Stokin untuk elak semua naik ke meja makan? Kedengarannya agak pelik namun inilah tip yang berjaya dilakukan untuk menghalau dan mengelakkan untuk semut naik ke meja makan di rumah kita.
Mudah! Hanya gunakan stokin lama sahaja dan ikut panduan yang dikongsikan oleh Petua Orang Lama ini. Jom cuba!
Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, ada ketikanya kita terlepas pandang dan tak perasan ia menguris hati anak-anak. Biasanya bila ada anak lebih seorang, ibu bapa akan memberi tumpuan pada anak yang kecil dengan anggapan anak besar dah boleh berdikari.
Mungkin tanggapan ini betul di mata kita tetapi dalam hati anak, kita tak tahu dia sebenarnya rindu nak peluk, dilayan dan bergurau dengan ibu bapa sama seperti adik-adik yang lain.
Kita anggap ini biasa tapi untuk anak yang dalam fasa ini dia merasa ibu bapa tak sayangkannya kerana kurang diberi perhatian. Harus diingatkan keadilan dalam memberi kasih sayang penting bagi elakkan anak-anak terus simpan tanggapan negatif dalam dirinya.
Begitulah yang dialami oleh seorang ibu apabila menerima satu nota dari anak sulungnya yang mendakwa dirinya seakan ‘dipinggirkan’ oleh kedua ibu bapanya.
Luahan jujur anak sulung
Nak share luahan anak sulung petang ni. Tengah-tengah rehat tiba-tiba anak sulung bagi satu cebisan kertas yang sangat tersentuh hati saya. Mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni.
Kadang-kadang kita rasa dah bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang. Mama mintak maaf sayang. Mintak maaf ye, hanya orang terengganu je faham kata-kata yang anak saya tulis ni. Kami org terengganu.
Berdasarkan perkongsian Nur Amira Jusoh di Facebook, dia memuatnaik satu nota yang ditulis oleh anak sulungnya. Dalam nota tersebut terkandung luahan hati seorang anak kecil yang mendakwa dirinya seakan dipinggirkan oleh kedua ibu bapanya.
Malah, anak kecil ini beranggapan ibu bapanya telah memberi kasih sayang yang lebih kepada dua orang adiknya berbanding dirinya.
Dalam kesempatan itu, Nur Amira sempat menasihati para ibu bapa diluar sana supaya lebih peka dan tidak terlepas pandang mengenai perkara ini.
Hal ini kerana, kadangkala ibu bapa beranggapan bahawa mereka sudah memberikan kasih sayang yang seadilnya tetapi kemungkinan bagi anak-anak ianya masih kurang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang untuk ibu bapa yang sibuk, mungkin tertanya-tanya berapa minit sehari, masa yang berkualiti perlu diluangkan bersama anak-anak ?
Quality time yang mana dapat memenuhi keperluan anak-anak. Q15 atau quality fifteen. Ya, cuba luangkan dan lakukan aktiviti selama 15 minit sehari untuk seorang anak. Jika ada dua orang anak, maka 15 minit seorang, jadi 30 minit sehari anda perlu berikan pada anak-anak.
Kalau 4 anak, jadi sejam sehari. Kalau tak mampu nak luangkan masa hari Isnin contohnya, mungkin kita balik kerja, emosi tak stabil, pening nak masak apa, pening kena marah dengan bos.
Jadi pindahkan 15 minit ke hari esok yakni hari Selasa. Sebabnya quality time bersama anak, kita perlu berikan masa, perhatian sepenuhnya, emosi positif dan aura gembira.
Itu tujuan quality time. Jadi 30 minit untuk seorang anak. Jika dua orang, sejam lah jadinya.
Seminggu, 15 minit x 7 = 1 jam 45 minit. 1 jam 45 minit untuk seorang anak dalam satu minggu. Kalau tak mampu juga, qadhalah masa tersebut pada hujung minggu.
Mungkin hari Sabtu bawa anak pertama shopping selama 1 jam 45 minit atau lebih. Ikutlah asalkan cukup kouta untuk satu minggu.
Mungkin hari Ahad bawa anak kedua ke tempat lain pula. Jadi, jika mahu mempunyai anak yang ramai, ibu bapa harus bersedia memberikan masa ,emosi dan perhatian untuk ramai anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri ni sanggup berkorban demi orang yang dia sayang. Tak kisahlah dalam karier, masa untuk dirinya sendiri atau apa saja demi memastikan kebahagiaan keluarga nombor satu.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, isteri rela berkorban dirinya untuk membantu meringankan beban suami walaupun dalam masa sama rasa tak mampu.
Berikut antara perkongsiannya
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat. Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni.
Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam LRT, meredah hujan dan panas lagi.
Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipsnya:
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni, kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa. Kita di uji dan di sakiti hari-hari.
Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya? Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumah tangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia. Panggillah Allah membela rumahtangga kita.
Panggillah Rasulullah memberkati rumah tangga kita. Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita. Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...