Yana Samsudin Nak Berurut, Netizen Terhibur Gelagat Mateen Potong Turn. Tak Nangis, Siap Tukar Posisi Lagi

Share

Tidak dinafikan urutan memberikan kesan yang menenangkan. Yana Samsudin membawa anak lelakinya, Aisy Mateen berurut, tapi aksi si kecil ini mencuit hati netizen. Comel!

Pelakon dan pengacara Yana Samsudin bersama dengan Aisy Mateen, 2 tahun 6 bulan seringkali berkongsi momen yang indah bersama. Terbaru, Yana berkongsi video diurut oleh tukang urut tang dikenali sebagai Nenek Embok.

Dalam video yang dimuatnaik, Mateen diurut oleh Nenek Embok dan bertanya adakah ia sudah selesai. Kemudian Mateen juga kerap tukar-tukar posisi walau pun belum selesai membuatkan tukang urut dan netizen terhibur.

aisymateen Mateen dan nenek embok.
.
Rindu dah lama tak jumpa , mateen pun terus rebut peluang dan potong turn mommy … ???
#MateenDanMommy #Aisymateen

Para peminat si cilik ini terhibur dengan gelagatnya yang laju menukar kedudukan. Tidak kurang juga yang memuji Mateen yang tidak menangis semasa diurut.

Sumber: aisymateen

IKLAN