Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idris (UAI) baru sahaja menerima cahaya mata ke-12 baru-baru ini.
Berita itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting itu mula menjadi viral pada Ahad.
“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.
“Semoga Allah memberkahi anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa. Terima kasih memilih kami, Ustaz Azhar Idrus,” tulis kenyataan tersebut.
IKLAN
“Bagaimanapun, satu video tular di platform TikTok menjadi perhatian netizen apabila melihat gelagat mencuit hati Ustaz Azhar sewaktu bertemu bayinya yang baru dilahirkan.
Selain itu, ramai juga yang memuji Ustaz Azhar kerana tidak menyembunyikan wajah bayinya. Tindakan Ustaz yang mengusap muka anaknya terasa begitu sayu sekali.
“Tahniah UAI, dapat anak yang ke-12.”
“Anak ulamak, beruntung anak ni, moga jadi anak yang soleh penganti ustaz satu hari nanti.”
“Hari tu orang tanya ustaz berapa orang anak, dia cakap 11½ anak dia. Ni dah lahir betullah yang ke-12.”
Apa-apa pun tahniah Ustaz Azhar Idrus. Moga anak ini akan membesar menjadi anak soleh dan hebat seperti bapanya. Difahamkan, anak ke-12 Ustaz Azhar ini adalah bayi lelaki.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Setiap ibu mempunyai perjalanan penyusuan susu ibu yang berbeza. Datin Sri Shahida kongsi pengalaman menyusu sejak dari anak pertama.
Dalam posting Instagram, ibu cantik ini berkongsi tentang penyusuan susu ibu kepada keempat-empat anaknya. Dia juga kini sedang berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak angkatnya, Ameena dan Qayyum. Dia juga mengimpikan untuk menyusukan Yusoff Alqardawi sehingga dua tahun.
BUAT STOK SUSU BERPERINGKAT
Rezeki anak-anak.Lepas stok Yusoff dah banyak…kita buat stok Meena pula dgn Qayyum yang dalam botol tu.
MULA MENYUSUKAN ANAK BERMULA DARI ANAK KEDUA Menyusukan anak dengan susu ibu memang mencabar. Saya fully breastfeed dari Qadejah lagi. Macam-macam dugaan nak bagi susu konsisten kena pump 2-3 jam sekali. Masa dan yang paling tak tahan kalau ada luka.
Alhamdulillah jika diizinkan saya juga mengimpikan rezeki menyusu Yusoff Alqardawi sampai umur 2 tahun seperti Qadejah & Baem Adham.
KURANG MAHIR MASA ANAK PERTAMA
Dulu waktu anak sulung Ammar Ahyan saya tak susukan sebab tak pandai maklum lah beranak muda. Baby baru lahir mmg selalu berak saya pula ingat dia berak sbb minum susu saya. Jadi saya pun perah dan buang. Alahai bodohnya la waktu tu kan.
Para follower memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada Datin Sri Shahida. Tidak kurang juga mengagumi semangat ibu muda ini dan berkongsi tip penyimpanan susu ibu perahan. Syabas Datin Sri Shahida!
Semasa dalam pantang, ibu bersalin memang kena betul-betul berpantang makan. Ibu yang menjaga makanan ketika berpantang mempunyai stamina dan antibodi yang kuat untuk melakukan aktiviti harian seperti menguruskan rumahtangga dan anak-anak serta kerjaya.
Ibu yang menjaga pantang akan susah mendapat sakit urat, sendi dan sakit dalaman sebab makanan yang dimakan semasa berpantang mengandungi herba yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Ini antara perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam aspek pemakanan ketika berpantang.
1. Jenis makanan
Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan mesti tepat untuk mengelakkan perut masuk angin.
2. Elak makanan berlemak
Semasa berpantang ibu perlu lupakan makanan yang berlemak dan berminyak. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang masak menggunakan kaedah kukus dan rebus.
3. Pengambilan air
Pengambilan air adalah sangat penting semasa berpantang ini kerana penghasilan air susu akan bertambah jika ibu minum air dalam kuantiti yang cukup dan proses penyembuhan.
4. Jangan lupa makan halia
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia ialah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Ibu digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
5. Makanan penambah susu ibu
Ibu boleh amalkan makanan untuk menambah susu seperti cekur manis, lobak, peria dan pegaga. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
6. Pemberi tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.
7. Baik untuk anti oksida
Semasa dalam pantang ibu juga perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia.
8. Banyakkan makan ikan segar
Selain pengambilan ulam-ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar juga penting. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk ibu makan semasa berpantang.
Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah ikan haruan, sardin dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean).
9. Kalau nak cepat sembuh
Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka sebab oren kaya dengan vitamin c.
Elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara , sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.
10. Kecutkan rahim
Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Jadi, para ibu berpantanglah dengan tekun supaya hormon dalam badan kembali seimbang dan sentiasa cergas dan sihat.
Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu. Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Apakah itu hypnobirthing?
Dicipta oleh seorang pakar hipnoterapi dari Harvard University Ford Foundation iaitu Marie “Mickey” Mongan, hypnobirthing adalah sejenis teknik meditasi yang dilakukan oleh ibu hamil untuk tujuan melahirkan bayi dengan lebih mudah. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan metode hipnosis bagi membantu ibu hamil berasa lebih relaks secara mental, fizikal dan rohani.
Selain itu, teknik ini juga dilakukan untuk membantu mereka melawan perasaan takut dan mengurangkan rasa sakit serta rasa letih ketika melahirkan bayi. Berbanding menggunakan perkataan seperti sakit atau letih, teknik ini akan menggantikannya dengan perkataan tekanan. Kontraksi pula akan digantikan dengan perkataan seperti pusuan atau gelombang.
Dalam erti kata yang lain, teknik ini adalah berfokuskan dan berpandukan kepada pengawalan otak yang boleh mengatasi kesemuanya berkaitan dengan tubuh badan. Menurut kajian, teknik ini telah terbukti berkesan terhadap ribuan wanita yang sudah melakukannya.
Siapakah yang boleh melakukan hypnobirthing?
Tentu sekali, individu yang boleh melakukannya adalah ibu hamil yang sedang menunggu untuk melahirkan bayi kelak. Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan oleh golongan ibu hamil yang perlu/ingin bersalin secara alternatif?
Ya, teknik ini juga boleh dilakukan jika ibu hamil berhadapan dengan situasi seperti berikut:
Bersalin secara pembedahan caesarean
Bersalin dalam air
Bersalin dengan bantuan epidura
Bagaimanakah hypnobirthing dilakukan?
Teknik ini akan melibatkan penggunaan muzik, visual, perkataan dan pemikiran yang positif untuk tujuan merelakskan badan, mengawal pernafasan serta sensasi ketika melahirkan bayi. Ia boleh dilakukan secara sendiri atau mendapatkan bantuan daripada pakar hipnoterapi. Namun begitu, mereka ini mungkin tidak akan berada di sisi ketika proses bersalin hampir dekat, oleh itu, anda disarankan untuk mempelajarinya sendiri.
Semalam sibuk packing barang baby n mommy. Hari ni saje nk share kt uolls apa yg perlu bawak ke hospital. Mommy terlebih rajin ni. Padahal boleh jer google2. Semua benda ada sana yedak. sapa nk baca, baca la ye. Untuk 1st time nak jadi ibu, boleh la tengok2
Kalau boleh 1 almari nak angkut jenis aku bior bawak lebih, jgn kurang. mne yg aku listed kat bawah ni, kalau korg rasa xperlu bawak, xpyh bawak ok. kalau ada yg kurang, tolong bgtau.
Untuk mommy yang sibuk bekerja atau sibuk dengan urusan harian, beli je online. Nak lagi jimat, DPAMtengah promo free shipping 25-31 Julai ni. Klik siniuntuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM dan jangan lupa gunakan kod promo DPAMFS!
Aku siap packing mcm ni so senang xpayah nak meraba2 dlm beg cari baju la, suar la. beg plastik ni beli kt ikea. nti boleh refill balik baju2 yg dah kotor.
Setiap beg plastik ada:
– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe) – mitten&booties – hat – bedung – pampers – barut
Bertanda extra tu aku letak: (in case xcukup, boleh grab je dlm plastik extra ni)
– baju lengan pendek 2 helai – extra pampers – extra mitten&booties – extra bedung – extra barut
Plastik sebelah tu plak:
– towel – selimut – sapu tangan
Yang bawah tu:
dalam kotak – baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yu yee, cotton bud) – baby wipes – botol susu ( incase nk pakai nti, aku spare siap)
Checklist barang mommy:
– baju 2helai – kain batik – skirt – towel – shawl/ tudung sarung – stocking – breast pad – maternity pad – toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki) – mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit) – minyak tyt – breast pump (in case nk guna, spare jer)
Yang xde dlm gmbar perlu bawak (sbb xbeli lgi): – nursing bra – disposable panties – nipple cream
– kad pengenalan
– buku pink
– yasin
– charger, powerbank
– handphone
– bahan bacaan ( aku rasa xsempat nak baca pun , saje la aku nak bawak. best buku nana ni semua bende dia cita dri cara nak push mcm mne, breastfeeding, dlm pantang. dh lama aku beli buku ni sebelum kawin lgi. xtau la ada lgi ke x. kalau nk pinjam boleh jer hehe)
Yang ni pulak bakul baju baby n semua2 la sbb aku berpantang kt rumah mak mertua. bawak 1 bakul ni jer. semua boleh sumbat sbb besar. berzip mcm ni xde habuk masuk. ats tepi boleh bukak. beli kt kaison Rm25 rasenya.
Kalau nak tahu bagaimana cara mudah bersalin dan persediaan ke hospital, saksikan rancangan Pa&Ma, Musim ke4 (Jurnal Kehamilan) Episod 12 di Astro Prima & Prima HD selasa ini Jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!