Baru-baru ini tular di TikTok berkenaan isu anak picky eater disebabkan ibu bapa yang menyekat penggunaan gula dan garam dalam pemakanan anak dibawah usia 2 bulan. 

Berkongsi tentang pemakanan anak, ibu ini menyatakan tiada penambah rasa dalam makanan bukan punca anak memilih makanan (picky eater).

NO SUGAR NO SALT BUKAN PENYEBAB ANAK JADI PICKY EATER

Khalish Affan ni saya dah buat no sugar no salt dari 6bulan sehingga 24bulan. Sekarang umur 2tahun7bulan, dah merasa masam manis masin. Affan sangat berselera makan.

“Tetap Berselera Makan Semua Benda” Ibu Ini Kongsi ‘No Salt No Sugar Rules’ Hingga Usia 24 Bulan

Tujuan no salt no sugars ialah utk menjaga kesihatan dalaman bayi. Bukan sebab kita nak anak makan banyak. Ada anak yg banyak makan tapi lasak, berat tang tu juga kan? So begitulah. Siapa pandai buat sup ayam tanpa garam gula, lebihkan bawang sebenarnya sangattt sedap.

Ada masa kami bagi biskut, aiskrim, gula. Tapi kalau gula-gula Affan sangat tak gemar sebab terlalu manis. Kami pilih beri snack BUAH untuk kudapan Affan. Alhamdulillah sangat suka buah.

Mak ayah sendiri perlu set rule di rumah.

Baca:

“Saya Tak Boleh Tunggu Lama, Faktor Usia” Natasha Hudson & Suami Sedia Timang Cahaya Mata

“Sediakan Minima 3-4 Botol Susu Untuk Seorang Anak” Doktor Kongsi Punca Anak Sakit Datang Dari Botol Susu Yang Tak Bersih

Anak Masuk Hospital Ketika Bercuti Di Hatyai, Bapa Ini Kongsi Pengalaman “Bayar RM32 Sahaja”

Buat rutin & boundaries.

IKLAN

Bila rutin telah dilakukan perlu lah patuh.
Rutin harian ni ibarat perkara yang kita didik anak dari kecik. Masa yang perlu anak patuh. Anak belajar bila perlu mandi, bangun dan makan.

“Tetap Berselera Makan Semua Benda” Ibu Ini Kongsi ‘No Salt No Sugar Rules’ Hingga Usia 24 Bulan

Jika tidak, tak teratur lah masa kita.
Anak pun rasa keliru dengan masa.
Anak nak makan bila dia suka. Walhal perut ini, perlu di isi bila waktunya atau lapar.

Kita dewasa ni, bila skip waktu makan pagi bila masuk jam 11 perut dah berbunyi, waktu lunch kebulur dia sampai makan macam-macam.

Memang ada masa anak tak nak makan, sebab gigi nak tumbuh, mental leap, perkembangan fizikal dan lain-lain. Tapi perlu tackle dengan beri finger food.
Buat nugget ayam isi nasi, buat kentang goreng berinti ke, beri pisang ke.

Ramai anak jadi picky eater adalah disebabkan sensory isu. Anak tak suka makanan yang kasar, keras. Tapi isu paling besar adalah, bila parents hanya beri anak susu sehingga 5 kali sehari.
Walaupun anak dah berumur 3 tahun.

Lebih kurang 10 orang ibu mengadu di DM instagram saya. Anak picky eater taknak makan. Selepas saya tanya soalan demi soalan, ini antara punca anak jadi picky eater.

1. Kerap beri susu walaupun anak sudah setahun lebih. Selepas 2 tahun, susu hanya diberi 2 gelas sehari sahaja.

IKLAN

2. Anak tidak ada jadual/rutin yang tetap setiap hari. Sekejap tidur jam 9,10. Sekejap bangun jam 8, 9 ada yang anak bangun jam 11. Waktu makan juga tidak tetap menyebakan anak juga boleh makan ikut suka bila dia nak makan.

3. Hanya intro makanan yg blend sahaja. Asyik-asyik bubur dengan carrot. Kita dewasa bila demam makan bubur selalu pun bosan. Ini kan pula anak-anak. Kita tak berani nak intro finger food, nasi biasa pada anak. Anak mengunyah guna gusi bukan gigi. Bila kita tua, dah tiada gigi. Kita gigit guna gusi. By 9months dah boleh separa kasar.

4. Elakkan pemberian susu 1-2 jam sebelum waktu makan utama. Anak akan kenyang jika diberi susu dahulu. Kebanyakkan susu formula manis ada gula tambahan & buat anak kenyang.

5. Anak tak nak makan. Yep ada masa anak tak nak makan, beri apa yg anak suka selain susu. Boleh buat finger food, nugget sendiri dan pelbagai lagi.

6. Beri anak makan sambil tengok gajet. Anak tidak fokus pada makanan. Anak akan fokus pada gajet. Anak tidak belajar rasa makanan & tekstru makanan.

7. Disuap sentiasa. Ada masa kita beri anak makan sendiri supaya anak belajar merasa, hidu makanan yg mereka akan makan. Ini juga bantu tingkatkan sensori anak.

8. Bila mak takut anak tercekik. Kena bezakan nak muntah sebab rasa pelik (gagging) & tercekik. Boleh google or youtube.Biasalah bila first time makan rasa nak munta. Keep on bagi anak pegang hidu dan rasa. Kids learned everything from around them.

IKLAN

9. Parents tak duduk makan sekali dengan anak. Especially bila ibu ayah ada di rumah. Biarkan anak makan sorang, ibu ayah hanya duduk disebelah.

10. Tiada rules yg tegas. Perlu set rules bila boleh makan jajan, bila boleh makan manis. Berapa kali makan manis2 or jajan. Hanya kerana tak tahan anak menangis nak kan jajan kita langgar boundaries atau rules yg telah kita buat. Perlu beritahu anak sebab kenapa tak boleh makan selalu.

Jadinya ibu ayah, janganlah salahkan gula dan garam. Selagi mana kita jaga pemakananan kita dan anak-anak insyaAllah. Jadi kreatif, anak boleh jadi berselera makan.

Kita dewasa pun memang tidak digalakkan gula & garam yang berlebihan. Gula yang berlebihan juga punca muka jadi cepat nampak tua hahahah

Nak awet muda kurangkan makan & minum yang manis-manis.

Saya bukan pakar, saya hanya belajar untuk cakna tentang anak dan perkembangan anak-anak.
Ummu Affan ♥️

Kredit: Adibah Yasak

“Tetap Berselera Makan Semua Benda” Ibu Ini Kongsi ‘No Salt No Sugar Rules’ Hingga Usia 24 Bulan

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI