Ainul Mardhiah sebelum ini menghidap ‘Germ Cell Tumour’ hingga mendapat perhatian negara. Ibunya, Nurul Erwani Zaidi sentiasa berkongsi keadaan anak kesayangannya itu. Sebelum ini juga heroin kecil ini beberapa kali juga di masukkan kedalam Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik.

Ainul Mardhiah Bukan Main Suka Dapat Hadir Majlis Resepsi Dr Amalina, Walaupun Sudah Lima Tahun Berlalu Hubungan Antara Dr Amalina Dan Ainul Masih Erat

Ainul yang bakal menginjak ke usia empat tahun 13 Ogos tahun ini pernah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital London, Uinted Kingdom pada Jun 2019 selepas bertarung nyawa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan. Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui oleh Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway. –SINARPLUS

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Bagi siapa yang mengikuti kisah adik Ainul Mardhiah ini mesti tahu antara individu yang tampil menghulurkan bantuan adalah Dr Nur Amalina Che Bakri. Ibu Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani pernah dihubungi oleh Dr Amalina menerusi aplikasi WhatsApp dan diberitahu akan membantu bayinya.

IKLAN

Apa yang menarik perhatian warganet adalah hubungan antara Dr Amalina dan keluarga Ainul masih kekal dan sentiasa berhubung. Baru-baru ini, Ainul sekeluarga telah menghadiri majlis resepsi Dr Amalina Bakri dan suaminya Alex.

Nurul Erwani berkongsi rasa syukur dengan kehadiran insan yang baik-baik dalam kehidupan buah hatinya.

IKLAN

Ainul Mardhiah Bukan Main Suka Dapat Hadir Majlis Resepsi Dr Amalina, Walaupun Sudah Lima Tahun Berlalu Hubungan Antara Dr Amalina Dan Ainul Masih Erat

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI