Tingkah laku agresif atau melawan anak lelaki seringkali disimplistikkan sebagai ‘Boys will be boys’ atau ‘anak lelaki memang macam itu’.

Ungkapan sebegini tidak membantu untuk mengenalpasti punca sebenar seorang anak bertindak agresif. Ia juga menjadikan orang dewasa lebih bersikap ‘tidak apa’ dan biarkan sahaja sifat agresif kerana disangkakan itu adalah sifat semulajadi seorang anak lelaki. Ungkapan ‘Boys wil be boys’ mengakibatkan sifat ganas berterusan sehingga membawa kepada keganasan rumahtangga dan juga penderaan.

Melalui ‘Gentlemen’s Club’ di Thomas E. Kerns Elementary, South Carolina, kanak-kanak lelaki yang datang dari keluarga yang berisiko tinggi (youth at-risk) dibimbing supaya menjadi seorang individu yang berhemah tinggi.

Kanak-kanak ini diajar untuk menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu diri mereka dihormati.

‘Anak Lelaki Memang Macam Tu.’ Jika Sayang Jangan Biar. Lelaki, Perempuan Didikannya Sama

Mereka juga diterapkan dengan rasa percaya diri atau ‘self esteem’ supaya mereka sedar bahawa diri mereka juga berharga dan memiliki skil untuk disumbangkan kepada masyarakat sekeliling.
Kanak-kanak yang agresif dan membuli adalah mereka yang memiliki ‘self esteem’ yang rendah dan merasakan diri mereka tidak bernilai.

IKLAN

Mereka juga dilatih dengan sifat bertanggungjawab agar mereka berupaya untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dan memiliki ‘self control’ supaya dapat mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Mereka juga diajar dengan etika dan adab dalam bermasyarakat mengikut budaya mereka.

Bukankah nilai yang sebegini perlu untuk anak-anak lelaki kita juga walaupun anak kita bukan dari kalangan mereka yang berisiko tinggi?

IKLAN

Anak lelaki atau anak perempuan dilahirkan sama sahaja. 
Anak lelaki yang agresif mempunyai masalah dan perlu dibantu sebagaimana anak perempuan yang agresif juga mempunyai masalah dan perlu dibantu. 
Kedua-duanya mempunyai kecenderungan yang sama.

‘Anak Lelaki Memang Macam Tu.’ Jika Sayang Jangan Biar. Lelaki, Perempuan Didikannya Sama

Jika anak perempuan dinasihatkan supaya berlemah lembut, anak lelaki juga perlu dinasihatkan supaya berlemah lembut dalam bicara dan tindakan.

IKLAN

Jika anak perempuan diharapkan supaya pandai memasak di dapur dan mengemas, tidak ada salahnya anak lelaki memiliki skil yang sama. Ini tidak akan mengurangkan kelelakian mereka walau sedikit.

Jika anak perempuan diminta untuk berpakaian sopan, anak lelaki juga seharusnya diajar supaya memiliki sifat malu agar tidak bercelana ketat apabila remaja atau dewasa sehingga menyakitkan mata yang terpandang.

Kita bukan sahaja membesarkan seorang anak lelaki, kita juga membentuk seorang lelaki dewasa, seorang suami dan seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab satu hari nanti.
Insya Allah.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI