Datin Shahida Rashid isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya seorang ibu yang penyayang. Di instagramnya selalu kita lihat banyak berkisarkan tentang anak-anak termasuklah anak angkatnya Ameena walaupun dia seorang yang sangat sibuk menguruskan perniagaan. Dia sentiasa sabar melayan kerenah keenam-enam anaknya.
Datin Shahida yang mendirikan rumahtangga bersama Datuk Aliff pada tahun 2008 dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff AlQardawi dan Raudhah Arshiyah dan seorang anak angkat, Ameena.
Menurut perkongsian Khairul Hakimin Muhammad, dia sangat kagum melihat cara Datin Shahida yang melayan Baim (Ibraheem Adham).
Jujurnya selain dari dapat makan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan keluarganya malam tadi, kami juga dapat bersembang dan mengenali jatuh bangun mereka ini dalam dunia berniaga.
Sedang ralik berborak, Datin bangun dan bercakap dengan Juma, team mereka, setentang sahaja dengan saya. Tentang dunia bisnes barangkali. Kami pula masih mendengar kisah Datuk.
Tiba-tiba Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas. Betul-betul di hadapan saya. Terus Datin berhenti bersembang dan beliau membiarkan Baim duduk di atasnya, meleset dan kemudian membantu Baim menyiapkan kerja sekolahnya.
Momen ini saya bawa sampai ke rumah, teringat-ingat. Bagusnya Datin yang sanggup menolak tepi semua urusan bisnes juta-juta demi anak. Tak semua orang boleh berbuat begini.
Ads
Saya pernah tengok di hadapan mata, ada pakcik yang marahkan budak bising, ada puan itu yang suruh pergi naik atas siap-siap tak boleh campur orang tua bersembang dan ada yang risau sangat anak-anak ini akan ganggu sampai ke tahap budak-budak ini tanya atau memanggil ayah atau emak, dihalaunya begitu sahaja.
Datin tidak, dilayannya anak-anak siap cium pipi bagai. Kemudian dah siap semua, Baim pun berlalu pergi dan Datin menyambung perbualannya.
Langsung tak ada seperti diganggu dan sebagainya.
Terus saya teringat kata seorang ustaz kepada kami semua selepas subuh beberapa minggu lalu, katanya,
Ads
“Nak rezeki masuk, layan budak-budak, jaga hati orang tua dan berbanyak tahan sabar dengan orang yang kita sayang.
Kalau anak datang tanya ayah, saat ayah sedang bercakap dengan sesiapa, jangan marah dia. Dia budak tak tahu apa, peluk dia, cium dia dan layan dia sesaat dua.
Orang tua dan dewasa yang kita sedang sembang itu dah matang, otak dah boleh fikir dan harus wajib bersabar dengan anak-anak yang tak ada dosa.
Kita orang tua, layan anak-anak seperti kita juga tak ada dosa. Barulah mudah rezeki nak masuk. Ini kita tak habis marahkan budak, budak nak tanya, kita marah cakap dia tak hormat orang tua.”
Ads
Sungguhlahkan kawan-kawan,
Dia budak, dia tak tahu apa. Dia hanya nak tanya emak ayah dia. Jawab baik-baik, cakap dengan rasa hormat kepada anak, supaya anak faham yang menghormati itu dipelajari dari emak atau ayahnya sendiri.
Kita ini tahu menjaga hati kawan, hati orang itu orang ini, anak sendiri kita tak mahu jaga hatinya. Kita suruh dia ketepi, jangan ganggu itu, tak usah menyampuk ini. Sedangkan dia budak yang tak tahu apa, yang kita masih boleh peluk bila-bila masa dan boleh juga kita ajar dia erti berbahasa apabila kita juga berbudi elok menyambut soalan dan pertanyaan dia.
Pastinya sesiapa yang dijangkiti virus Covid akan risau mengenai keadaan kesihatan selepas menjalani kuarantin atau setelag menerima rawatan. Ini kerana ramai juga yang mengadu mengalami gejala sesak nafas atau sukar untuk bernafas seperti biasa.
Walaupun dah habis tempoh kuaratin tapi masih ada gejala seperti batuk atau susah nak bernafas, jangan anggap biasa. Dr Erna Nadia ada kupasan yang terperinci dan menjelaskan gejala varian Delta agak lambat dan orang ramai mesti mematuhi SOP jika keluar ke mana-mana sahaja.Kena cepat dapatkan rawatan kerana
Jangan Berlengah Dapat Rawatan
‘Doktor, saya dah habis kuarantin diri sendiri, dah hari ke 17 tapi saya masih rasa sesak dada, semput dan batuk. Tapi dah habis 2 minggu kuarantin dah, periksa pulse oximeter kat rumah pun okkk je, 95,96’
Gambar Hiasan – Kredit Gambar: Astro Awani
Jawapan saya adalah segeralah pergi ke hospital. Jangan bertangguh, jangan bertanya-tanya. Tempoh inkubasi untuk varian delta lebih lama iaitu 21 hari. Untuk varian aplha dan beta dalam 10-14 hari.
Tempoh inkubasi ini adalah tempoh masa dari saat seseorang sudah dijangkiti virus sehingga dia menunjukkan gejala atau simptom.
Tak semua orang akan menunjukkan gejala pada hari pertama dijangkiti. Lagi-lagi orang muda yang tiada penyakit kerana pada awalnya badan masih kuat melawan kuman yang menyerang.
Gambar Hiasan
Sebab itu varian delta ini bahaya. Awal-awal tak ada sebarang gejala. Sihat, hebat. Selang beberapa hari, pap terus lemah. Dan inilah tindakan yang perlu diambil. Rasa ada gejala sahaja atau gejala semakin teruk sahaja, teruslah ke hospital. Jangan berlengah. Because we never know.
Gamba Hiasan
Don’t trust 100% on your own medical device. Sebab boleh jadi anda salah pasang, mesin anda tak berapa accurate yada yada yada. Ke hospital bukan untuk apa, untuk periksa dengan betul. Tak kira kuman apa yang menyerang, at least kita tahu.
Boleh jadi covid, boleh jadi radang paru-paru biasa, boleh jadi asthma, boleh jadi tibi, boleh jadi bronchitis atau penyakit lain. Nak sebut differential diagnosis ni memang 5000 patah perkataan belum tentu habis. Jadi, nasihat saya, jika rasa tak sihat, teruslah berjumpa doktor ya.
Kredit: Dr. Erna Nadia
Tak perlulah lagi makan di kedai, once face mask dah dibuka di public, banyak kuman yang akan datang menyerang. Berhati-hati kerana bukan kesihatan kita sahaja yang perlu dijaga.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai kanak-kanak pasti inginkan mempunyai rumah istimewa di bawah tangga, di atas pokok, atau tempat persembunyian lain yang tidak begitu rahsia untuk berseronok. Tetapi kebanyakan pelan rumah idaman itu kekal sebagai impian sahaja.
Namun seorang ayah menjadi viral selepas membuat rancangan rumah impian kecil anak perempuannya itu menjadi kenyataan.
Sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain, gadis kecil ini ingin mempunyai rumah sendiri di bawah tangga. Mungkin dia mempunyai imaginasi aktifnya sendiri tentang rumah kecil ini. Dia melukis pelan rumah dan memberikan kepada bapanya.
Apa yang menggembirakan ialah dia mempunyai bapa yang sangat menyokong dan kreatif yang tahu cara untuk merealisasikan rumah impiannya.
Apakah unsur-unsur rumah kecil yang cantik? Bagi gadis kecil ini, rumah kecil adalah apa sahaja yang boleh dimuatkan di dalam ruang di bawah tangga.
Jadi, ayahnya membinanya. Dari ruang segi tiga tepat di bawah tangga, dia membuat perancangan untuk rumah impian kecil itu.
Dia memulakan dengan mengosongkan ruang kabinet dan laci di bawah. Kemudian, dia meletakkan papan lapis yang dipotong supaya sesuai dengan ruang.
Sungguh comel sehinggakan gadis kecil itu begitu proaktif dalam membantu ayahnya membina rumah kecilnya. Dia ‘membantu’ dengan caranya sendiri.
Menambah Butiran Kecil
Semua orang boleh membuat mana-mana rumah kecil di bawah tangga, tetapi bapa ini memastikan untuk menambah butiran kecil yang benar-benar akan menjadikan rumah kecil ini kelihatan begitu nyata untuk anak perempuannya.
Pintu kecil itu mempunyai tombol kepala beruang. Ayah ini juga menambah beberapa tingkap kecil dengan pasu bunga di tepi tingkap. Malah terdapat pagar piket di bahagian bawah dan lampu untuk melengkapkan hiasan rumah!
Selain itu, si ayah juga mengecat dinding dengan warna ungu yang cantik. Ia juga mempunyai dapur permainan kecil di dalamnya! Rumah ini benar-benar sangat comel.
Kos untuk papan lapis dan bahan tidak akan melebihi Php2,000 tetapi rumah permainan kecil ini sangat tidak ternilai harganya!
Dalam mendidik anak, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah. Ilmu keibubapaan tidak hanya terhad kepada satu-satu perkara sahaja. Sebagai ibu bapa anda perlu kreatif, sabar dan positif dalam mendidik anak-anak.
Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.
Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini.
Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.
1. Jangan ajar teknik burung unta.
Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’.
Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.
2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda.
Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.
3. Jangan ajar mereka one-way trip.
Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.
4. Jangan jadi model yang salah.
Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda mengendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.
5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress.
Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving.
6. Jangan lupakan keperluan asas emosi.
Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.
7. Jangan lari.
Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.