Musim sekarang ini, boleh dikatakan ramai anak-anak kecil tak sihat. Demam, batuk dan selesema antara yang biasa dihadapi dan buatkan ibu bapa pun risau. Kadang baru je baik, sakit semula.
Perkongsian daripada seorang ibu atas akaun @ayishwafiy di TikTok boleh beri peringatan buat ibu bapa untuk lebih memantau keadaan kesihatan anak terutamanya yang masih kecil.
Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memaklumkan anak perempuannya dikenali sebagai Yaya kerap mengalami demam on off tak baik selama dua bulan sehinggakan doktor di klinik pun pelik sebelum diminta untuk membuat rujukan pakar.
Setelah mendapatkan nasihat doktor pakar, anak perempuannya itu dilaporkan telah mengalami jangkitan virus RSV ataupun nama saintifiknya, Respiratory Syncytial Virus.
Ads
Virus ini dikatakan boleh menyerang saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan paru-paru terutamanya buat kanak-kanak dan bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.
Menurut doktor pakar yang merawat Yaya, virus itu juga sedang aktif menyerang dan menjangkiti kanak-kanak.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh Yaya adalah demam panas on off yang kerap tapi tak berpanjangan (hampir 2 bulan – mencapai 40).
Ads
Selain itu Yaya juga susah bernafas, batuk berkahak, muntah, tak aktif dan hilang selera makan.
Pesan ibu ini juga, jika nampak keadaan ini berlaku pada anak cepat bawa ke hospital. Jangan bertangguh! Pantau kesihatan anak agar sakit yang dialami tidak memudaratkan.
Pelakon, Elfira Loy mengimbau kenangan membesarkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf selama tiga tahun dan pengalaman tersebut di kongsi bersama peminat di laman Instagramnya.
Menurutnya, dia seakan tidak percaya bahawa dia mampu menjaga sendiri Rayyan tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
“Rayyan sekarang 3 tahun, kejap je dah besar. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun ni kami berjaya hidup tanpa pembantu rumah.”
“Saya tak tahu macam mana saya hadapi tapi kami berjaya tempuhi.”
Tambahnya lagi, perkara yang paling utama untuk membesarkan anak adalah pengurusan masa. Dia mengakui dengan adanya rutin setiap hari akan lebih memudahkan urusan seharianya.
“Bila ada anak, perkara paling penting yang anda perlu lakukan ialah mengetahui cara menguruskan masa.”
“Rutin akan menjadikan hidup anda lebih mudah.”
Rata-rata memuji kecomelan Rayyan, tak kurang juga ada yang memberikan kata-kata semangat supaya Elfira terus tabah membesarkan anak walaupun tanpa bantuan pembantu rumah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemuliaan hati Abby Abadi yang sering menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan memang tak perlu disangkal lagi. Baru-baru ini Abby ada membantu seorang ibu dan anaknya yang baru dilahirkan bagi melunaskan bil bayaran hospital dengan sumbangan orang ramai.
Malah selepas melihat ramai yang ingin menyumbang, Abby mewujudkan pula Wallet Kasih PKP yang bertujuan untuk membantu para asnaf dan keluarga yang memerlukan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Walaupun begitu Abby masih lagi meneruskan kerja amalnya dalam membantu ibu-ibu yang kurang berkemampuan melahirkan anak untuk dijaga atau mencari keluarga angkat yang sesuai. Baru-baru Abby Abadi dan suami ada membawa pulang seorang lagi bayi perempuan yang cukup comel yang pada mulanya diberi nama ‘Baby Lockdown’
Menurut Abby oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, dia membawa balik bayi tersebut ke rumahnya untuk dijaga sementara waktu atau setidaknya hingga tamat PKP.
Assalamualaikum. Morning 😍 Salam Corona 🤪 Mama berpantang Day 1🙊
Patut mcm payah je nk lepas barangan baby dalam rumah ni, rupanya nk beranak lagiii hihi… Kan Abah @jaiezzany 🤪🥰
Abah risau tak tertanggung Baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi.. tapi Sahabat2 disini, kalau suatu masa nanti Sy susah, buleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee.. Day 7 nanti , Sy bgtau nama dia ye. Buat sementara ni kita panggil dia Baby Lockdown dulu hihihi 🤪😅
Dalam perkongsian yang lain, Abby memaklum ramai yang inginkan Baby Lockdown yang dibawa balik namun hasil perbincangan dengan pihak yang menguruskan setakat ini hanya Abby sahaja yang layak untuk menjaga si kecil tersebut.
Taraaa 😍
Abang Danish bersama Baby lockdown 🙊😍 Hari ke 5 Baby didunia & Hari ke 2 jadi anak Mama.. ehh dah jadi anak Mama ke? 🙊😅
Berebut2 yg nakkan Baby ni.. Lagi berebut lagi Mama rasa taknak bagi. Masing2 nak sebabkan muka baby ni comey. Kalau tak comey? 🙄
Setakat ni hasil perbincangan dgn pihak yg menguruskan, dari mak baby sendiri.. Mama Yebby paling layak.. cuma.. ada cuma tu.. nantilah… Bersambung hihi 🙊
Ps: Daiyan Dayana paling sibuk subuh tadi.. Berkali2 cium Baby. Abang Kakak Baby besar pun mcm sayang sangat kat Baby ni… & Abah.. ? Nampak mcm dah sayang je? 🙊🥰
Doakanlah yg terbaik ye utk Baby ni. Setakat ini, memang Mama Yebby la Mamanya hihi🙊
Genap 7 hari bayi tersebut dilahirkan dan 4 hari dijaga oleh Abby, nampaknya Abby sudah ada nama buat bayi comel itu. Maira Darda Farisa nama diberi sungguh indah sesuai maksudnya. Abby juga turut memaklumkan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami jaundis seperti kebanyakkan bayi yang baru dilahirkan.
Assalamualaikum… Haii Semua Uncles Auntys 😘
Hari ke 4 Mama berpantang sangat 😅 Dan Hari ke 7 utk Saya yey! Dah ada nama ☺️
Mama Abah @jaiezzany bagi nama lembut2 je kat Darda.. biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti . Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama hee 🙊😍
Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat harini Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuningpun.. Sihat2 sahaja. Sekian laporan dari Mamanya 😍 Sambung nanti 😇
Memang murah rezeki Abby Abadi dan suami. Terdahulu pasangan ini turut mengambil sepasang anak untuk dijaga iaitu Dayyan dan Dayana yang kini sudah berusia dua tahun lebih. Bagi yang ingin bersama-sama Abby Abadi dalam menjayakan Wallet Kasih PKP boleh membuat sumbangan ke RHB Smart ACCOUNT Arbaieyah binti Abdul Manan 26233500041199.
Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung unuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental emosi. Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segara hamil.
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih. Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan.
Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dnegan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari). Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dengan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.