar-amran-kurta-al-fattah-navy-blue-20056333″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Amar Amran Kurta Al Fattah[/su_button]
4️. Ulang selalu , jangan putus asa. Walaupun anak dah tak memukul pada usia 3 tahun, mungkin dia akan ulang kembali pada usia 4 tahun. Masa tu, jangan cop anak nakal.
Ingatkan lagi, cuba cari punca kenapa. Mungkin anak gagal kawal marah. Ajar anak kawal marah bukan gunakan tangan dan kaki. Mungkin boleh guna squish ball, bantal atau ajar anak deep breathing dan luahkan pada ibu bapa.
5️. Banyakkan game yang mantapkan hand and eye coordination anak.
6️. bu bapa pun jangan angkat tangan ,pukul anak bila buat salah. Anak umur 3,4 tahun , nak disiplinkan guna hanger. Big No!
Rasulullah pun beri panduan, pukul dibolehkan bila umur 10 tahun . Itupun bersebab dan beradab serta jalan terakhir dalam pendidikan anak-anak. Kalau kita selalu cubit, sekeh kepala, pukul kaki tangan anak,
Maaf cakap , mungkin anak itu meniru sebiji apa yang kita buat. Kitalah punca anak memukul. Jadi nak tak anak ,ibu ayah kena ubah dulu.
Jadi, bila anak pukul kawan-kawan dia tengah main ,jangan rasa macam kenapa anak aku ni, nakal ke ? Tenang je. Sebenarnya, anak kita tengah belajar.
Ambil anak dan asingkan dia. Kita yang kena ajar. Yang mana satu betul dan salah. Ulang selalu. Sampai anak tak pukul dah. Begitulah jadi ibu ayah,
Tugasnya bimbing anak sampai kita tua. Tugas bimbing anak akan tamat bila tamatlah nyawa kita.
Wan Nur Syakira Tengah lalui fasa anak suka pukul juga.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Gitaris profesional, Wan Radzie Wan Othman yang lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah “terdapat dua mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 30-an terkena renjatan elektrik, selain seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah”
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa. Puncanya adalah daripada pemanas air elektrik di dalam bilik air.
Di sebalik pelbagai kelebihan pemanas air elektrik ternyata alat ini boleh mengancam nyawa pengguna dan anak kecil. Kenapa? Ikuti artikel penuh ini.
Pemanas air elektrik (water heater elektrik) antara alat yang paling efektif dan menjadi pilihan ramai kerana anda tidak perlu bersusah payah merebus air untuk mandi air panas sekaligus dapat menjimatkan masa. Tambah pula water heater elektrik juga memiliki komponen yang kuat dan tahan lama, walaupun harganya agak mahal namun ianya amat berbaloi untuk dimiliki.
Sebelum anda menggunakanya, selidik dahulu adakah ia benar-benar selamat kerana alat ini juga mampu meragut nyawa pengguna jika tidak dipasang dan digunakan dengan selamat.
BAHAYA WATER HEATER ELEKTRIK
Berikut merupakan antara risiko yang terdapat pada water heater elektrik yang mungkin kita tidak tahu;
Renjatan elektrik
Sebelum anda menggunakan water heater elektrik, pastikan semua kabel unit pemanas elektrik sudah tersambung dengan baik dan betul. Terutama pada bahagian heater dan paipnya kerana alat ini diperbuat daripada tembaga dan anda mungkin terkena renjatan elektrik jika terdapat kebocoran pada mesin. Untuk mengelakkan ancaman ini, anda boleh memasang anti-kontak pada pemanas air anda. Hidupkan enjin selama kira-kira 15 minit sebelum anda menggunakannya dan jangan lupa mematikannya apabila selesai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Cara pemasangan
Cara memasang pemanas air mesin sememangnya lebih mudah daripada pemanas air gas yang memerlukan anda memotong dinding hanya untuk menggantung mesin. Di sinilah kebanyakan orang melakukan banyak kesalahan. Secara umum, pemanas air elektrik tidak memerlukan bit gerudi 6 mm untuk melubangi dinding dan memasang penyokong mesin. Tetapi untuk kebaikan bersama, ternyata langkah ini diperlukan agar mesin pemanas tidak mudah rosak dan menyusahkan pengguna, terutama mereka yang menggunakan pancuran mandian. Pasang mesin pemanas menggunakan penyangga pemanas air gas yang lebih berkualiti.
TANDA-TANDA WATER HEATER ELEKTRIK ROSAK
Faktor lain yang menyebabkan kegagalan pemanas air adalah tanda kerosakan yang diabaikan oleh pemilik rumah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah ciri-ciri pemanas air yang rosak:
1. Air yang keluar keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran mandi anda kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air, jika berbau amis, maka kesalahannya ada pada paip utama mesin pemanas. Segera hubungi pembaik pulih terdekat yang memahami cara membaiki paip pemanasan, kerana cara memperbaikinya lebih rumit.
2. Mesin pemanasan mengeluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama kerana enapan telah terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Anda perlu menukar kepada mesin pemanas yang baru.
3. Terdapat rembesan air di permukaan water heater elektrik
Kebocoran pada tangki pemanas air! Apabila mesin telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari, logam di dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, anda boleh menggantinya dengan mesin baru tanpa perlu mengganti paip.
LANGKAH KESELAMATAN
Water heater elektrik perlu diberi perhatian dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan sebarang kerosakkan dari berlaku. Kerosakan dan kegagalan fungsi pada alat pemanas air elektrik boleh mengakibatkan renjatan dan kematian.
Pastikan ada sticker SIRIM yang ini untuk water heater.
Sebagai pengguna, anda memang dinasihati untuk membeli barangan yang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus. Pihak SIRIM juga ada menekankan kepentingan label mereka pada barangan elektrik.
Jadi, adalah amat penting untuk memilih sebuah alat pemanas air elektrik yang memiliki label SIRIM. Langkah ini adalah bagi mengelak sebarang kemungkinan yang mampu mengancam nyawa anda dan yang tersayang.
Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, kini anda perlu memilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri. Adalah penting untuk sebarang kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
Pihak kontraktor elektrik yang berdaftar akan melakukan kerja-kerja pemasangan alat pemanas air elektrik anda dengan sempurna serta mengikuti langkah-langkah aspek keselamatan yang betul. Maka keselamatan anda sebagai pengguna terjamin.
Gantikan alat pemanas air elektrik yang lapuk
Jika anda memiliki alat pemanas air elektrik jenis model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, anda perlu menggantikan alat tersebut dengan segera. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri2 keselamatan terkini.
Model keluaran baru bagi alat pemanas air elektrik memiliki ciri keselamatan terkini seperti residual current device (RCD) yang memainkan peranan penting dalam mengesan kebocoran arus dan menghentikan pengaliran arus elektrik jika berlaku kebocoron dengan serta-merta.
Selenggara alat pemanas air elektrik secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Adalah penting untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air. Jika terdapat kerosakkan, pastikan ia diganti dengan alat ganti yang tulen dan memiliki label SIRIM.
Elakkan daripada mencuba untuk membaiki alat pemanas air dengan sendiri dirumah. Khidmat selenggara dari pakar adalah dijamin lebih selamat.
Walaupun negara kita beriklim khatulistiwa, pemanas air elektrik sudah menjadi alatan wajib dimiliki di setiap rumah. Mandi air yang suam atau panas banyak memberi kebaikan kepada tubuh badan kita. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa mandian air panas dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan ketegangan otot, merawat kulit yang bermasalah dan mengurangkan tekanan.
Adalah amat penting untuk memastikan produk yang menjadi pilihan anda menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan, sebelum membuat sebarang pembelian.
Jahitan Selepas Bersalin memerlukan penjagaan yang betul untuk mempercepatkan pemulihan. Ketahui punca koyakan perineum, episiotomi, tempoh penyembuhan, tanda jangkitan dan tip penjagaan selepas melahirkan anak.