Syukur ke hadrat Ilahi kerana Datin Sri Nur Shahida telah selamat melahirkan cahaya mata keenamnya semalam. Menerusi hantaran di laman Instagram, Datin Shahida ada berkongsi video detik-detik ketika beliau mengalami kontraksi sehingga seluruh ahli keluarganya berkumpul untuk menyambut bayi baharu.
Kelahiran bayi tersebut adalah pada jam 2.40 petang dan menurutnya kali ini terpaksa menahan sakit sehingga tujuh jam. Tambah Datin Shahida lagi, kelahiran kali ini agak rumit kerana tangan bayinya yang keluar dahulu.
Doktor berhempas pulas mencuba untuk menolak semula tangan bayinya ke dalam, tetapi gagal. Memang kuat semangat Datin Shahida! Biarpun ada sedikit cabaran ketika proses bersalin, beliau tetap berjaya melahirkan bayinya dengan selamat.
“Kali ni pengalaman bersalin yang paling complicated. Dari awal kandungan memang dah macam-macam. Dengan bleeding apa semua. So kali ni lama sikit sebab dia keluar tangan dulu. Bayangkan doktor dah tolak tangan dia tetap keluar juga. Agak sedikit sakit berbanding kandungan-kandungan lain. Tu yang lama tu..”
Turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan dirinya juga kepada pasukan doktor yang membantu sepanjang proses kelahiran.
Ads
Antara komen yang ditinggalkan rakan-rakan bisnes dan selebriti;
Ads
Tidak merahsiakan wajah bayi, memang comel sungguh anak keenam pasangan bahagia ini. Paling terharu ila Datuk Sri Aliff Stukri sentiasa ada menemani isterinya sepanjang proses kelahiran. Tak sabar nak tahu nama baby baru. Tahniah dan selamat berpantang!
Tiada apa yang mengujakan bagi seorang bapa selain daripada menyambut kelahiran cahaya mata. Pelawak dan pelakon Abam Bocey sambut kehadiran anak sulung yang merupakan seorang putera.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan meraikan kebahagiaan dengan kelahiran putera sulungnya semalam. Berita menggembirakan ini telah pun dikongsikan Abam melalui Instagram.
Anggota kumpulan Bocey ini menyatakan kesyukurannya dan menghargai doa para follower untuk keselamatan dan kesejahteraan isteri dan bayi mereka.
Bapa 31 tahun ini juga turut menghargai semua petugas perubatan yang terlibat sepanjang proses kelahiran.
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melakukan acara tahnik untuk bayinya, Areesya Malaykha pada Jumaat lalu selepas lama menunggu kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Azrinaz bersyukur kerana tahnik yang dilakukan di hari keenam kelahiran bayinya itu telah disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin di kediaman mereka.
“Alhamdulilah, mengambil berkat penghulu segala hari, Jumaat lepas Areesya Malaykha telah ditahnik oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dibantu oleh Ustaz Mohd Hafeez di kediaman kami.
“Tahnik merupakan amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam-zam dan madu. Tujuannya agar bayi terlatih mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan.
“Dari Abu Musa beliau berkata, “(Suatu ketika) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi SAW, kemudian baginda memberi nama padanya dan baginda mentahnik dengan sebutir kurma.” [Riwayat Imam Muslim],” tulisnya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut Azrinaz telah berkongsi gambar sekitar majlis tahnik dilakukan.
Selepas 11 tahun, macam mimpi ada baby
Tambah Azrinaz lagi, Areesya merupakan zuriat yang sudah lama dinanti-nantikannya dan berharap anaknya itu menjadi anak yang solehah, baik dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga
“Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy ) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,” luahnya.
Sebelum ini Azrinaz berkongsi berita gembira selepas selamat melahirkan bayinya secara normal dengan berat 2.75 kilogram pada jam 10.20 pagi setelah 11 tahun ‘berehat’.
Walaupun lebih 10 tahun rehat proses kelahiran kali ini sangat mudah dan lancar.
“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.
“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.
Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu selepas mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun lalu dan mula rapat setahun sebelum bernikah.
Terdahulu, Azrinaz yang pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.
Sumber: IG Azrinaz Mazhar Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu atau bapa pasti mengharapkan anak yang lahir sihat sempurna dan dapat membesar dengan sihat. Namun apabila diuji dengan kesakitan, selagi termampu ibu bapa akan terus kuat dan berusaha untuk buat yang terbaik buat anak-anak.
Melalui kisah pasangan suami isteri ini ia cukup menyayat hati apabila anak perempuannya yang masih kecil diuji dengan kanser.
Lagi sedih apabila pelbagai prosedur rawatan terpaksa ditempuhi sejak anak berusia 3 tahun lagi. Anak comel yang diberi nama Lily Rose ini menjadi perhatian apabila videonya tular bersama ayahnya.
“2 tahun lepas kami diberitahu Lily akan pergi selamanya…”
Menurut info, kanak-kanak comel ini disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4. Ia merupakan sejenis barah jarang yang bermula di perut, namun kini telah merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Bahkan 2 tahun lepas antara episod yang menyayat hati apabila doktor beritahu jangka hayatnya tidak lama. Disebabkan itu, ibunya sanggup mencari pakaian, keranda serta tapak kubur buat anak kesayangannya.Berkat kuat semangat, Lily kini masih bertahan pada usia 7 tahun.
Bagaimanapun, rawatan kemoterapi telah memberi banyak kesan sampingan terhadap Lily. Selain keguguran rambut, dia juga menghidap keradangan mukosa di beberapa bahagian tubuhnya.
Namun mujurlah ayahnya menjadi insan yang paling kerap berada di sisi. Tersentuh melihat pengorbanan suami tercinta sepanjang tempoh sukar berkenaan, ibu Lily akui pernah berharap mereka tidak pernah berjumpa.
Meskipun pelbagai rintangan terpaksa diharungi, namun dia diangkat sebagai seorang ayah yang sempurna buat Lily Rose kerana selalu hadir tatkala detik susah mahupun senang. bahkan ujar isterinya lagi, tidak ramai lelaki di dunia ini sanggup menggalas tanggungjawab berat ini dengan baik sepertinya.
Kredit: IG liveforliliyrose & kisah dunia
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...