Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.
“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi, alhamdulillah, walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yg tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yg melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.. setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam OT untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.. doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala.. amin
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu”
Ads
Walau bagaimanapun, Airil memaklumkan bahawa isterinya, terpaksa dimasukkan ke dalam bilik pembedahan sekali lagi bagi menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim.
Ads
Di akhir hantarannya itu, Aril memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya selepas menjalani pembedahan dipermudah.
Sekadar info, Aril dan Puteri Erma mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Disember 2013 yang lalu.
Kita selalu nampak salah suami. Pada kita ada sahaja yang tak kena di mata kita. Mungkin semuanya disebabkan kita kepenatan menguruskan anak dan rumahtangga sehingga kita asyik nampak suami salah.
Di bulan yang baik ini, ada baiknya kita simpan sedikit rasa ketidakpuasan hati. Hargailah suami, pemberian Allah SWT buat peneman hidup kita.
Perkongsian Pn Huda Zainal ini sememangnya benar-benar belaka. Ikuti perkongsiannya.
Antara perkara yang kerap saya hilang syukur. Perkara yang saya tak hargai. Ada suami yang baik. Asyik nampak salah. Asyik nampak kurang. Asyik nampak buruk.
Dan setiap kali ada perkara yang saya tak puas hati dengan suami. Setiap itu, Allah hantar kawan-kawan mengadu domba perihal suami mereka.
Kawan mengadu. 15 tahun kawin. Duit rumah bayar separuh-separuh. Saya tak pernah keluar 1 sen untuk penginapan.
Kawan cerita. Anak nak masuk sekolah. Suami buat tak endah. Terpaksa keluar duit sendiri. Saya? Tak pernah ambil tahu yuran pendidikan anak-anak.
Urusan utilities, urusan service kereta, hatta income tax saya, 100% suami uruskan.
Mana saya nak pergi, jika suami ada. Suami hantar. Sehabis usaha supaya saya tak bersendirian. Pernah, lebih 8 bulan, tangan ni tak pegang lansung stering kereta.
Semalam suami cakap, buat saya menangis. “Dalam dunia ni tak ada yang perfect. Adatlah kalau kita asyik nampak kurang pasangan kita. Adatlah, dekat mata kita ni banyak yang cacat je kita nampak.”
Dan kita sebagai isteri, selalu fokus apa yang suami kurang. Hakikatnya, kita isteri pun banyak kekurangan.
Sebenarnyakan, suami ni. Dia nampak je kekurangan kita. Tapi dia diamkan, dia tutup mata. Sebab orang lelaki ni simple.
Kita orang perempuan suka fokus mana pasangan kita kurang. Suka ungkit-ungkit perkara yang dia buat salah.
Hubungan suami isteri ni untuk melengkapkan satu sama lain. Jodoh kita bukan kebetulan. Kelemahan dia kita lengkapkan. Kelemahan kita dia cukupkan.
Bahagia dalam rumah tangga. Kita yang perlu cipta.
Moga kita sentiasa belajar syukur dengan apa yang ada depan kita. Moga Allah kurniakan rumah tangga mawardah sakinah warahmah.
Oops. On the way nak pergi beauty training. Suami macam biasa, dia sentiasa nak tolong hantar. Then dia balik. Habis program dia datang ambil.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Kredit: Huda Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persediaan banjir untuk ibu-ibu mengandung, panduan lengkap. Musim banjir boleh menjadi satu cabaran besar bagi semua, terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Keadaan ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi untuk memastikan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.
Berikut dikongsikan langkah-langkah persediaan khusus bagi ibu-ibu mengandung untuk menghadapi musim banjir.
Mengapa Persediaan Tambahan Penting bagi Ibu Mengandung?
Ibu mengandung memerlukan perhatian khas kerana keadaan fizikal dan kesihatan mereka yang lebih sensitif. Dalam situasi banjir, mereka mungkin menghadapi:
*Risiko kesihatan seperti jangkitan kuman daripada air banjir.
*Kesukaran bergerak untuk berpindah ke tempat selamat.
*Kekurangan akses kepada keperluan perubatan seperti pemeriksaan rutin atau rawatan kecemasan.
Oleh itu, persediaan awal adalah kunci untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi.
Langkah-Langkah Persediaan Sebelum Banjir
1.Sediakan Beg Kecemasan Ibu Mengandung
Pastikan beg kecemasan khas disediakan dengan barang berikut:
*Kad kesihatan ibu mengandung.
*Vitamin pranatal dan ubat-ubatan yang diperlukan.
*Pakaian selesa termasuk pakaian bersalin.
*Tuala wanita untuk kegunaan selepas bersalin, sekiranya diperlukan.
*Barangan bayi seperti lampin, pakaian bayi, dan selimut.
2.Kenal Pasti Hospital Berdekatan
Cari lokasi hospital, klinik, atau pusat bersalin yang terdekat dengan kawasan kediaman anda. Pastikan anda tahu laluan selamat untuk ke sana semasa banjir.
3.Rancang Pemindahan Awal
Jika kawasan kediaman anda sering dinaiki air, buat perancangan untuk berpindah lebih awal sebelum keadaan menjadi kritikal.
4.Maklumkan Kepada Ahli Keluarga
Beritahu keluarga anda tentang keadaan semasa kehamilan dan sebarang keperluan khas. Ini akan membantu mereka bersedia untuk membantu anda semasa kecemasan.
5.Simpan Nombor Kecemasan
Pastikan anda mempunyai nombor telefon penting seperti hospital, ambulans, dan pihak berkuasa tempatan.
Langkah-Langkah Semasa Banjir
Jangan Panik
Kekal tenang dan fokus pada keselamatan anda. Elakkan melakukan pergerakan yang membebankan tubuh.
Pindah ke Tempat Selamat
Sekiranya diarahkan, segera pindah ke pusat pemindahan yang disediakan. Pilih lokasi yang mempunyai kemudahan perubatan.
Bawa Beg Kecemasan
Jangan lupa membawa beg kecemasan yang telah disediakan. Pastikan dokumen kesihatan seperti rekod pemeriksaan kehamilan sentiasa bersama anda.
Minum Air Bersih
Kekal hidrasi dengan meminum air bersih. Elakkan meminum air yang tercemar kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti cirit-birit.
Jaga Kebersihan
Pastikan kebersihan diri terjaga, terutama di kawasan sensitif, untuk mengelakkan jangkitan.
Langkah-Langkah Selepas Banjir
Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Selepas banjir reda, kunjungi klinik atau hospital untuk pemeriksaan kehamilan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi.
Pantau Tanda-Tanda Bahaya
Segera dapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda seperti sakit perut yang luar biasa, pendarahan, atau kurang pergerakan bayi.
Pastikan Rumah Selamat
Sebelum kembali ke rumah, pastikan ia bersih daripada sisa banjir dan selamat untuk diduduki.
Persediaan banjir bagi ibu-ibu mengandung memerlukan perhatian khas untuk memastikan keselamatan mereka dan bayi dalam kandungan. Dengan perancangan awal, kesedaran, dan kerjasama keluarga, risiko semasa musim banjir dapat dikurangkan. Ingatlah bahawa kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi adalah keutamaan utama dalam situasi kecemasan seperti ini.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee, Optimus Prime, terus hilang rasa berdebar. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“Saya memang risau sebab anak saya prasekolah, jadi ini kali pertama dia masuk sekolah. Tadi di rumah, muka dia nampak risau, takut. Saya pun risau anak saya menangis selepas sampai di sekolah.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.