Sambutan ulangtahun anak tirinya disambut cukup sederhana namun penuh bermakna apabila disambut dengan kedua-dua ibunya. Adira membuat kejutan dengan memberi seutas rantai leher. Video pendek di instagram tersebut dimuatnaik oleh Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Adira Hadiahkan Anak Tiri Rantai Sempena Hari Lahir, Raikan Bersama Datin Red

Menerusi perkongsian instagram story yang dimuatnaik tersebut, Datin mengucapkan terima kasih kepada Adira Suhaimi. Sebelum ini jga, Adira pernah juga turut menghadiahkan seutas gelang tangan kepada madunya itu.

“Selamat hari ulang tahun kelahiran kakak sayang. Tak tahu nam cakap apa tapi alhamdulillah, datang awal sehari sebab esok takut tak sempat singgah,” tulisnya.

Sementara itu, Datin Red menerusi instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana datang ke rumah untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

IKLAN
Adira Hadiahkan Anak Tiri Rantai Sempena Hari Lahir, Raikan Bersama Datin Red
Kapsyen Datin Red dan komen Adira

Rata-rata peminat memuji hubungan akrab yang terjalin di antara kedua-dua personaliti ini. Anak-anak juga mesra antara satu sama lain. Matang!

IKLAN

Semoga hubungan kedua-dua wanita hebat ini sentiasa mesra dan bahagia.

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI