Cili jeruk yang sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak puaslah makan. Pendek kata cili jeruk wajib ada, tak lengkap kalau tak ada.
Bagi anda yang ingin cuba membuat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
Ads
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
Ads
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Aneka pasta seperti spageti bolognis, carbonara dan sebagainya mungkin sudah biasa bagi anak kita. Apa kata cuba kelainan dengan jadikan pasta ini sebagai finger food buat anak. Olah gabungan pasta bersama bahan lain dan jadikan menu sampingan anak.
Resipi Pasta Buddies Stick yang dikongsikan oleh Puan Myra Shafie ini nampak sedap. Rebus sahaja pasta dan gabungkan dengan bahan-bahan lain yang mengeyangkan. Anak pasti suka. Bahannya pun ringkas sahaja. Selamat memcuba.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Isi ayam
Pasta buddies (lenyek-lenyek)
Isi jagung
Tomato puree 1 sudu besar
CBS 2 sudu besar
Lada hitam
Mix herbs
Jangan lupa rebus pasta terlebih dahulu dan lenyekkan.
Tambahkan unbleach flour and gaulkan.
Agak-agak adunan tak melekat boleh la bentukkan.
Kukus lebih kurang 10 minit. – boleh serve terus, – atau boleh grillkan sekejap. – boleh jugak nak salut oat then goreng.
Jom cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi lemak boleh dimasak mengikut selera masing-masing. Nasi juga boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk menaikkan lagi selera. Salah satunya adalah resepi nasi lemak pandan.
Nasi lemak Asli Pandan. Autentik.. anak zie makan nasi saja dah separuh pinggan.. sedap katanya. Lemak, masin wangi nasi tambat selera sekeluarga
Bahan-bahan:
🌼3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI @sajimalaysiaofficial
🌼2 biji bawang merah dihiris
🌼2 sudu besar minyak kelapa
🌼1 kotak kecil santan SAJI
🌼2 cubit garam
🌼4 keping hirisan halia
🌼15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja
Cara penyediaan:
Basuh beras 3x dan masukkan santan, garam, bawang,halia, minyak dan air pandan lalu kacau sebati. Sukatan air seperti masak nasi biasa. Siap.
Bahan Kisar Sambal Nasi Lemak:
🌻5 biji bawang besar
🌻5 biji bawang merah
🌻3 ulas bawang putih
🌻1 inci halia
🌻15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu
🍹kisar semua bahan diatas.
🍎2 inci gula melaka
🍎1 sudu belacan
🍎5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai
🍎1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara : Tumis Bahan kisar bersama cili kisar dgn api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan berbaki dan masukkan 1 gelas air reneh dgn api perlahan hingga kuah memekat dan bewarna merah gelap. siap.
Popia antara juadah kegemaran seisi keluarga. Sama ada intinya yang berasaskan sayur, inti daging atau ayam, semuanya sedap dinikmati. Bagi yang suka pedas, popia basah yang diletakkan sos pun antara yang jadi pilihan.
Cuma ada anak-anak, pilihan mereka mestilah yang tak pedas. Biasanya popia carbonara jadi pilihan. Kali ini resipi murtabak telur menggunakan kulit popia pula mama boleh cuba.
Cara pembuatannya sangat simple, hanya beberapa langkah saja dah siap dan boleh dihidangkan.
Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat hasil air tangan Fadhilah Khaulan. Berebut anak-anak makan.
Bahan-bahan:
– kulit popia
– telur
– bawang besar
– bawang putih
– cili api (pilihan)
– garam/perasa
Cara-caranya:
1) Bawang besar dipotong dadu, bawang putih diracik halus. Tumiskan kedua-dua jenis bawang ini hingga naik bau dan sedikit kekuningan atau nampak dah garing. Lepas bawang dah layu, masukkan telur dan kacau hingga hancur.
2) Masukkan garam atau perasa ikut citarasa masing-masing dan akhir sekali masukkan cili (sama ada nak pedas atau tak ikut pilihan)
3) Sejukkan dulu inti telur yang dah siap. Kemudian sediakan kulit popia. Apabila inti dah sejuk, boleh mula proses melipatnya.
4) Letakkan inti ditengah-tengah, kemudian lipat segi empat ikut saiz yang anda mahu. Dihujung kulit popia tu, boleh sapukan telur atau air untuk lekatkannya.
5) Dah siap bolehlah goreng dan dihidangkan. Nak goreng dalam kuali biasa atau pan letak sedikit minyak terpulang. Sedap di makan panas-panas. Nak cicah dengan sos pun boleh.
Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.
Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!