WHO Cadangkan Siri Pertama Vaksin Difteria Bermula Seawal Umur 6 Minggu

Share

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak iaitu tonsil dan farinks dan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan keradangan disekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas.

Sumber gambar: KKM

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian yang disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 15 Oktober baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan. Pesakit berkenaan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria akibat keengganan keluarga. Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat Severe Diphtheria with multiorgan failure.

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphteriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.

Selain itu, KKM juga menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.

Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.

Cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Berdasarkan kertas kerja WHO mengenai vaksin difteria yang melibatkan maklumat dan jadual yang disyorkan, cadangan semasa WHO yang bermula dari tahun 2006 menyatakan bahawa siri pertama vaksin yang mengandungi DTwP- atau DTaP- perlu diberikan dalam 3 dos bermula seawal umur 6 minggu, dan diberikan dengan selang masa minumum 4 minggu.

Sumber: Hello Doktor

IKLAN