Stres seorang ibu tidak sama seperti seorang bapa. Para suami, fahamilah cara untuk menghadapi isteri yang stres. Jangan pandang remeh dan dan anggap isteri seorang yang kuat kerana stres dan murung boleh menyebabkan sesuatu yang buruk di luar jangkaan.
Puan Siti Suryani Yaacop berkongsi tentang cara yang boleh dilakukan oleh pasangan untuk mengelakkan terjadinya insiden buruk yang disebabkan oleh tekanan perasaan isteri.
Ibu dua anak ini mencoretkan tentang iktibar yang boleh diperolehi daripada apa terjadi baru-baru ini. Perkongsian yang bermanfaat kerana boleh dijadikan panduan buat para suami agar tidak mengambil ringan tekanan perasaan yang dialami isteri dan tidak menyalah anggap perbuatan meluahkan perasaan sebagai membebel yang kedengaran agak negatif.
Perkongsiannya yang menerima hampir 7ribu share ialah seperti berikut;
Kisah ibu yang kelar 4 anaknya tu…
Sebelum beliau buat tindakan itu, beliau telah menghentak-hentak kepalanya beberapa kali ke tiang.
Suaminya nampak tingkah laku itu,menegur beliau yang mana tidak lama kemudian, beliau telah menghentikan perbuatan tersebut.
Selepas itu, suaminya pergi kerja, membiarkan ibu itu bersama anak-anaknya dirumah. Menyangkakan isterinya dah pulih sementalahan ibu ini mula membawa semua anak-anaknya untuk makan biskut dan minum air.
Pulang sahaja dari tempat kerja,itulah yang dilihat mata. Anak-anak dikelar satu persatu.
Orang perempuan ni biasanya, ada dua perkara yang dia akan buat bila dia stress, tertekan.
LELAKI & PEREMPUAN CARA BERBEZA
Ads
-Kalau lelaki bila ada masalah,dia suka Caving (duduk sorang-sorang).
-Orang perempuan pula akan Tend and Befriend. Tetapi, syaratnya,ada orang yang mendengar dan menyokong. Jika tidak,dia akan ambil tindakan primitif Fight or Flight.
PEREMPUAN PERLU LUAHKAN PERASAANNYA
Sebab itu, sangat penting untuk perempuan luahkan masalah dia. Dan mesti ada sesiapa yang dipercayai untuk mendengar. Jika tidak,dia rasa bersendirian. Dan sangatlah berisiko jika perempuan rasa dia bersendiri.
PERINGKAT AWAL AKAN CUBA LAWAN BALIK
Awalnya, dia akan lawan balik.
Ads
Sama ada dia jadi sangat garang, tinggi suara, menjerit, tengking, baran, kasar dan perbuatan keras yang lain.
Di level ni, dia mampu lagi bagitahu dia stress, letih, dia nak bantuan, dia nak rehat, dia nak mengadu.
Masa ni boleh tackle lagi masalah dia. Semudah dengan cuma mendengar. Biasanya bila dia habis luah, dia dah rasa selesai dah walaupun masalah itu sebenarnya tak juga selesai pun.
PADAH BILA DIA RASA DIRINYA TIDAK DIPEDULIKAN
Tapi,bila masalah itu tak didengari, lama kelamaan dia tak ada lagi respon. Marah ke, sedih ke, suka ke, tak suka ke, sakit hati ke,dia mula berhati kering. Rumah bersepah, baju tak basuh, anak menangis, anak mengamuk, anak bergaduh, dia biar. Tak kisah lagi.
Dia berubah jadi orang lain. Yang perubahannya kita boleh rasa dan nampak. Dia bukan diri dia yang kita kenal sebelumnya.
Ads
Bila dah nampak tanda-tanda begini, ada yang akan pulih sendiri dari masa ke masa dengan susah payahnya. Ada juga yang perlu dibantu oleh orang lain.
Kalau dari mula kahwin, isteri suka marah-marah, baran,suka mengamuk, atau hantuk kepala ke dinding sesuka hati, saya pasti tiada lelaki mahu ambil dia jadi isteri.
Tapi, masa dan tekanan mampu mengubah manusia. Walaupun tekanan takkan sampai menyebabkan ibu ini bertindak sedemikian, tapi boleh jadi tindakan ini dicetuskan oleh sesuatu seumpamanya yang mendorong kepada gangguan jiwa dan mental yang lebih serius.
ISTERI MEMBEBEL HANYA UNTU LUAHKAN STRES
Jadi,bukan sengaja isteri membebel. Dia nak lepaskan stress. Redhalah tahan telinga. Dan kita sebagai kawan, kalau ada sahabat bercerita tentang masalah dia, jangan anggap dia lemah, tak beriman, tak beramal ibadah, tak ingat Tuhan.
Dengar….
Sekurang-kurangnya,kita tahu dia masih stabil, normal dan waras.
Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran. Dia melalui satu frasa yang asing. Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia. Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.
Kalau lelaki bertanya
Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?
Fahami ini. Anak itu lahir.
Tidak berdialog. Hanya menangis. 1 tangisan melambangkan 1000 cerita. Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan. Tetapi lelahnya dia untuk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.
Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning. Orang keliling berkata…”normallah”
Kau tidak mampu faham. Sebagai seorang ibu, meskipun 10 orang anak melalui frasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru. Sepuluh kali juga hatinya renyuk. Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.
Drama?
Bukan. Dia terlalui menyintai. Perasaan yang kau tak mampu hadami. Kemudian cerita menyusu. Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa untuk belajar hal penyusuan.
Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu untuk menyusukan anak. Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula. Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!
Kemudian proses penyembuhan.
Mari aku ceritakan. Dia seorang ibu hamil. Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dlm lrt/ktm, memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem.
Demi…. Sesuap nasi.
Selembar rezeki untuk membayar tanggungan dan hutang hidup. Bersama-sama berkongsi jerih dengan suami. Sambil melayan mabuk loya dan alahan. Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.
Kemudian ketika melahirkan anak. Kesakitan maha hebat. Terasa terkoyak terkopak dua badan menahan sakit. Ketika itu sudah rela diambil nyawa. Baik mati dari beranak atau berdebar tunggu dibedah. Habis bius luka memerit melintang di bawah. Kemudian bila pulang dari hospital. Segala tanggungjawab tidak berkurangan.
Masih sama.
Kain baju perlu dibasuh disidai. Jika ada anak-anak yang tua, perlu diuruskan hal sekolah. Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah. Lantai perlu disapu dimop untuk elakkan semut menjamah kulit bayi. Badan sendiri tak terbela.
Penat tak habis hilang. Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang. Dia beremosi kerana dia wanita. Dia beremosi kerana dia seorang ibu. Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya. Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal. Dia memerlukan ruang untuk merasa lemah dan lelah.
Masa untuk dia melepaskan semuanya. Sambutlah dia wahai suami. Dia tidak minta disanjung. Cukup sekadar kau mendampingi.
Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.
Biarkan dia menangis. Dengari bebelannya. Dekati dia dengan pujuk lembut. Bawa dahinya kedadamu. Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena. Tak perlu mencari solusi.
Cukup sekadar kau memahami. Mengapa dia beremosi.
Peringatan buat bakal-bakal bapa.
Kredit : Siti Aishah
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
“Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan adik saya yang dijangkiti Covid dan anak saudara yang dilahirkan secara pembedahan.” Ini yang diluahkan oleh seorang kakak, Norazlina Saro selepas memuat naik statusnya di FB.
Tiada siapa yang minta keadaan seperti ini berlaku namun semua ini hanya Allah yang tahu. Walaupun ini ujian yang cukup besar buat ahli keluarga Norazlina, atas doa anda semua mungkin akan ada keajaiban selepas ini.
Assalamualaikum..Masih mencari kekuatan sebenarnya nak post. Ramai yang tanya keadaan Aini. Tak mampu nak reply. Maafkan saya.
Adik saya, Aini Saro disahkan positif Covid. Ada jangkitan kuman pada paru-paru dan doktor buat keputusan untuk keluarkan baby. (Czer 18 Januari. Masih tunggu update dari suaminya). Berdebar. Gelisah. Semua ada.
Update 18/1: Aini selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, keadaan Aini makin baik. Cuma baby tak tahu macam mana lagi. Aini masih di intubate. InshaAllah esok akan disedarkan. Semoga dengan doa kalian, adik saya beransur pulih.
Update 19/1: Aini dah sedar. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Masih bergantung pada ventilator. Pernafasan masih tak cantik. Doktor cakap, mungkin 2 atau 3 hari. Doakan Aini kuat.
Baby tak dapat tahu keadaan dia. Cuma tahu pernafasan baby pun kurang cantik. Doakan ibu anak sama-sama kuat.
Tak ada apa yang saya boleh minta, selain doa dari kalian. Tolong doakan adik saya dan babynya kuat untuk lawan virus ni. Doakan adik saya cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Terima kasih yang bertanya dan bagi kata-kata semangat pada kami. Terima kasih sangat-sangat dan teruskan lah doa yang baik-baik untuk adik saya. Semoga angah kuat dan terus kuat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurunkan berat badan memang menjadi cita-cita sesetengah ibu ketika berpantang. Namun tindakan Datin Almy Nadia memotong saram, gula & minyak dalam hidangan makanan buat netizen risaukan keadaannya.
Datin Almy Nadia memuatnaik gambar hidangan nasi beras perang dalam kuantiti kecil bersama seketul ayam & beberapa potongan memanjang lobak merah dengan kapsyen yang mengatakan dia memotong garam, gula dan minyak dalam sajiannya. Turut dinyatakan luahan hatinya yang tertekan kerana ada yang mahukannya kurus hinggakan pengeluaran susu ibu merudum.
fizzalmy Day 39 pantang.. yesssss u can do it almy nadia.. “brown rice + carrot + ayam rebus “ no salt,no garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last2 susu drop.. hampa semua nak sgt aku kurussskannn.,,,, ambikkkkk kauuuu org semua.. mam*** lantakkk…
Para peminat yang rata-rata dikalangan ibu-ibu prihatin dengan keadaan Almy dan memberikan pandangan. Ada yang menyarankan Almy agar mencuba sajian yang lebih sihat dan diet yang tidak mengganggu penghasilan susu ibu dan mengabaikan kata-kata netizen.
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...